Assalamualaikum
Bismillah
Hari ini aku ingin meluahkan perasaan sepanjang aku join Bite Media Consultants ni. Kalau bloggers yang lain nak kecam aku pun dipersilakan. Yang penting korang baca sampai habis kenapa aku kata RUGI DAN MENYESAL MASUK GROUP BITERS ONLINE CLASS nie.
Aku kena berterus terang kalau tak semakin lama semakin ramai yang terjebak sama untuk masuk group ini. Setakat ini ada 85 ahli biters dah yang join. Dan aku pasti mereka pun rasa rugi dan menyesal juga.
Aku nak bagitau perasaan pertama yang alami adalah aku rasa sangat RUGI jadi member BITERS kalau tak praktikkan apa yang dikongsikan dalam group. Dah lah kena bayar yuran tetapi tak nak bertindak untuk membuat perubahan dalam blog.
Ya mungkin ada yang kata aku masuk hanya untuk suka-suka, but still aku rasa rugi kalau peluang untuk improve dah ada depan mata tetapi tak usaha untuk memperbaiki kemahiran berblog.
sumber gambar group Facebook BITERS Online Class
Tak semestinya bila dah join kena dapat income banyak setiap bulan. Ada banyak benda kita boleh belajar dalam group ini, contohnya seperti kemahiran menulis blog dengan betul, cara nak tingkatkan trafik blog, skill menulis teknik SEO dan banyak lagi.
Alaa.. setakat RM100 tu bukannya banyak. Tetapi bagi ahli yang macam aku yang sebelum ini teringin sangat nak join tetapi disebabkan masalah kewangan aku terpaksa bersabar dan kumpul duit semata-mata nak join group ini. Sampaikan Sis Hawa sendiri sanggup offer job untuk aku sebagai yuran untuk masuk group biters.
Alhamdulillah, belum sempat Sis Hawa nak tolong, rezeki dari Allah aku dapat job menulis. To be honest masa tu desperate gila nak join mana-mana kelas blogging selepas aku buat keputusan untuk jadi fulltime blogger.
Boleh Baca : Permulaan Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa
Sekitar bulan Oktober 2019 akhirnya aku berjaya jadi ahli BITERS. Aku nekad nak join dengan niat dan tujuan untuk menimba ilmu tentang blogging dan asah kemahiran menulis dengan lebih baik. Aku dah laburkan RM100 untuk ilmu. Jadi aku rasa sangat rugi kalau aku tak cuba untuk praktikkan sendiri di blog.
Perasaan kedua yang aku rasa selepas join GROUP BITERS ONLINE CLASS ini ialah MENYESAL. Aku nak bagitau kat bloggers yang baru join GROUP BITERS ONLINE CLASS, pasti aku rasa menyesal sangat kan sebab tak join group ini awal-awal.
Masa pertama kali jadi BITERS ni, Ya Allah bergegar tau lutut aku sebab ramai gila ahli biters yang hebat-hebat belaka. Rasa segan sangat dengan blog kita yang biasa-biasa saja. Dah lah hebat, peramah dan tak lokek dengan ilmu.
Setiap hari di group ada sahaja benda baru yang aku akan belajar. Perlahan-lahan aku cuba untuk aplikasikan di blog. Dan hasilnya boleh lihat sendiri perubahan dalam blog sendiri sebelum dan selepas join Group BITERS Online Class.
Masih tak percaya? Ini aku tunjuk bukti apa yang aku dapat daripada BITE MEDIA CONSULTANT.
Pageviews Semakin Hari Semakin Meningkat
Serius guys, aku tak tipu. Senang je .. just aplikasi ja apa yang ada dalam group. Mana yang perlu diubah..cubalah untuk perbaiki.
Korang nampak kan sangat ketara perubahan dari segi pageviews last month. Inipun screenshot data yang aku masih simpan. Kalau pageviews sebelum join BITERS hanya hanya 1000 per day sahaja paling tinggi.
Trafik blog sekitar bulan Februari
Trafik blog sekitar bulan Mac hingga kini
Dan pencapaian aku sebagai seorang blogger yang paling menggembirakan ialah aku berjaya capai 1 Juta Pageviews dalam masa 2 tahun. Tahun ni nak target 2 juta pula.
Baca Sini : Terima Kasih Untuk 1,000,000 Pageviews
Kebanyakan Artikel Berjaya Berada di Halaman Pertama Google
Alhamdulillah, beberapa artikel aku juga berjaya mendapat tempat di halaman pertama google. Malah artikel yang aku baru tulis 2 hari lepas iaitu Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP telah berjaya berada di halaman ketiga google.
Jana Pendapatan Dengan Blog
Dan paling penting sekali apabila dah join group BITERS aku juga boleh buat duit secara online dengan berblog sahaja. Salah satunya adalah dengan menjana pendapatan pasif melalui Google Adsense.
Setakat ini aku dah berjaya cashout kali kedua pada bulan Mac. Dan tak lama lagi bulan depan aku dah boleh cashout Google Adsense kali ketiga. Insya'Allah.
Baca Sini : Cashout Kali Ke-2 Google Adsense
Siapa yang tak nak jana pendapatan sampingan kan dengan hanya menulis kan. Tulis..tulis je pun duit masyukk poket. Boleh buat belanja dapur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Secara kesimpulan, RUGI dan MENYESAL tak jadi ahli BITERS?
