التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من أبريل, 2022

Senaman Ringan Hula Hoop Kurangkan Lemak di Bahagian Perut

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, hari ini aku mahu kongsikan pengalaman sendiri melakukan senaman ringan hula hoop di rumah. Sejak aku mendirikan rumah tangga, aku perasan berat badan aku semakin naik. Sebelum ini pun memang naik juga tetapi tak lama lepas tu turun balik. Dan paling berat sekali masa bujang pun sekitar 50kg - 55kg. Sekarang dah naik 5 kg hahaha~ Bukan itu sahaja, perut pun semakin hari semakin berlemak. Memang sangat membimbangkan. Kalau korang nak tahu, aku memang sangat liat sekali mahu bersenam. Ada banyak faktor jugalah selain daripada tidak menjaga pemakanan. Oleh itu, tahun ini aku berazam mahu lebih produktif, sihat dan at least kuranglah sedikit berat badan.  Tambahan lagi aku bekerja di rumah ni memang kurang sekali pergerakan.  Jadi aku pun carilah kat youtube dan google senaman apa yang aku boleh buat sekurang-kurangnya nak kurangkan lemak di bahagian perut ni.  Ada banyak sangat cuma untuk pemula seperti aku nak terus buat semua memang tak...

Cara Mudah Fix Core Web Vitals Google Search Console

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, Allah gerakkan hati dan mudahkan aku untuk menulis entri ini. Sebenarnya aku malas sangat-sangat mahu buat tutorial pasal ni. Kalau buat tutorial ni banyak sangat mahu edit. Nak tulis tu boleh saja. Tapi mungkin ada sesetengah orang dia tak faham kalau tak tengok sendiri kan.  Jadi, bersyukur sangat sebab tanpa bantuan dari Allah memang tak mampu nak buat entri ini.  Hari ini apa yang aku mahu kongsikan dengan korang ialah macam mana mahu perbetulkan core web vitals kat Google Search Console.  Untuk makluman korang, cara ini bukan dapat selesaikan masalah core web vitals 100% tau. Cara ini tidak semestinya berkesan sebab semuanya bergantung dengan issues yang ada pada blog masing-masing. Setiap blog mempunyai type of issues yang berbeza. Jadi aku cuma kongsikan secara umum sahaja tau. Please and please fahamkan tutorial ini ya. Aku tunjukkan cara selesaikan masalah core web vitals di blog kedua aku ya.  Cara Mudah Fix Core ...

Panggilan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Kali Ke-3

Assalamualaikum Bismillah Hai guys lama dah tidak cerita pasal SPP kan. Alhamdulillah, aku dapat panggilan temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 untuk kali ketiga. Masya'Allah. Rezeki betul dengan SPP nie. Untuk temuduga kali ini, dukacita aku ingin maklumkan aku tak dapat pergi. Secara ringkas tidak mahu pergi sebenarnya. Aku menolak jawatan ini. Bukan sebab aku putus ada 2 kali gagal. Tetapi aku cuma rasa rezeki untuk kerja sebagai penjawat awam bukan untuk aku.  Kalau ikutkan hati mahu juga pergi sebab mahu tahu apa soalan interview untuk kali ini. Haha~ Aku mahu sangat kongsi di blog sebagai rujukan pengalaman interview tu. Sebelum ini dah pernah kongsi juga. Alhamdulillah, ada calon yang berjaya ada juga tidak.  Semuanya rezeki dari ALLAH SWT. Mungkin niat masa tu bukan sebab mahu jawatan tu kot. Jadi aku pun tak dapat. Aku pergi interview sebab mahu rasai sendiri dan ceritakan kepada orang pengalaman tu sebagai rujukan (termasuklah bagi soalan-soalan bocor masa intervie...

SOP Calon Temu Duga Secara Bersemuka SPP 2022

PROSEDUR OPERASI STANDARD URUSAN TEMU DUGA DI BAWAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (NORMA BAHARU) SOP ini merangkumi urusan temu duga secara bersemuka di semua pusat temu duga yang ditetapkan oleh SPP.  1. Waktu operasi pusat temu duga adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 2. Bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan, semua aspek susun atur tempat pendaftaran, ruang menunggu, bilik temu duga dan ruang rehat di pusat-pusat temu duga diselaraskan dengan mengambil kira penjarakan fizikal. 3. Semua pihak yang terlibat iaitu panel temu duga, calon serta urus setia mestilah mematuhi SOP standard iaitu : mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera,  sentiasa memakai pelitup muka (face mask),  menggunakan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer) dan  pemeriksaan suhu badan serta gejala akan dibuat di tempat pendaftaran masuk ke pusat temu duga. 4. Individu yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan memasuki ke pusat temu duga. 5...

Pemenang Segmen Giveaway Sii Nurul (Free Consultation)

Assalamualaikum Bismillah Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua. Hai korang ingat lagi tak segmen giveaway yang aku anjurkan pada bulan Februari? Pemenang segmen akan dapat hadiah template dan free consultation kan. Alhamdulillah, pemenang untuk design template dah settle. Sekarang tiba masa untuk tentukan pemenang bagi Free Consultation pula. Untuk konsultan ini susah sikit nak tentukan pemenang yang mana satu. Akhirnya aku dah tetapkan siapa 3 orang pemenang yang bertuah iaitu : 1. Blog Mamapipie https://www.mamapipie.com/2022/03/giveaway-by-sii-nurul.html 2. Suria Amanda http://www.suriaamanda.com/2022/03/segmen-giveaway-sii-nurul.html 3. Bonda Zaidalifah https://www.bondezaidalifah.com/2022/03/segmen-giveaway-sii-nurul.html Maaf atas keterlewatan untuk mengumumkan pemenang sebab aku pun baru siap kerja-kerja blog yang lain. InsyaAllah bulan Ramadan ini ada banyak masa untuk buat konsultan blog. Dalam masa terdekat aku akan hubungi korang samada melalui email, facebook atau insta...

5 RESEPI PUDING PENCUCI MULUT BERBUKA PUASA

5 RESEPI PUDING PENCUCI MULUT BERBUKA PUASA 1. Puding Ais Krim Soda Bahan-Bahan  Bahan A – Separuh agar-agar bertali (agar-agar bertali yang 20gm gunting tengah-tengah, bahagi 2, kalau boleh agar-agar tu rendam dulu 1 jam) 1/2 cawan gula (Nak manis, tambah gula lagi) 1 cawan air 1 tin susu cair 1 cawan aiskrim soda F&N Sedikit pewarna biru Secubit garam Cara-cara membuatnya  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula, biar gula larut. 2. Masukkan aiskrim soda, kacau-kacau. Kemudian, masukkan susu cair dan bubuh pewarna biru. 3. Kacau-kacau hingga sebati, masukkan secubit garam. Kacau hingga mendidih baru tutup api. 4. Basahkan loyang dulu. Tuang agar-agar tu dalam loyang dan biarkan sederhana beku. Bahan B – Separuh lagi agar-agar bertali (yang di gunting tadi) 3 cawan air 1/2 cawan gula (Nak manis, tambah gula lagi) 1 cawan aiskrim soda F&N Pewarna ikut suka Cara-cara membuatnya  1. Masak agar-agar bertali dengan air hingga larut, masukka...

Resepi Kek Marble by Azlina Ina

Assalamualaikum Bismillah Aku sebenarnya nak tulis resepi kek marble Azlina Ina ini kat blog sebagai rujukan sahaja. Nanti ada masa free nak buat kek bolehlah rujuk kat resepi ini. Sekarang tak dapat nak buat sebab belum ada oven huhu.  Resepi Kek Marble by Azlina Ina Bahan-bahannya: Bahan A: 4 biji telur 3/4 cawan gula halus 1 sb ovelate 1 sk esen vanila - mix bahan di atas sampai kembang Bahan B 1 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung jagung 1 sk baking powder - ayak bahan tepung di atas Bahan C 250 grm butter 5 sb susu pekat manis - mix sampai kembang (bertukar warna pucat) Cara-cara menyediakannya  1. Masukkan bahan B (tepung) ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan mix lagi lebih kurang 3 minit ketepikan  2. Kemudian masukkan pula adunan tadi ke dalam bahan C yang telah kembang tadi. kaup balik sahaja. 3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian campurkan 3 sb serbuk koko dan sebatikan adunan 4. Sediakan bekas aluminium saiz 7. Masukkan adunan bersela...

