Assalamualaikum Bismillah Sejak viral kat Twitter hari tu pasal Guardian Aloe Vera Gel sebab kononnya boleh campur dengan shampoo kalau korang nak rambut jadi lembut. So, aku pun terpengaruh lah juga nak beli Guardian Aloe Vera Gel ini dan sapu kat rambut hahaha. Tetapi aku nasihatkan kat korang janganlah sapu kat rambut. Mula-mula saja lembut, tak lama lepas tu jadi kasar. Itu pengalaman aku lah. Aku beli Guardian Aloe Vera Gel ini sebab murah RM5 sahaja. Ada juga yang jadikan Aloe Vera sebagai mosturizer. Setakat ini aku tak pernah lagi lah pakai aloe vera sebagai pelembap muka. Guardian Aloe Vera Gel ini mengandungi 100% aloe vera asli untuk mengekalkan kelembapan. Selain itu, ia juga kaya dengan anti-oxidant Vitamin E untuk membantu menghidrasikan kulit. Bukan itu sahaja, aloe vera ini sangat efektif untuk melegakan dan merawat kulit yang terkena sunburn ataupun kegatalan yang disebabkan oleh kulit yang kering. Kandungan B...
I just love to write