Alhamdulillah, rezeki tak disangka-sangka. Menang sebagai Top Commentators di Blog CCL untuk bulan Januari 2026. Sejujurnya, dah lama juga aku tak betul-betul aktif join aktiviti blogwalking dan tinggalkan komen di blog para sahabat blogger.
Tahun ini, antara salah satu azam blog aku ialah nak lebih aktif berinteraksi dengan kawan-kawan blogger lain. Bukan sekadar update entri sendiri, tapi betul-betul luangkan masa membaca dan meninggalkan jejak di blog orang lain.
Sebenarnya, aku memang respect sangat dengan blogger yang rajin tinggalkan komen. Ada yang sanggup komen panjang-panjang, siap ulas isi entri. Ada juga yang konsisten komen sampai puluh-puluh blog sehari. Aku pula jenis sederhana, tapi kali ni aku gigihkan diri juga nak cuba jadi Top Commentators, sambil-sambil baca artikel yang dikongsikan.
Bukan setakat entri baru, malah entri lama pun aku baca juga. Dari situ, memang jelas nampak perubahan cara penulisan seseorang blogger. Ada entri yang ditulis 10 tahun lepas, gaya bahasanya lain, topiknya pun lain. Dari situ kita boleh nampak proses matang, pengalaman hidup, dan perjalanan seorang blogger dari dulu sampai sekarang. Itu yang buat aku rasa blogwalking ni sebenarnya sesuatu yang berharga.
Apa yang aku dapat sepanjang blogwalking dan komen?
Banyak sebenarnya.
Pertama, aku rasa lebih dekat dengan komuniti blogger. Walaupun tak pernah jumpa depan-depan, tapi melalui komen dan balasan, rasa macam kenal.
Kedua, aku dapat inspirasi menulis. Baca pelbagai gaya penulisan, pelbagai topik—kisah keluarga, travel, review, luahan perasaan—semua tu secara tak langsung bagi idea dan semangat untuk terus menulis.
Ketiga, aku belajar bahawa komen bukan sekadar syarat atau angka. Ia satu bentuk sokongan. Bila kita tinggalkan komen ikhlas, blogger yang baca pun rasa dihargai. Sama macam perasaan aku bila ada yang sudi singgah dan komen di blog sendiri.
Dan yang paling penting, kemenangan ini buat aku sedar bahawa konsisten walaupun sedikit itu lebih bermakna daripada buat sekali-sekala tapi lepas tu hilang.
Terima kasih buat CCL kerana menganjurkan aktiviti seperti ini. Bukan soal hadiah, tapi penghargaan itu sendiri sudah cukup besar maknanya. Semoga ruangan komen blog CCL dan blog-blog lain terus meriah, dan semoga aku sendiri terus istiqamah dalam dunia blog🤍
Korang jangan lupa tau singgah Blog Cikcappuccinolatte.

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.