التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من مايو, 2023

Siinurul.com Blog Performance April 2023

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Prestasi blog untuk bulan April menunjukkan penurunan yang ketara sekali dari segi web clicks, impressions dan pages with first impressions berbanding bulan Mac lalu. Apa yang aku dapat perhatikan sepanjang bulan Apri ini, antara faktor yang menyebabkan penurunan prestasi blog ialah : 1. Kurangnya update konten baharu Bulan April aku jarang update blog. Aku hanya menulis 14 artikel sahaja berbanding bulan sebelumnya. Oleh sebab itulah pentingnya menulis di blog dengan konsisten.  Menulis di blog dengan konsisten memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.  Menulis dengan konsisten dapat meningkatkan jumlah trafik (audiens) yang setia.  Bukan itu sahaja, menulis di blog dengan konsisten juga dapat meningkatkan impressions kerana search engine (Google) sangat suka konten yang sentiasa dikemaskini.  Ini akan membuka peluang kepada mesin pencari untuk menemukan dan mengindeks blog kita dengan lebih baik supaya...

Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Pengumuman tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 sesi 2024 /2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.  Permohonan terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dar i 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018. Permohonan boleh dibuat menerusi [ Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) ] Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online Bagi ibu bapa yang belum mendaftar, korang kena daftar sebagai pengguna dahulu di  https://idme.moe.gov.my/daftarawam Pada bahagian daftar pengguna korang hanya perlu mengisi : Kategori Kad : Kad Pengenalan/No Tentera/No Polis/No Pasport Nama : Nama Seperti Dalam Kad Pengenalan Emel : Emel yang dimasukkan hendaklah aktif dan sah  Pengesahan Emel : Emel yang dimasukkan hendaklah aktif dan sah No Telefon  Sekiranya telah mendaftar, korang hanya perlu daftar masuk dengan masukkan No Kad Pengenalan/Passport.  Setelah daftar masuk, korang akan terus ke halaman dashboard. Pergi bahagian PENGURUSAN AWAM.  Sila ...

Road to 11M Pageviews Achieved!

Assalamualaikum Bismillah Bulan ini tak banyak update. Nak kata sibuk tu tak juga. Cuma rasa slump sikit. Alhamdulillah selepas 5 bulan akhirnya capai 11 Juta Pageviews. Sejujurnya performance blog tersangatlah menurun. Terlalu banyak perubahan dunia sekarang termasuk dunia maya.  Sebenarnya penat nak follow dengan trend semasa. Aku cuma nak tenang menulis saja. Tetapi apakan daya, hanya dengan berblog ini sahaja sumber pendapatan aku.  Entahlah. Be strong and keep it up dear-self!

Trend Buka Aib Suami Isteri Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum Bismillah Semakin hari semakin ramai juga yang galak berkongsi aib dan kekurangan pasangan masing-masing . Sekarang, nak bersembang dengan jari pun boleh. Nak tabur fitnah dan aib senang sahaja. Dalam bilik pun dah boleh buat. Dari bangun tidur sampailah nak tidur kita kumpul dosa jariah. Di tambah pula dengan butang "share" dan penambah rasa "caption" yang mengundang orang lain untuk turut serta mengumpat dan bergosip. Dan paling menyedihkan apabila kita sendiri membuka ruang untuk orang bercerita tentang aib dan keburukan diri kita. Buat video, kongsi video. Tak pun kongsi video orang lain. Allah dah tutup rapat-rapat aib kita. Tetapi kita sendiri pamerkan dengan orang. Sesungguhnya lisan dan tulisan kita nie banyak mengundang penyesalan di kemudian hari. Kadang kala mampu menuturkan dengan lurus dan teratur tetapi sering kali juga terbabas. Terpesong sana sini, malah disengajakan dan dinormalisasikan dengan cacian, makian, lagha, mengumpat dan...

