Beli Apa di Bazar Ramadan?

 

Beli Apa di Bazar Ramadan

Sebenarnya ini cerita kelmarin, cuma hari ini baru rajin nak menulis. Kelmarin aku dan suami pergi ke bazar Ramadan. Kiranya baru pertama kalilah beli di bazar untuk ramadan tahun ini. 

Seperti biasa aku rasa makanan yang ada di bazar nampanya sama seperti tahun-tahun yang lepas juga. Suami sebenarnya mencari bubur kacang, tapi puas pusing satu bazar tak jumpa pula. Kali ni mungkin bukan rezeki dia. 

Aku pula jenis yang ambil masa ‘cuci mata’ dulu. Tengok satu-satu gerai, banding harga, tengok portion. 

Selepas sekali round bazar, kami beli kuih keria, tako dan roti jala. Memandangkan aku malas masak, kami beli Nasi Ayam Gepuk/Geprek. Sambalnya pedas, ayam rangup, lepas tu makan kongsi berdua — jimat dan tak membazir. Sejak kahwin memang kami biasa kongsi kalau portion besar. Lagi puas hati.

Dalam gambar tak ada pula buah tembikai dan melon sebab lupa nak hidang masa snap gambar. Padahal buah tu lah penyegar tekak lepas seharian berpuasa.

Tahun ni dah berapa kali korang singgah bazar? Atau lebih suka masak sendiri di rumah?


0 comments