Doa Sujud Terakhir Dalam Solat Fardhu & Sunat oleh Syeikh Muhd Zainul Asri

1
Assalamualaikum
Bismillah


Setiap kali solat, pada sujud yang terakhir selalu kita lihat kebanyakkan sujudnya lama. Dalam sujud itu diselitkan doa. Kata Ustadz Adi Hidayat sebenarnya kita boleh selitkan doa dalam setiap sujud.

Hari ini aku mahu kongsikan lafaz doa yang dikongsikan oleh Syeikh Muhd Zainul Asri dalam ceramahnya. 

Kata Syeikh Muhd Zainul Asri doa ini khusus untuk hamba Allah yang inginkan kejayaan. Kejayaan dalam apa jua aspek kehidupan di dunia mahupun akhirat. Sebelum menyatakan hajat kita kepada Allah mulai dulu dengan lafaz ini.

Antara doa yang boleh kita baca adalah doa di bawah ini.

Doa Sujud Terakhir

يا مسبب الأسباب

Ya Musabbibal asbab

"Wahai Tuhan yang menjadi penyebab kepada segala sebab"

يا فاتح الأبواب

Ya Fatihal abwaab

"Wahai Tuhan yang membuka pintu-pintu"

يا سامع الأصوات

Ya Sami'al aswaat

"Wahai Tuhan yang mendengar suara"

يا قاضي الحاجات

Ya Qadhiyal haajaat

"Wahai Tuhan yang menunaikan semua hajat"

يا مجيب الدعوات

Ya Mujibud da'awaat

"Wahai Tuhan yang memperkenankan semua doa"

إجعلنا من الناجحين

Ij'alna minan najihiin

"Jadikanlah kami orang yang berjaya di dunia dan akhirat"


Setelah selesai doa ini sambunglah dengan doa khusus dan hajat yang ingin kita capai. Jika dalam bahasa Melayu boleh baca dalam hati. Semoga Allah perkenankan segala hajat kita, permudahkan segala urusan hidup kita dan iringi setiap perjalanan hidup kita dengan redhaNya.


Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !