التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من فبراير, 2021

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya aku dah lama nak buat entri ini. Sebelum ini dah banyak kali juga dapat job menulis dari luar negara tetapi tak boleh nak withdraw lagi sebab belum capai minimum pengeluaran.  Alhamdulillah, setelah lama menunggu akhirnya dapat withdraw juga. So, mari aku tunjukkan  Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank sangat mudah dan ringkas.  Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank  1. Login ke akaun paypal koang di  https://www.paypal.com/my/signin 2. Klik pada tombol setting seperti yang ditunjukkan di gambar dibawah. Kemudian di bahagian Business profile tekan Money, banks and cards.  3. Seterusnya link a new bank account untuk link akaun korang.  4. Sila isi maklumat bank korang seperti nama bank, MEPS bank routing cod e ( RUJUK LINK INI - pilih swift code) dan no akaun bank. 5. Seterusnya, korang kembali ke bahagian 'Summary' dan pilih 'Transfer Money'.  6. Pilih samada nak MYR atau USD.  7. Seterusnya kalau ...

TAHNIAH! Kepada Pemenang Giveaway Sii Nurul

  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya giveaway ini telah berakhir dengan jayanya. Terima kasih sangat kerana sudi join dan menyokong giveaway ini. Aku terharu sangat-sangat. Dan paling terharu ramai sangat blogger yang aku baru kenal join segmen ini. I mean yang bukan ahli #Biters. Aku dah blogwalking blog korang dan follow blog yang aku baru kenal. Semoga ikatan antara kita berkekalan. Sebelum itu, korang boleh semak senarai peserta di link di bawah ya. Dan pastikan nama korang dah tersenarai di BLOGLIST 1 & BLOGLIST 2 tau. Jangan malu-malu komen ja di bawah kalau belum tersenarai.  Lihat senarai peserta 👉 Senarai Peserta Giveaway Sii Nurul Seperti yang dijanjikan, hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50 kepada 2 orang pemenang yang bertuah. Dan pemenangnya ialah :  1. PESERTA NO 14 :  https://officialnasa28.blogspot.com/2021/02/giveaway-sii-nurul.html 2. PESERTA NO 38 :  https://saranur74.blogspot.com/2021/02/ga-siinurul.html Sila berikan detai...

Birthday Giveaway by Nasihattermasyhur

  klik banner untuk join Selamat hari jadi kepada empunya blog. Semoga dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yang baik dan diberkati umur. Aku join tanda support. By the way your giveaway singkat sangat sis. Kalau dapat panjangkan lagi masa lagi baik. Apapun selamat berkenalan. 

6 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Senang Nak Buat

Masih tercari-cari resepi biskut raya untuk tahun ni? Aku dah himpunkan beberapa resepi dari group facebook. Bolehlah cuba 6 koleksi resepi biskut raya popular di bawah. 1. Biskut Kelapa Bahan-bahan 1 cawan marjerin@butter ½ cawan gula aising 1 biji telur kuning 1 penutup esen vanilla sedikit pewarna hijau ~ kacau sebati guna senduk kayu. 2 cawan tepung gandum ½ cawan tepung jagung ½ cawan kelapa kering Cara-caranya 1. Masukkan kelapa kering dan tepung jagung dulu..kacau sebati. 2. Kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit..uli sehingga adunan menjadi doh dan tak melekat di tangan. 3. Sapu loyang dengan sikit marjerin..bentukkan biskut ikut kreativiti anda..sapu sikit putih telur taburkan kelapa kering d atas. 4. Bakar pada suhu 160c dalam masa 20 - 25 minit. Kredit : Siti Hadirah 2. Biskut Suji Bahan-bahan 1 cawan ghee (minyak sapi) 1 cawan gula castor 1 cawan tepung suji - tepung Semolina 2 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh ga...

Semak Penyertaan Giveaway Sii Nurul | Sempat Lagi Nak Join

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, aku cuma nak buat entri ringkas sahaja. First of all terima kasih sangat-sangat yang sudi join  Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)  tak sangka nampak meriah pula giveaway ini. Walaupun hadiah tak seberapa.  Klik banner untuk join Yang dah join boleh semak penyertaan korang ya. Dan jangan lupa komen andai ada nama korang yang tercicir. Semak Penyertaan Giveaway Sii Nurul di SINI Dan jangan lupa juga semak nama korang di senarai BLOGLIST 1 dan BLOGLIST 2 di bawah ya. Boleh inform andai aku lupa nak masukkan link blog korang. Yang belum join, sempat lagi nak join ya. Ada 3 hari lagi sebelum tamat giveaway. Kelebihan join giveaway ini :  Dapat mengeratkan silaturahim antara blogger Blogger baru atau lama semuanya akan diletakkan dalam bloglist InsyaAllah akan menaikkan Domain Authority (DA) blog korang. Semak di SINI Naikkan trafik blog Mudah nak blogwalking sebab biasanya baca artikel kat bloglist dahulu Of c...

