Kadang Kala Hidup Tidak Seperti Apa Yang Dirancang

Hidup ini penuh dengan kejutan. Tahun 2018 boleh dikatakan penuh dengan kejutan, ujian dan dugaan terutama sepanjang aku berada di Universiti. 

Aku rasa tahun inilah macam-macam benda yang aku hadap. Sometimes aku rasa macam aku tidak kuat sudah. Tetapi aku tiada pilihan selain untuk terus kuat walau apapun cabaran yang mendatang. 

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  (Surah Al-Baqarah 2:216)

Kadang kala aku rasa aku dah merancang dengan teliti tetapi berakhir dengan sesuatu yang tidak dirancang. Unexpected outcomes. ALLAH berfirman dalam al-Quran

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - (Surah al-Imran ayat 54)

Sebaik-baik mana kita merancang. Allah SWT yang tentukan apa yang terbaik.

Kadang kala kita lupa bahawa ALLAH SWT mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Iyaaa., aku lupa. Mungkin dengan jalan yang dilalui itu bukan jalan yang terbaik walaupun secara kasarnya kita nilai ia adalah sesuatu yang baik buat aku, untuk masa depan aku. 

Tetapi, aku lupa...ALLAH SWT sudah sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang dihajatkan. Kita merancang, hanya merancang. Tak semestinya akan terjadi. Sebab tu Allah suruh gantungkan harapan setingginya hanya pada Dia. Bila tiba-tiba tak jadi atau tertangguh, tentu boleh berlapang dada dengan senangnya. 

Aku rasa kalau aku ikut jalan ini, aku takut aku tidak kuat untuk hadapi. Sebab itu aku pilih untuk tangguh dan tunggu masa yang sesuai. Tetapi aku tak sangka aku akan hadap something yang aku belum bersedia untuk hadap. That's why I'm crying.

Allah berikan aku kekuatan.

you're stronger than you realize

Refleksi 2026

Terima kasih kerana menulis posting ini my past-self...

Bila baca semula tulisan ini, rasa sebak. All the memories of the past overflow in my mind.. Ujian di universiti, perancangan yang tak menjadi, tangguh itu ini… rasa macam semua tak kena dengan apa yang aku bayangkan untuk masa depan.

Masa ini penghujung tahun aku di Uni, struggle dengan kerja, faktor kesihatan, relationship dan family semuanya boom sekaligus masa tu.

Waktu tu aku tulis dengan air mata. Sekarang aku baca still dengan air mata. Tapi bezanya, kali ini air mata syukur.

Allah permudahkan segalanya walaupun waktu itu terasa berat sangat ujian yang datang. Aku ingat lagi rasa sesak di dada, rasa takut tak mampu, rasa macam hilang arah.

Tak sangka, jalan yang aku takut untuk hadap dulu… rupanya Allah bawa aku ke jalan lain yang jauh lebih tenang. Bukan jalan yang aku rancang masa umur awal 20-an. Tapi jalan yang Allah tahu aku mampu.

Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih lembut. Lebih tenang. Lebih mendidik jiwa.

Dulu aku menangis sebab takut tak kuat.
Sekarang aku sedar… rupa-rupanya Allah memang sedang melatih aku jadi kuat.

Kadang kala hidup memang tidak seperti yang dirancang.
Tapi selalu, sangat selalu… ia jadi lebih baik dari apa yang kita sangkakan.

Allah tahu versi diri kita yang akan datang.
Kita tidak.

Alhamdulillah atas jalan yang tidak aku fahami dulu.
Alhamdulillah atas doa-doa yang tertangguh.
Alhamdulillah atas versi diri yang masih belajar, tapi lebih matang dari 2018.

Allah berikan aku kekuatan.
Dan sampai hari ini… Dia masih beri. 🤍


8 comments

  1. Setuju sangat.
    Kita merancang, Allah tentukan.

    ReplyDelete
  2. setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete
  3. be strong nurul, insya-allah ada hikmahnya nanti

    ReplyDelete
  4. Apa pun perancangan kita, Allah juga sebaik-baik perancang.. Akak doakan Nurul sentiasa kuat dalam melalui apa jua yang mendatang dalam hidup Nurul... Semoga Allah permudahkan semua urusan Nurul..

    ReplyDelete
  5. kena kuat. kena tawakal byk-byk, nurul.
    standard la, life ni mcm roda.
    pusing pusing. byk ragam.

    ReplyDelete
  6. Lain orang lain dugaannya, lain cabarannya, lain nikmatnya. Alhamdulilah :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.