Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya

Assalamualaikum
Bismillah

Pada semester lalu, senior kami iaitu Pelajar Tahun Akhir, Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga telah mengadakan pameran "Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya". Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran (slow learner) memerlukan alat atau kaedah yang sesuai bagi membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid.


Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak kurang upaya amat berbeza sekali dengan kanak-kanak yang bersekolah di sekolah biasa di mana guru-guru perlu menyediakan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak ini supaya kekal fokus kepada pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung kepada bahan yang berbentuk buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa bahan bantu mengajar ini boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti:
  1. Bahan keperluan asas (wall pocket, carta, board, alat tulis)
  2. Bahan pusat sumber (bahan bacaan, CD, Komputer, TV, hasil kerja murid seperti buku skrap)
  3. Bahan matematik (bahan yang merangsang untuk mengira)
  4. Bahan Bahasa Melayu (sudut bercerita, akhbar, kad, mengenal abjad)
  5. Bahan pendidikan seni (lukisan, warna, DIY/Kitar semula)
  6. Bahan pendidikan muzik (instrumen muzik, kaset, radio)
  7. Bahan pengurusan diri (singki, cermin muka, alat pembersih yang sesuai)
  8. Bahan pendidikan Islam (Sejadah, al-Quran, Iqra, Kisah-kisah Nabi)
  9. Bahan rekreasi luar/dalam (gelongsor, petak pasir, trampolin)
  10. Bahan permainan dalam (sahiba, catur, monopoli)

Pameran Alat Bantu Mengajar Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya anjuran Kelab Kanak-Kanak & Keluarga, Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, Fakulti Psikologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS)












Akhir kata, ibu bapa harus mengambil berat tentang cara pembelajaran kanak-kanak itu dan jangan membandingkan anak-anak anda dengan kanak-kanak lain. Ada segelintir ibu bapa yang suka membandingkan anak mereka.

Contohnya seperti anak jirang korang dah pandai ABC, tetapi anak korang pula sebut ABC pun tak tahu. Tapi mungkin anak jiran korang tak hebat melukis seperti anak korang. Anak jiran dah pandai mengira, tetapi anak korang belum. Tapi anak korang mungkin mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi berbanding anak jiran korang.

Oleh itu, kenali potensi anak kita sendiri dan didik mereka dengan cara kita. Lain anak lain potensi dan intelligence mereka. Setiap manusia diciptakan ALLAH SWT dengan unik. Setiap daripada kita berbeza dan tiada satupun yang serupa.