Apa yang Kita Dapat Jika Tidak Solat Subuh?
1. Ingkar Arahan Allah SWT
Meninggalkan solat bermakna kita mengabaikan perintah Allah.
فَإِذَا قَضَيْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِيَـٰمًۭا وَقُعُودًۭا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا ٱطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ ۚ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًۭا مَّوْقُوتًۭا ١٠٣
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (QS 4:103)
2. Orang yang Celaka
Lalai boleh membawa kepada kecelakaan jika tidak diperbaiki.
فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ٤
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang (QS 107:4)
ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ٥
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (QS 107:4)
3. Tergolong dalam Sikap Orang Munafik
Rasulullah SAW bersabda:
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Maksudnya: “Ciri-ciri orang munafik itu tiga. Apabila dia bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkiri janji dan apabila dia diberikan amanah dia mengkhinatinya.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim
4. Hilang Keberkatan Pagi Hari
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Ya Allah, berkati umatku pada waktu paginya.” HR Abu Daud (2606)
5. Terlepas daripada Perlindungan Allah SWT
Sabda Nabi SAW
مَنْ تَرَكَ الصلاةَ متعمِّدًا فقَدْ بَرِئَتْ منْهُ ذِمَّةُ اللهِ
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas dari perlindungan Allah.” Riwayat al-Baihaqi (14895) dan Ahmad (28007)
6. Jiwa yang Malas & Buruk
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ، فَارْقُدْ فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللهَ، انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ
Maksudnya: “Syaitan akan mengikat leher kepala seseorang daripada kamu apabila dia tidur dengan tiga ikatan. Ia (syaitan itu) meletakkan setiap ikatan (sambil mengatakan): ‘Malam ini sangat panjang, maka tidurlah.’ Apabila orang itu bangun lalu menyebut nama Allah, maka terlepas satu ikatan. Kemudian, jika dia berwuduk, maka terlepas satu ikatan lagi, dan jika dia menunaikan solat, maka terlepaslah satu ikatan (yang akhir). Lalu dia akan berpagi-pagian dalam keadaan dia akan merasakan kesegaran tubuh dan ketenteraman jiwa (dalam ketaatan). Namun jika tidak (melakukan semua ini), maka pagi harinya dia akan merasakan jiwa yang kotor dan tubuh yang lesu.” Riwayat al-Bukhari (1142) dan Muslim (776)
7. Terkena Air Kencing Syaitan
Diceritakan kepada Rasulullah SAW terdapat seorang lelaki yang telah tidur sehingga berlalu waktu Subuh, lalu Rasulullah SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ
Maksudnya: “Lelaki itu telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda SAW bersabda: “Di telinganya.” [Riwayat al-Bukhari (3270) dan Muslim (774)]
8. Jauh daripada Syurga
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Sabda Nabi SAW :
مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ نُودِىَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ ، هَذَا خَيْرٌ . فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاَةِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ
Maksudnya :” Sesiapa yang berinfaq (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah makan dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan”. Sesiapa yang banyak melakukan solat makan dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” Riwayat Al-Bukhari (1897) dan Muslim (1705)
✨ Muhasabah bersama:
Bukan kita sempurna, tetapi setiap hari adalah peluang untuk menjadi lebih baik.
Jika pernah terlepas Subuh — jangan putus asa. Taubat, qadha, dan usaha untuk bangun esok adalah tanda Allah masih sayangkan kita 🤍
“Jangan tunggu berubah baru nak dekat dengan Allah. Dekatlah dulu, perubahan akan menyusul.”
Rujukan:
- Quran.com
- https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/11/kalam-hikmah-keberkatan-waktu-pagi/
- https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/5804-bayan-linnas-siri-ke-284-larangan-menggelarkan-saudaranya-sebagai-munafik
- https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/tahqiq-al-masail/2238-tahqiq-al-masa-il-siri-ke-1-hukum-qadha-bagi-seseorang-yang-meninggalkan-solat-dengan-sengaja
- https://zulkiflialbakri.com/artikel/kemalasan-berfikir/
- https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3587-irsyad-al-hadith-siri-ke-395-dikencing-oleh-syaitan
- https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-ramadhan/3402-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-126-adakah-pintu-al-rayyan-khusus-buat-umat-nabi-muhammad-saw

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.