Akhirnya Kami Beli Kereta Kancil

Akhirnya Kami Beli Kereta Kancil


Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Akhirnya dapat juga kami beli kereta Kancil! 

Tak sangka sebenarnya. Tahun lepas aku tulis entri pasal sebab aku masih tak ambil lesen. Sekarang? Dah ada kereta walaupun lesen belum ada lagi. Haha!

Dalam entri sebelum ni aku ada tanya, perlukah wanita belajar memandu? Memang betul — belajar memandu penting zaman sekarang. Tapi untuk aku, masa tu belum sampai. Bukan tak nak, cuma ada beberapa faktor yang buat aku tangguhkan dulu hasrat belajar memandu.

Antara sebab-sebabnya aku tak nak belajar memandu kereta manual. Memandangkan kereta husband jenis manual jadi aku pendamkan saja hasrat nak belajar memandu dulu.

Salah satu sebab utama — aku tak nak belajar kereta manual. Sebab kereta husband manual, jadi aku pendam je dulu hasrat belajar tu.

Sejak dari mula kahwin pun husband memang galakkan aku bawak kereta. Tapi aku sendiri yang belum bersedia. Aku lebih prefer nak bawa kereta auto ja sebab rasa lebih senang untuk aku belajar.

Nak beli kereta baru? Memang tak mampu. Nak apply loan? Tak lepas pulak. Jadi kami simpan duit ja dulu nak beli kereta auto. Dan memang makan masa bertahun jugalah sebab faktor kewangan. Bila duit dah cukup, keluar pula keperluan lain yang lebih penting kena diutamakan.

Bila semua urusan penting dah settle, kami start plan balik nak beli kereta. Since aku rasa dah ready nak belajar memandu, kami pun gigih cari kereta auto.

Of course pilihan paling utama — kereta Kancil. Itu saja bajet yang kami mampu. Nak beli kereta idaman aku (Kelisa — Gino) memang belum rezeki lagi, huhu.

Bab cari kereta ni aku memang serah je pada husband. Dia kan peminat kereta 😅 So aku ikut ja cita rasa dia.

Alhamdulillah bila bajet dah cukup, kami survey kereta dekat Marketplace dan Mudah.my. Banyak pilihan juga, tapi kebanyakannya tak berkenan atau perlu banyak kos repair.

Akhirnya kami jumpa satu kereta yang husband berkenan di Kluang. Memang rezeki kami; beli kereta pun selalu jadi di Kluang. Kereta pertama kami pun dulu suami beli di sana juga.

Lepas tu, proses ambil kereta pun berjalan lancar. Alhamdulillah, rasa lega bila urusan yang dirancang akhirnya jadi kenyataan. Walaupun kereta kecil sahaja, tapi bagi aku ini cukup besar maknanya — lebih kepada satu pencapaian peribadi dan juga usaha kami berdua.

Jujurnya, masa pertama kali tengok kereta tu, hati rasa bercampur. Excited tu ada, tapi dalam masa yang sama rasa cuak juga sebab aku memang masih dalam fasa nak belajar memandu.

Tak sangka rupanya dah seminggu kereta nie parking depan rumah. Rasa macam baru semalam ja uruskan ambil kereta tu. Mungkin kereta ini cuma biasa bagi orang lain tetapi sangat berharga bagi aku sebab melihat husband ynag siang malam usaha untuk tunaikan hajat aku ini, 

Sekarang dah masuk hari ketiga aku belajar memandu sekitar Pontian. Aku tak ambil lesen di sini sebab tak biasa. Rancangnya nak ambil lesen di Sabah nanti sambil bercuti panjang. Sekarang cuma belajar sikit-sikit dulu.

Doakan aku supaya urusan belajar memandu dipermudahkan dan semuanya selamat. InshaAllah. ✨


0 comments