Tapi itulah seronoknya Eco Shop — banyak barang comel, berguna, dan kadang buat kita rasa excited nak cuba benda baru.
Sekarang jom kita tengok satu-satu apa yang aku beli…
1. 3D Wall Sticker
Beli ni sebab nak buat backdrop untuk gambar produk. Walaupun jarang-jarang upload video Shopee affiliates, nak jugak fokus sikit dengan setup yang cantik.
2. Tisu Gantung & Tisu Basah
Aku jarang pakai tisu, tapi sekali sekala di dapur memang berguna. Kalau guna kain lap, kadang susah nak asingkan kotoran, jadi tisu ni memudahkan kerja.
3. Tempat Simpan Makanan Bertutup
Sebenarnya nak beli corak lain, tapi dah habis. Suka mangkuk ni sebab penutupnya ketat, sesuai untuk dua orang je — tak perlu barang besar-besar.
4. Pinggan untuk Amalan Suku-Suku Separuh
Nak dekat Ramadan, senang nak amalkan diet ni. Pinggan ni membantu susun makanan ikut portion, mudah untuk control makan. Hopefully tahun nie diet membuahkan hasil.
5. Dark Chocolate Almond 😅
Baru je cakap nak diet… tapi tak tahan beli dark chocolate almond. Haha, namanya juga life balance, kan? 😆
Masuk Eco Shop ni memang macam perangkap — plan nak beli satu, tapi keluar dengan beberapa barang berguna. Korang pula suka beli apa bila masuk Eco Shop?

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.