Rezeki Bila Suami Pulang Dari Laut

Rezeki Bila Suami Pulang Dari Laut

Antara rezeki paling aku syukuri sejak berkahwin ialah menjadi isteri kepada seorang nelayan. Alhamdulillah, dari awal perkahwinan lagi soal lauk memang tak pernah putus. Ikan sentiasa ada.

Sedangkan di tempat kami ini, harga ikan, udang dan sotong boleh tahan mahal juga. Tapi Allah mudahkan urusan suami mencari rezeki di laut. Setiap kali dia pulang, ada saja hasil yang dibawa balik. Kadang ikan, kadang udang, kadang sotong.

Kalau rezeki lebih, dapatlah sebaldi ikan — satu beg plastik besar penuh isinya. Tapi di rumah kami cuma berdua. Peti sejuk pun bukan besar mana. Lagipun kami memang tak suka simpan stok terlalu banyak sebab hampir setiap minggu suami akan bawa balik hasil baru.

Kadang simpan banyak ikan pun lama-lama buruk juga sebab aku nie kurang masak lauk bila suami pergi laut.

rezeki nelayan


Jadi selalunya kami akan kongsi dengan jiran dan tuan rumah. Rasa seronok bila dapat hulur sikit hasil laut. Walaupun tak seberapa, tapi semoga jadi asbab keberkatan.

Berkongsi rezeki itu menenangkan hati. Kadang tak pernah tahu, mungkin kerana memberi, Allah gandakan lagi rezeki suami di laut.

Salam Jumaat.


4 comments

  1. Alhamdulillah rezeki...kalau sebelah rumah nak gak tadah bekas hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat ikan fresh dari laut. Berkongsi rezeki juga satu amalan terpuji.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, bestnya dpt mkn seafood fresh selalu.. tp dh selalu sgt tu pun muak jugak ok la tu berkongsi rezeki dgn jiran²

    ReplyDelete
  4. mesti macam2 jenis ikan ada.. kita nie, tengok ikan yang dekat pasar jelah.. alhamdulillah, rezeki di kongsi bersama.. memang dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.