Jawapan aku ialah RUGI kalau dah join tapi tak bertindak untuk melakukan apa-apa perubahan pada blog. MENYESAL sebab aku tak dapat join dari mula lagi sejak BITE MEDIA CONSULTANTS ini ditubuhkan.
Aku tak paksa pun korang join. Aku cuma nak berkongsi banyak manfaat apabila kita mengikuti kelas online sebegini. Apatah lagi macam aku sendiri yang hanya bekerja dari rumah. Pendapatan aku sepenuhnya daripada blog. Hasil berblog itulah aku laburkan untuk belajar lebih banyak lagi tentang blogging dan bisnes.
Sekiranya korang berminat nak jadi ahli BITERS juga. Boleh dapatkan maklumat lanjut di :
- Website : https://www.bitemediaconsultants.com/
- Facebook : Bite Media Consultants @bitewithyou
- Email : bitemediaconsultants@gmail.com
P.S : Jangan risau, aku sayanggg sangat #BITERS!
ngehhhehheh...terasa KG sbb tak praktik bebetul ilmu dalam BITERS ni.Baiklah..KG akan segera buat perubahan..Tahniah nurul dengan pencapaian yang bagik sekali.
ردحذفyeaa..betul..rugi & nyesal jadi BITERS kalau tak praktik apa yang diajar...akak pun tgh cuba praktik sikit2 ilmu yg dpt dri BITERS...
ردحذفInsyaAllah kak.. Perlahan belajar kan.. No need to rushing..
حذفaah hari tu sis hawa ada bg explanation dkt group sbhan, yuran dia mmg rm100 ka? sha nak join..nak setup balik blog, nak jd full time mcm nurul juga..haha..tp tgu ada duit lbh bru contact sis hawa..tq sharing
ردحذفYea kak Shaa.. InsyaAllah.. Semoga dimurahkan rezeki buat kak sha sekeluarga ^^ .. Bila2 pun boleh join..
حذفterasa pulak KG sbb x praktik sepenuhnya ilmu d BITERS. Apapun lepas ni akak akan berusaha lebih. Tahniah buat nurul dgn pencapaian terbaik ni
ردحذفAlamak kak.. Sy minta maaf lau buat akak terasa.. Huhu.. Apapun ahli biters yg lain juga hebat2 belaka.. Sy pun bru belajar juga..
حذفkak pip pun down last month, ni baru ada semangat balik mau menulis.
ردحذفPV pun jatuh teruk.
Tak apa kak.. Mungkin akak sibuk dgn urusan seharian kan.. Blog bila2 ja.. Keep it up.. Rindu juga nak blogwalking di blog kak pip..
حذفYa Allah bestnya Nurul! terasa macam nak join biters pulak.. Tapi segannya...
ردحذفjgn segan.. yg baru nk mula buat blog pun ada ni haa.. marilah
حذفray x hebat pun but still happy dapat jadi one of the biters.
ردحذفThats true.. I'm glad to be one of the biters..
حذفsaja buat sis terkejut kan!!! hahahaha.. nurul nurul... =D anyway, tahniah ye.. kipidap.. kita terus usaha
ردحذفHahaha xD
حذفTerima kasih juga atas ilmu dan tunjuk ajar kak awa.. semoga biters semua sukses!
serius banyak ilmu baru bila masuk Biters ni
ردحذفBetul.. belum habis lagi hadam semua dlm group...
حذفWow! weee... hebatnya
ردحذفBloggers yg lain juga hebat2 belaka.. semoga entri ini sedikit semangat dapat memotivasikan blogger yg lain..
حذفYour welcome kak.. hahaha tajuk yg mengundang kontroversi..
ردحذفBetul.. yg berminat boleh join biters! :D
Mula-mula baca tajuk tu memang terkejut jugak hehe, lepas tu baca dari atas sampai bawah.. Apo la nurul 😂
ردحذفhahaha xD
حذفDon't worry.. biters are the best!
tq share.... mcm nak join je.... nak servey2 dulu lah
ردحذفhehe servey dulu.. lau berminat bole join ^^ sgat dialu-alukan..
حذفWoww.. tahniah ye
ردحذفSemoga bermanfaat ..
حذفgood luck dik, smoga terus ke depan
ردحذفInsyaAllah... aaminnn~
حذفSemoga sukses juga ^^
Seronok dpt join jd biters ni. Byk yg dikongsikan cuma kita kena apply dan dapat hasilnya..
ردحذفYeaa betul.. ahli biters semua pun hebat2 belaka dan peramah
حذفhehehe.. terbaekk
ردحذفhehe.. semoga sukses juga
حذفsemoga terus suksess
ردحذفInsyaAllah Aaminn
حذفSemoga ahli biters berjaya dlm blogging dan sentiasa istiqamah menulis blog
ردحذفTerima kasih.. InsyaAllah aamin.. semoga Nadia juga sukses dlm blogging dan istiqamah menulis ^^
حذفmesti dapat cecah 2 juta kalau macamni. tahniah nurul!
ردحذفTahniah..ada terbaca pasl biters ni ..skali google keluar entri ni..nak tambah ilmu lagi pasl blogging ..mohon share ilmu
ردحذف