Terima Hadiah Giveaway Baju Raya Blogger Notie

 Alhamdulillah ala kulli hal.

Baru-baru ini aku berpeluang menyertai Giveaway Baju Raya yang dianjurkan oleh Notie. Sebenarnya saya baru sahaja mengenali blog Kak Notie tahun ini — itupun selepas kerap terlihat namanya dalam senarai top commentators di beberapa blog rakan.

Aku perasan Kak Notie seperti kerap menganjurkan giveaway untuk pembaca. Betul tak kak?. Selalunya memang terlepas peluang sebegini, tetapi kali ini terasa ringan hati untuk mencuba. Syaratnya pun mudah — tinggalkan komen sahaja di blognya.

Tak sangka pula, ada rezeki aku terpilih sebagai salah seorang pemenang. Nama pun tersenarai dah dekat hujung-hujung hehe.

Terima Hadiah Giveaway Baju Raya Blogger Notie

Inilah hadiah yang diterima — cantik sangat warna pinknya ๐ŸคKainnya pula lembut dan nampak selesa bila dipakai. Jenis yang sekali sentuh terus rasa suka.

Raya tahun ini mungkin belum sempat menggayakannya kerana masih mencari tukang jahit berdekatan. Besar kemungkinan kain ini akan dibawa pulang ke Sabah dan jahit di sana — lebih mudah kerana sudah biasa dengan hasil jahitan mereka.

Bersyukur sangat atas rezeki ini. Terima kasih Kak Notie atas pemberian yang sangat bermakna ๐ŸŒท Semoga terus murah rezeki dan blog Kak Notie sentiasa meriah dengan perkongsian menarik.

2 comments

  1. Alhamdulillah tuan badan gembira. Takde lah selalu. Kita share rezeki dengan orang lain. Aamiin doanya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.