7 Resepi Pencuci Mulut Mudah Dibuat Di Rumah

Hari cuti adalah detik yang paling dinantikan. Ini adalah peluang terbaik untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti memasak dengan dapur gas. Anda terjebak dengan rutin yang sibuk dan melelahkan. Salah satu perkara menyenangkan yang anda dapat lakukan adalah membuat pencuci mulut yang sedap dimakan. Sekiranya anda keliru dengan jenis pencuci mulut apa yang ingin dibuat, jangan risau! Artikel ini akan menunjukkan 7 Resepi pencuci mulut untuk hari cuti yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. Antaranya ialah: 1. Lapis Perancis Untuk membuat pencuci mulut ini, terdapat beberapa bahan yang perlu anda sediakan. Antaranya ialah: 95 gram mentega Vanilla 45 gram tepung 12 biji telur 170 gram susu 90 gram gula 80 gram mentega 5 gram susu 5 gram tepung jagung (tepung maizena) 5 biji kuning telur Cara membuat: • Campurkan gula & telur, pukul dengan pemukul telur sehingga gula larut dalam campuran • Masukkan mentega, susu, vanilla dan tepung, dan gaul rata • Tapis adunan...

Tips Untuk Bakal Pengantin Sebelum & Selepas Majlis Akad Nikah

Pertama sekali aku ucapkan terima kasih sangat kepada  The Wedding Journal atas perkongsian. Aku tulis kat blog, supaya bila-bila masa aku boleh baca balik.  Sumber gambar :  The Wedding Journal Sebelum Hari Majlis Akad Nikah: 1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir. 2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria. (Nak masuk gambar, seeloknya kenalah nampak ceria..Hahaha) Pada Hari Majlis Akad Nikah: 1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh. 2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyu...

Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi Dengan Mudah

Assalamualaikum Bismillah Hari ini rasa terdetik di hati nak berkongsi pengalaman khususnya kepada pelajar lepasan sekolah atau kolej tentang macam mana mahu sambung bidang psikologi. Entri ini InsyaAllah boleh dijadikan panduan untuk korang yang berminat untuk sambung dalam bidang ini. Sebelum itu, aku cuma nak ingatkan ini hanya sekadar perkongsian pengalaman sahaja ya. Jangan kecam aku pula kalau korang tak dapat bidang ni. Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi InsyaAllah panduan ini boleh diguna pakai untuk semua bidang psikologi. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut. 1. Bidang Psikologi Apa Yang Korang Nak? Pertama sekali untuk sambung belajar dalam bidang psikologi, korang kena ketahui minat korang ke arah yang macam mana? Bidang psikologi ini ada banyak sangat. I have explain many times di entri sebelum ini lagi. Antara bidang psikologi yang korang kena tahu : psikologi kaunseling psikologi klinikal psikologi pendidikan psikologi ind...

Kenali 4 Aspek Gaya Pembelajaran

Assalamualaikum Bismillah Setiap orang mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya dan preferens dalam menerima dan memproses maklumat. Terdapat sebilangan pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara lisan atau kuliah. Oleh sebab itulah, kalau kita tengok orang lain, ada yang boleh belajar dengan muzik, belajar dengan suasana yang sunyi, belajar tanpa catat nota, belajar dengan nota warna warni, belajar dengan hanya mendengar lecturer mengajar dan macam-macam ragam gaya belajar yang kita nampak. HUMAN IS REALLY UNIQUE! AM I RIGHT? Sebelum korang mahu mengenal pasti korang tergolong dalam kategori gaya pembelajaran macam mana. Terdapat 4 aspek dalam gaya pempelajaran iait...

Mamadil Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran Wanita

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, hari ini aku sangat berbesar hati ingin berkongsi dengan korang tentang produk kecantikan dari Mamadil, iaitu Women Love. Korang pernah dengar tak?  Kalau tanya aku sendiri, jujurlah ya aku memang pernah dengar tapi tak pernah ambil tahu sangat pun tentang brand Mamadil ni haha.  Aku dari dulu lagi selalu amalkan makan makanan tambahan bukan sahaja untuk kecantikan luaran wanita tetapi juga kecantikan dalaman. Semakin dewasa kita kenalah sentiasa jaga penampilan diri apatah lagi kalau dah berkahwin.   Ada sesetengah wanita yang bergelar ibu kadang kasihan tau jaga anak sampai diri sendiri tak terurus. Begitulah besar pengorbanan seorang wanita.  Buat para lelaki atau suami tu, jagalah isteri anda dengan baik,  paling tidak pun belikan produk dari Mamadil Women Love ini pun dah cukup tau.   Nak cantik luar dan dalaman tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Selain daripada bersenam, memastikan tidur yang cukup dan me...

Hotel Murah Pilihan Ramai Untuk Percutian Di Langkawi

Assalamualaikum semua. Korang semua pernah pergi Langkawi tak? Untuk pengetahuan korang, Langkawi ni ialah tempat yang kaya dengan keindahan semula jadi dan merupakan salah satu destinasi yang paling popular di Malaysia. Langkawi ni terletak di Kedah dan mempunyai banyak tempat yang boleh dilawat termasuklah Langkawi Sky Bridge, Tanjung Rhu, Muzium 3D Langkawi, Pantai Cenang dan banyak lagi. Kalau korang berminat nak datang Langkawi, korang wajib jenguk tempat-tempat popular yang ada kat sana. Dah namanya datang Langkawi, mesti korang nak menginap untuk beberapa hari kan? Ha, kalau macam tu korang boleh cuba tengok senarai hotel murah di Langkawi yang aku nak senaraikan ni. Banyak hotel murah yang korang boleh cuba kalau datang kat Langkawi. Lagipun, hotel-hotel ni dekat dengan destinasi menarik yang korang nak pergi. Baiklah, mari kita tengok senanai kat bawah ni. 1. Landcons Hotel Terletak di seberang jalan dari Underwater World Langkawi, hotel santai ni hanya berjarak 7 minit be...