Hadiah dari Blogger Cikcappuccinolatte dah Sampai

 

Hadiah dari Blogger Cikcappuccinolatte

Alhamdulillah ala kulli hal.

Minggu lepas blog ini terpilih sebagai Top Commentators Blog CCL. Rasa macam baru ja terima email dari CCL beberapa hari yang lalu. tup tup, hari ini hadiahnya sudah selamat sampai di rumah.

Alhamdulillah… rezeki Allah datang tanpa disangka. Tak pernah terfikir pun akan menerima Swiss Thomas Food Chopper ini sebagai hadiah.

Swiss Thomas Food Chopper


Terima kasih sangat-sangat buat CCL atas pemberian yang penuh bermakna ini.

Sebenarnya, sudah lama juga teringin nak beli food chopper. Lesung batu di rumah pula dah pecah, jadi memang tengah berkira-kira — nak beli lesung batu baru atau cuba beralih ke food chopper saja.

Akhirnya, kedua-duanya cuma tinggal dalam cart… memerap tanpa keputusan. Tak sangka pula, Allah hantar terus rezeki ini tanpa perlu buat pilihan.

Terima kasih, CCL — bukan hanya untuk hadiah ini, tetapi juga untuk sokongan dan kebaikan yang tak ternilai. Semoga setiap huruf yang ditulis menjadi pahala yang mengalir, setiap perkongsian menjadi manfaat, dan setiap langkah sentiasa dalam lindungan-Nya. Aamiin.

Buat rakan-rakan blogger yang singgah membaca, jom kita sama-sama support blog CCL. Singgahlah blog beliau, tinggalkan jejak, dan teruskan menyemarakkan budaya blogwalking.


2 comments

  1. tahniah Nurul kerana menang food chopper tu. Kdg2 rezeki tiba tanpa sengaja. Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.