Kadang Kala Hidup Tidak Seperti Apa Yang Dirancang

7
Assalamualaikum
Bismillah

Hidup ini penuh dengan kejutan. Tahun 2018 boleh dikatakan penuh dengan kejutan, ujian dan dugaan terutama sepanjang aku berada di Universiti. 

Aku rasa tahun inilah macam-macam benda yang aku hadap. Sometimes aku rasa macam aku tidak kuat sudah. Tetapi aku tiada pilihan selain untuk terus kuat walau apapun cabaran yang mendatang. 


"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Kadang kala aku rasa aku dah merancang dengan teliti tetapi berakhir dengan sesuatu yang tidak dirancang. Unexpected outcomes.

ALLAH berfirman dalam al-Quran

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - Surah al-Imran ayat 54
Sebaik-baik mana kita merancang 
Allah SWT yang tentukan.


Kadang kala kita lupa bahawa ALLAH SWT mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Iyaaa., aku lupa. Mungkin dengan jalan yang dilalui itu bukan jalan yang terbaik walaupun secara kasarnya kita nilai ia adalah sesuatu yang baik buat aku, untuk masa depan aku. 

Tetapi, aku lupa...ALLAH SWT sudah sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang dihajatkan. Kita merancang, hanya merancang. Tak semestinya akan terjadi. Sebab tu Allah suruh gantungkan harapan setingginya hanya pada Dia. Bila tiba-tiba tak jadi atau tertangguh, tentu boleh berlapang dada dengan senangnya. 

Aku rasa kalau aku ikut jalan ini, aku takut aku tidak kuat untuk hadapi. Sebab itu aku pilih untuk tangguh dan tunggu masa yang sesuai. Tetapi aku tak sangka aku akan hadap something yang aku belum bersedia untuk hadap. That's why I'm crying.

Allah berikan aku kekuatan.
Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Setuju sangat.
    Kita merancang, Allah tentukan.

    BalasPadam
  2. setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya

    BalasPadam
  3. be strong nurul, insya-allah ada hikmahnya nanti

    BalasPadam
  4. Apa pun perancangan kita, Allah juga sebaik-baik perancang.. Akak doakan Nurul sentiasa kuat dalam melalui apa jua yang mendatang dalam hidup Nurul... Semoga Allah permudahkan semua urusan Nurul..

    BalasPadam
  5. kena kuat. kena tawakal byk-byk, nurul.
    standard la, life ni mcm roda.
    pusing pusing. byk ragam.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !