Menang sebagai Top Commentators di Blog Roziah Muhammad Nor

 

Menang sebagai Top Commentators di Blog Roziah Muhammad Nor

Alhamdulillah, blog ini terpilih sebagai Top Commentators di Blog Roziah Muhammad Nor atau lebih mesra dengan panggilan Cie.

Selalunya bila blogwalking, aku memang guna laptop. Bila tengok pada paparan biasa, jumlah komen nampak sekitar 30 lebih sahaja. Rupa-rupanya bila disemak semula, dah mencecah 106 komen!

Rupanya kalau view mobile lain lagi jumlah komen tu. Terkejut juga bila tahu jumlah sebenar.

Sebenarnya aku memang hampir setiap hari singgah ke blog Cie. Kalau ada masa lapang, bukan sahaja baca entri terbaru, malah selongkar juga entri lama. Antara yang paling aku suka mestilah perkongsian berkaitan Shopee. Seronok baca pengalaman orang lain membeli-belah — kadang-kadang boleh terpengaruh sama. hehe

Setiap bulan Cie memang konsisten umumkan senarai Top Commentators sebagai tanda penghargaan kepada pembaca yang aktif meninggalkan komen.

Sebenarnya, tahun ini baru sahaja aku follow blog Cie. Semuanya bermula bila aktif blogwalking dan perasan nama blognya sering muncul di ruangan komen blog lain. 

Bagi yang belum pernah singgah, memang rugi. Blog Cie memang tak pernah kering dengan idea, terutamanya bab menu harian. Memang sesuai sangat untuk yang selalu buntu nak fikir nak masak apa.

Apa pun, terima kasih sekali lagi buat Cie atas penghargaan ini. Semoga blog Cie terus maju dan terus menjadi sumber inspirasi buat ramai orang. InsyaAllah.

Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua. Semoga dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah, dan semoga segala amal diterima oleh-Nya. Moga ukhuwah yang terjalin dalam dunia blogging ini juga terus mekar dan diberkati.

0 comments