Alhamdulillah ala kulli hal.
Baru-baru ini aku berpeluang menyertai Giveaway Baju Raya yang dianjurkan oleh Notie. Sebenarnya saya baru sahaja mengenali blog Kak Notie tahun ini — itupun selepas kerap terlihat namanya dalam senarai top commentators di beberapa blog rakan.
Aku perasan Kak Notie seperti kerap menganjurkan giveaway untuk pembaca. Betul tak kak?. Selalunya memang terlepas peluang sebegini, tetapi kali ini terasa ringan hati untuk mencuba. Syaratnya pun mudah — tinggalkan komen sahaja di blognya.
Tak sangka pula, ada rezeki aku terpilih sebagai salah seorang pemenang. Nama pun tersenarai dah dekat hujung-hujung hehe.

Alhamdulillah tuan badan gembira. Takde lah selalu. Kita share rezeki dengan orang lain. Aamiin doanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah..
ReplyDelete