Resepi Kuih Keria Paling Simple

Assalamualaikum Bismillah Resepi Kuih Keria Paling Simple Bahan-bahan 1 kg ubi keledek oren 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung beras 1/2 sudu marjerin @ planta 1 sudu kecil garam Bahan sira gula : 1 cawan gula 1 cawan air Cara-cara menyediakannya  1. Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan. 2. Masuk semua bahan-bahan lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan. 3. Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat-bulatkan kan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah-tengah seperti membuat donut. 4. Buat sehingga adunan kuih keria habis. 5. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan. 6. Angkat dan toskan. 7. Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih. 8. Kacau gula sampai pekat dan bertali kemudian tutup api. 9. Masuk kuih keria tadi ga...

Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid atau Parut Timbul

Assalamulaikum Bismillah Apakah Itu Keloid? Keloid adalah parut yang lebih besar dan lebih luas daripada kecederaan asal. Apabila kulit tercedera, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan.  Bisanya parut ini selepas individu mengalami kecederaan yang teruk ataupun pembedahan. Keloid ini tidaklah membahayakan, tetapi kehadirannya boleh menganggu penampilan serta keyakinan diri kerana parut ini tidak boleh disorok melainkan ia di bahagian badan yang tidak boleh dilihat.  Apakah Gejala Keloid? Keloid berpunca daripada tisu parut atau bekas luka yang terlalu aktif. Gejala berlaku di tapak kecederaan kulit sebelum ini termasuklah: Kawasan setempat yang berwarna merah jambu atau merah.  Kawasan kulit yang kental atau licin dan tebal. Kawasan yang tercedera berkembang dengan tisu parut secara progresif. Parut terasa gatal. Parut lebih besar daripada luka asal. Parut yang menyakitkan apabila disentuh at...

Senarai Website Untuk Pilih Template Blog

Assalamualaikum Bismillah Hai hari ini aku mahu buat entri ringkas sahaja tentang macam mana mahu cari template yang sesuai untuk blog ? Jadi aku dah senaraikan beberapa website untuk korang pilih template.  1. Gooyaabitemplates Gooyaabitemplates antara website  Blogger Templates 2022 paling popular yang tak asing lagi buat para blogger terutama buat blogger beginners. Dulu aku memang selalu guna template kat sini. Dalam beberapa tahun jugalah.  Kalau korang nak cari template responsive, seo ready template dan free template,  Gooyaabitemplates adalah antara yang terbaik. Cuma korang kena pandai pilih lah. Apa yang aku suka website ini menyediakan pelbagai template blog percuma pelbagai niche.  2. BTemplates Sekiranya korang berminat dengan template style dulu-dulu punya boleh pergi ke  BTemplates, the best place for Blogger templates since 2008.  Kebanyakkan design memang yang masa kita mula-mula berblog tu. Banyak menggunakan koding. Mengamit memori...

