Top 8 Entri Dalam Carian Google – Nostalgia Zaman Kegemilangan Blog

Sii Nurul
By -
7
Memandangkan aku dalam proses audit blog, aku baca balik entri lama untuk lihat adakah ianya berbaloi untuk dikemaskini ataupun perlu draftkan saja.

Jadi aku terjumpalah artikel lama aku tentang Top 8 Entry Dalam Carian Google.

Just throwback pencapaian kecil yang pernah buat aku tersenyum bangga. Walaupun sekarang mungkin tak relevan dalam carian google sekarang.

Pada tahun 2018, beberapa entri dalam blog aku telah berada dalam carian teratas Google. Sebagai seorang blogger sepenuh masa yang masih belajar tentang SEO ketika itu, pencapaian ni bagi aku memang bermakna.

top google searches today


Berikut ialah Top 8 Entri Dalam Carian Google yang aku rekodkan masa tu:

1. Lirik Lagu Anta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza
✅ Keyword: lagu anta permana


2. Lirik Lagu Original Sabahan by Atmosfera ft. Floor 88
✅ Keyword: lagu original sabahan


3. Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks
✅ Keyword: bayar elektrik online


4. Resepi Telur Rebus Masak Sos
✅ Keyword: telur rebus sos


5. Lirik Lagu Roadblock Hatiku by Baby Shima & Floor 88
✅ Keyword: roadblock hatiku


6. DIY Gambar Polaroid
✅ Keyword: gambar polaroid


7. Tips Cinta: 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih
✅ Keyword: cara pikat ex


8. Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?
✅ Keyword: belajar psikologi


top google searches today
Contohnya artikel ini. Walaupun aku masa tu tulis untuk suka-suka sampai sekarang masih lagi orang cari. 


Apa Aku Pelajari Daripada Artikel Ini

1. Timing itu penting. 

Artikel yang aku tulis masa lagu atau isu tengah trending lebih mudah naik dalam carian Google. Kadang bukan sebab artikel tu power sangat, tapi sebab timing dan keyword yang tepat.

2. Keyword memainkan peranan besar. 

Guna keyword yang orang cari betul-betul membantu Google faham artikel kita pasal apa. Simple macam “lagu anta permana” pun boleh bantu boost trafik.

3. Tajuk artikel kena direct dan jelas. 

Bila pembaca tengok tajuk, mereka terus tahu apa yang mereka akan dapat bila klik.


4. SEO bukan magik, tapi usaha konsisten. 

Dulu aku pun main try and error ja. Tapi dengan kesabaran dan pemerhatian, kita akan tahu formula yang sesuai untuk blog kita.

Masih Relevankah Hari Ini?

Tahun 2025, banyak keyword ni dah tak dicari lagi. Google pun dah banyak ubah algoritma.Walaupun begitu, artikel ini boleh jadi case study berguna untuk blogger lain
  • Tulis artikel berdasarkan trend semasa. Cth: lagu baru, isu viral, tutorial yang ramai cari sekarang.
  • Guna keyword dalam tajuk dan perenggan pertama. Jangan panjang sangat, fokus pada apa yang orang Google.
  • Guna format yang senang baca. Senarai bernombor, bullet, subtopik — semua ni bantu pembaca stay lama dalam blog.
  • Jangan takut untuk cuba. Semua blogger pernah tulis artikel yang tak ada orang baca. Yang penting — terus belajar dan improve.


Apa Aku Buat Sekarang?

Aku lebih fokus pada konten evergreen, SEO semasa, dan artikel berkualiti jangka panjang. Artikel lama macam nie kena kemaskini mengikut peredaran masa.

Artikel lama seperti ini aku tak buang — aku jadikan arkib sejarah blog. Ada nilainya dari segi pembelajaran.

Penutup

Kalau korang blogger baru, jangan takut nak tulis artikel berdasarkan trend semasa. Tapi pastikan juga ada gabungan konten evergreen untuk jangka panjang.

"Blog bukan sekadar tempat menulis, tapi tempat kita belajar, berkembang dan mencatat perjalanan."

Pernah ada artikel yang tiba-tiba naik ranking macam ni? Share pengalaman korang di ruangan komen!

Tarikh Asal Terbit: Februari 2019 | Dikemaskini: Mei 2025


Tags:

Post a Comment

7 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!