Entri nie dah lama cuma baru nak publish kat blog. Masa cuti tahun baru cina hari tu pertama kali aku memandu kereta sendiri.
Nervous ke? Sejujurnya taklah nervous sangat walaupun ini pengalaman pertama. Sejak aku decide nak belajar memandu, memang dari awal lagi aku dah bersedia dari segi mental. Hahaha.
Sebelum beli kereta lagi, aku dah beli buku panduan belajar memandu (lesen auto). Orang kata bawa kereta auto ni senang ja. Cuma aku memang tak confident nak kata boleh bawa sebab seumur hidup tak pernah pegang stereng walaupun sekali.
Dalam fikiran tu memang kosong. Totally zero, tak tahu apa-apa. Walaupun dah baca buku panduan, tapi aku memang jenis lambat nak tangkap kalau tak praktik sendiri.
Lepas beli kereta di Kluang, esoknya terus mula belajar memandu. Nasib baik jumpa kawasan lapang untuk berlatih. Pertama kali duduk di bahagian pemandu memang rasa awkward sangat. Selama ni tengok husband ja yang bawa kereta. Kali ni husband pula jadi cikgu, ajar isteri memandu.
Mula-mula husband suruh pusing-pusing dulu bagi biasakan diri. Kena belajar tengok sisi kiri kanan, belok, reverse, kawal brek dan pedal minyak dengan betul.
Video belajar
Kereta memang boleh jalan. Nak tengok gear pun senang sebab auto. Cuma bila nak belok kiri atau kanan, husband kata aku macam malu-malu nak putar stereng. Hahaha.
Bukannya malu, tapi macam tak tahu lagi macam mana nak “main” dengan stereng tu.
Hari tu saja aku belajar dua sesi — pagi dan petang. Sebelah pagi memang rasa lambat sangat nak tangkap. Tapi sebelah petang husband kata ada sedikit improvement. Hahaha…
Harap-harap tak lupa esok. Nak sambung belajar lagi selagi suami masih cuti. Tak lama lagi cuti dia pun nak habis. Nanti bila dia dah kerja, takut tak ada masa pula nak belajar. Lepas ni kena berani belajar di kawasan rumah pula.

Practice makes perfect. Nanti terer lah tu. Bila kita terpaksa drive, auto jadi pandai😀
ReplyDeleteBetul... memang kena practice hari2 ...
DeleteSubahanallah..wanita muslimah..nampak sedikit muka mata ja nampak..semoga sentiasa dirahmati dan cepat pandai drive ya
ReplyDeleteNampak entri ni, teringat saya beli kereta tanpa ada asas panu..main berani ja,..lucu, dan takut serta bingung pun ada,..
ReplyDeleteSenang nak belajar kalau ada kereta dulu..
DeleteKak Cie dulu pun belajar dari kakak sebelum ambil lesen. Nanti kalau pandai senang la nak ambil lesen. Takdela zero sangat.
ReplyDeleteSenang kalau ada yg mengajar kan... Yg nie pun husband yg ajar...
DeletePakai keteta auto lebih senang nak pandu
ReplyDeleteBetul wak... kalau kereta manual mungkin sampai sekarang masih belum pandai bawa
DeleteCuya ada lesen tapi dah bertahun tk bawa. Tapi berani ajer kalau nk bawa cuma wajib praktis dulu
ReplyDeleteKalau kat Melaka mmg jem... Kadang kalau tgok waze atau maps pun boleh sesat... So kalau nak bawa kereta Cuya praktis dululah tu kan
Deleteall the best! nanti pergi kelas memandu, at least dah pandai sikit-sikit
ReplyDeleteTerima kasih ^^
DeleteHari² praktis, Insya-Allah jadi lebih berani dan yakin. Akak ambil lesen dulu manual. Sudah lulus, bawa auto je. Lupa sudah nak bawa kereta manual. Hehe..
ReplyDeleteHehe berani bawa dah sebab dah biasa jalan area Pontian... Haha kebanyakkan kalau dah bawa auto terus lupa macam mana nak bawa manual kalau jarang2 dah bawa kereta manual..
DeleteKena bawa selalu, nanti mesti cekap.
ReplyDeleteBetul... Kena bawa selalu baru cepat belajar
DeleteAkak dulu bawak manual. Tapi bila bluevy asyik rosak je kena tukar Pak Tam. Tapi kerana tak pandai bawa auto terpaksa minta tolong anak buah julie ajarkan. Sekarang laju je. Manual dah lupa. hehehehe
ReplyDeleteHahaha... skrg bawa auto dah lah kak? Manual terus hilang dari ingatan
Deletekalau ikutkan saya tidak suka drive dan lebih suka pengangkutan awam namun hidup ini perlu juga pergerakan guna kenderaan.
ReplyDeleteJadi saya terpaksa tanam minat untuk suka memandu dan sudah dapat lesen sejak zaman muda lagi.
Sekarang sudah tua .. hehehe
Sekarang nie kereta dah jadi keperluan dah... best kalau dapat lesen awal2... mesti fee dulu pun murah
Deletekak linda memang betul2 zero..bila pergi kelas memandu tak tahu apa2..memang cikgu kelas memandu yang ajar.. dah ada lesen, terus bawa kereta wira sedan manual...hihihi..
ReplyDeletesampai ke sekarang..kereta 4x4 je tak pernah try bawa lagi..sebab nya takde kereta nya...kikiki.
good luck ye
Sy takut lambat belajar kalau tak pernah bawa kereta sbb nak ambil lesen nanti di Sabah... Jadi tak nak lama betul pula belajar memandu... Waa akak campion lah bawa manual kan... Jarang2 dah org nak bawa manual
DeleteBagus la buleh belajar dulu sblom pi ambik lesen. Abe kie dulu x tahu memandu kereta sbb arwah ayah cuma ada motor H je. Mula belajar d driving school dari basic. Dpt lesen masa study di tahun 3 UM.
ReplyDeleteAt least dah ada lesen kan... Ramai ja yg belajar di sekolah dulu sampai dapat lesen..
Deletesy pernah langgar kereta org tp sikit je sy pergi jumpa owner minta maaf dan byr jelah rm 300 .. alhamdulillah skrg dh hati2 drive sendiri. dlu ayah selalu hantarkan sy pergi kerja.skrg sy drive sendiri
ReplyDeletePractices make perfect. Teruskan belajar sampai berani bawa sendiri Tau!
ReplyDelete