Amalan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan Sepanjang Ramadan

Assalamualaikum Bismillah Tahun ini merupakan tahun yang sangat istimewa buat aku kerana dapat menyambut Ramadan bersama dengan orang tersayang. Pertama kali sambut bulan Ramadan bersama suami jadi perasaan tu sangat teruja. Aku gembira kerana bulan Ramadan adalah bulan dimana ibadah yang kita lakukan akan berkali-kali ganda pahalanya.  Dan apa yang membuatkan aku sangat happy kerana dapat beribadah dengan suami. MasyaAllah, pahala ibadah pun berlipat ganda. Jadi inilah peluang untuk cuba menambah amalan dan memperbaiki diri kepada yang lebih baik untuk mendapatkan redha Allah.  Amalan yang boleh dilakukan bersama pasangan sepanjang Ramadan 1. Bertaubat Aku manusia yang penuh dengan dosa dan noda ingin bertaubat. Bukan bulan Ramadan sahaja. Kalau boleh hari-hari mahu bertaubat. Ramadan kali ini adalah peluang yang sangat besar Allah bagi kepada hambaNya untuk bertaubat. Dibukakan pintu Syurga buat kita.  “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkata...

Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

Assalamualaikum Bismillah Air liur adalah air yang berada di dalam mulut selama mana ia berada di dalamnya. Adapun sekiranya ia dikeluarkan daripada mulut maka ia disebut sebagai بُصاق (air liur yang telah diludahkan). Para fuqaha tidak terlalu membahaskan isu ini dengan begitu mendalam. Ini kerana secara umumnya mereka hanya mengulas isu menelan air liur dan juga isu mengumpul air liur lalu menelannya. Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: لَوِ ابْتَلَعَ مِنْهُ الرِّيقَ لَا يُفْطِرُ Maksudnya: Sekiranya ditelan air liur maka ia tidak membatalkan puasa. Rujuk Raudhah al-Thalibin, Al-Nawawi (2/357) Manakala dalam kitab beliau yang masyhur dengan sebutan Fatawa Al-Nawawi beliau menyatakan: إِذا ذاق الصائم طعامًا ولم يبلعْه، أو مضغ الخبز، أو نحوَه ولم يبلعه، أَو جمع الريق في فيه ثم ابتلعه، أو دخلت ذبابة في جوفه بغير اختياره، أو كان يغربل حِنطة، أو دقيقًا، أو غيرَهما وفتح فمه فدخله شيء من الغبار، أو سبقه ماء المضمضمة، أو الاستنشاق من غير مبالغة هل يُفطر؟ الجواب: لا يفطر في جميع ذلك، والله أعلم...

Resepi Overnight Oat Untuk Diet

Bahan-bahan 1/2 biji kiwi 1 biji pisang 1 biji strawberi 1/4 biji mangga 1/3 cawan oat 1-2 sudu chia seed 1-2 sudu madu 1/4 cawan susu Cara-cara membuatnya 1. Campurkan oat, chia seed dan madu ke dalam cawan besar. Tuang susu dan kacau sebati. 2. Masukkan kesemua buah-buahan yang dipotong ke dalam cawan. 3. Sejukkan semalaman dan sedia dimakan untuk sahur atau sarapan.   Kredit resepi: seminit resepi

6 Resepi Air Untuk Berbuka Puasa Senang Nak Buat di Rumah

Assalamualaikum Bismillah Korang ada planning tak nak buat menu apa berbuka puasa nanti? Aku sebenarnya tiada menu yang spesifik pun kalau berbuka puasa. Apa yang ada dalam peti sejuk itulah yang aku buat. Sejak berkahwin aku memang suka masak dan buat menu macam-macam sebab suami aku suka makan apa yang aku masak. Jadi hari-hari pun semangat nak masak gitu. Hehe Aku dah senaraikan beberapa resepi air untuk berbuka puasa korang senang saja nak buat kat rumah. Saja letak kat blog supaya bila-bila pun boleh rujuk. Selamat mencuba~ 1. Air tembikai bandung Bahan-bahan  1/2 buah tembikai tanpa biji,  potong dadu  susu cair  sirap ais secukupnya Campur semua bahan jadikan satu. Siap untuk dihidang. 2. Air Sirap Selasih Bahan-bahan  Selasih Sirap Air dan ais secukupnya Rendamkn selasih dengan air panas. Kemudian bancuh air sirap seperti biasa. Masukkn ais ke dalam jug, letakkan air dan diikuti selasih lalu kacau-kacau hingga sebati. 3. Sirap Bandung Campur Bahan-bahan...