Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, sebenarnya aku dah lama mahu daftar KWSP i-Akaun ni sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi sebab nak mencarum kwsp sendiri. Tetapi ada sahaja halangan untuk aku berbuat demikian. 

Sebelum ini korang kena pergi kiosk ataupun kaunter kwsp juga. Sekarang tak perlu lagi ke kiosk untuk daftar KWSP i-Akaun, hanya perlu hantar borang permohonan pendaftaran melalui email sahaja. 

Umur aku baru masuk 25 tahun, alhamdulillah dah ada akaun kwsp sejak umur 18 tahun lagi. Aku dulu rajin kerja part-time. Ada yang dapat potongan kwsp ada juga yang takda. 



Baiklah tanpa membuang masa, korang baca langkah tersebut dengan teliti.


Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP

Korang perlu isi borang PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL (download ja) Jangan risau tau kalau korang tak tahu macam mana nak isi. Dalam borang tersebut lengkap dengan panduan macam mana nak isi permohonan pendaftaran i-Akaun. 

Semua Dokumen berikut HENDAKLAH dilampirkan :

1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit )
5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli


Sila e-mel permohonan anda ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my

CARA LAMPIRKAN SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :


    1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang lengkap diisi dengan tulisan bertaip. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Borang_<Nama Anda>

    2. Salinan MyKad (depan dan belakang). Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda>

    Nota : Anda digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA" di salinan dokumen seperti contoh di bawah :

      3. Gambar selfie korang sambil pegang MyKad. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Swafoto_<Nama Anda> 

      Nota : Paparan maklumat Ahli PERLU jelas.  Contoh seperti di bawah :

      Abaikan watermark tersebut.  
      Kalau tak letak nanti orang lain guna seseuka hati gambar nie

      4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit) Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Telefon_<Nama Anda>
      • Pengguna Postpaid : Lampirkan bil korang
      • Pengguna Prepaid : Screenshot statement yang ada nama dan nombor handphone korang di apps telco masing-masing

      5. Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik Ahli. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Bank_<Nama Anda>



      Ini contoh bank statement untuk CIMB Bank. 
      Korang kena bagi penyata yang lengkap tau. Ini cuma bagi contoh saja. 





      Rename setiap file mengikut format yang telah ditetapkan. Sila e-mel permohonan kesemua dokumen 1-5 ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my Pihak KWSP akan sahkan permohonan korang.

      Contoh seperti di bawah :



      Jika permohonan berjaya, korang akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.

      Seterusnya untuk SEMAK PENYATA KWSP korang kena aktifkan i-Akaun dan korang perlu tukar password sementara kepada password baru.


      SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN i-AKAUN AHLI / PENGEMASKINIAN NOMBOR TELEFON TAC

      1. Warganegara Malaysia sahaja
      2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
      3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
      4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

      MAKLUMAN PENTING! 

      1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP
      2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
      3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kiosk/Kaunter KWSP

      Akan datang aku akan kongsi tentang CARA AKTIFKAN i-Akaun dan SEMAK PENYATA KWSP sebab ID dan Password sementara belum diterima lagi.

      Apapun semoga bermanfaat.

      UPDATE! 

      * Pastikan file yang dihantar melalui email tidak melebihi 2MB. Korang boleh cuba compress semua file yang berbentuk PDF di ILOVEPDF

      Boleh call KWSP : 03-89226000 

      Tetapi aku nak ingatkan line sangat sibuk. Nak call pun memang tak dapat. Disebabkan permintaan permohonan i-Akaun yang tinggi maka pihak KWSP akan memberi maklum balas dalam masa 5 - 10 hari bekerja. 

      Buat semua ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran i-Lestari tak perlu lagi ke kaunter kwsp, kios ataupun daftar i-Akaun. Boleh buat di i-Lestari Online KWSP.


      Contoh STATUS PERMOHONAN i-Lestari diterima