Lima Kudapan Unik dari Sabah dan Sarawak Yang Wajib Dicuba

Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka. Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun. Sungguhpun Tadau Kaamatan dan Hari Gawai meraikan tamatnya musim menuai padi, sebenarnya terdapat perbezaan ketara dari segi tradisi dan upacara antara dua perayaan ini.  Tadau Kaamatan meraikan hubungan antara Pencipta dan Ciptaan, yang diceritakan melalui lagenda pengorbanan Huminodun - seorang gadis cantik yang sanggup mengubah tubuhnya menjadi makanan dan tanaman subur bagi menyelamatkan manusia daripada kebuluran.  Hari Gawai pula bertumpu pada persembahan dan upacara yang menzahirkan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah, di samping meraikan umat manusia, ‘semangat’ padi, dan unsur-unsur lain yang melambangkan alam semula jadi. Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumaya...

Pertama Kali Order Makanan Melalui Aplikasi GrabFood

Assalamualaikum Bismillah Walaupun GrabFood telah lama beroperasi di Malaysia, percaya atau tidak. Hari ini baru pertama kali aku menggunakan aplikasi GrabFood Selama ini memang tak pernah order delivery food ke?  Ya. Memang tak pernah.  Hari ini baru rasa terdetik nak order sebab cuaca panas sangat nak keluar rumah.  Aku jarang beli makanan kat luar. Biasanya aku beli barang basah dan masak kat rumah sahaja. Aku lagi suka memasak. Cuma kebelakangan ini aku rasa  craving nak makan makanan luar. Tetapi nak keluar jalan pula cuaca panas. Lagipun tinggal sendiri memang rasa malas nak jalan tanpa suami.  Pengalaman Menggunakan Aplikasi GrabFood Pertama kali order makanan dengan GrabFood memang mudah dan senang untuk difahami. Pilihan makanan dan minuman yang banyak bergantung dengan kawasan korang.  Kalau di Pontian ini memang banyak jugalah tempat kalau nak beli makanan.  Dari segi penghantaran makanan juga memang cepat. Untuk pertama kali aku bayar sec...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

  Assalamualaikum  Sahabat dunia akhirat aku baru sahaja kehilangan seorang ayah tercinta. Mohon doakan semoga arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN

Assalamualaikum Bismillah Alahmdulillah 'ala kulli hal. Baru sahaja selesai bayar pinjaman ptptn melalui myPTPTN. Sekarang nie ada diskaun tau. Bulan Mei 2023 last korang dapat diskaun untuk bayaran ptptn (tertakluk dengan syarat).  Jadi jangan lepaskan peluang untuk bayar tau. At least berkurang jugalah angka hutang tu kan. Di bawah aku tunjukkan cara nak bayar.  Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN melalui myPTPTN 1. Login myPTPTN 2. Pergi ke bahagian AKAUN SAYA ⇒ PINJAMAN 3. Seterusnya, korang tekan bahagian kotak hijau yang telah dipaparkan seperti dibawah.  4.  Korang akan lihat dengan lebih terperinci pinjaman penuh PTPTN.  5. Untuk bayar balik pinjaman PTPTN korang klik BAYAR.   6. Seterusnya, pada bahagian pembayaran pinjaman, korang perlu masukkan AMAUN (jumlah bayaran). (Minimum RM1.00) Korang boleh abaikan sahaja Kod Eksekutif PTPTN sekiranya korang tak nak letak.  7.  Kemudian pada bahagian pembayaran, korang boleh pilih samada nak bayar...

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN di myPTPTN

Assalamualaikum Bismillah myPTPTN adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN. Syarat untuk mendaftar myPTPTN Pengguna mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (dan ke atas) dan mempunyai nombor telefon serta alamat e-mel yang betul dan sah bagi tujuan pengesahan pendaftaran. Kaedah untuk akses ke aplikasi myPTPTN. Pertama: Memuat turun ke peranti; dan Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan ke atas atau versi Android 5.0 dan ke atas.  Sila ke platform pengedaran digital seperti “App Store” , “Play Store” dan “Huawei AppGallery” untuk muat turun aplikasi myPTPTN di telefon mudah alih anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut: Taip “myPTPTN ” di ruang carian; Tekan ikon “myPTPTN” ; dan Tek...