Assalamualaikum
Bismillah
Alhamdulillah, sebenarnya aku dah lama mahu daftar KWSP i-Akaun ni sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi sebab nak mencarum kwsp sendiri. Tetapi ada sahaja halangan untuk aku berbuat demikian.
Sebelum ini korang kena pergi kiosk ataupun kaunter kwsp juga. Sekarang tak perlu lagi ke kiosk untuk daftar KWSP i-Akaun, hanya perlu hantar borang permohonan pendaftaran melalui email sahaja.
Umur aku baru masuk 25 tahun, alhamdulillah dah ada akaun kwsp sejak umur 18 tahun lagi. Aku dulu rajin kerja part-time. Ada yang dapat potongan kwsp ada juga yang takda.
Baca sini : Pengalaman Kerja Part-Time
Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP
Korang perlu isi borang PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL (download ja) Jangan risau tau kalau korang tak tahu macam mana nak isi. Dalam borang tersebut lengkap dengan panduan macam mana nak isi permohonan pendaftaran i-Akaun.
1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit )
5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Sila e-mel permohonan anda ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my
CARA LAMPIRKAN SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang lengkap diisi dengan tulisan bertaip. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Borang_<Nama Anda>
2. Salinan MyKad (depan dan belakang). Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda>
Nota : Anda digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA" di salinan dokumen seperti contoh di bawah :
3. Gambar selfie korang sambil pegang MyKad. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Swafoto_<Nama Anda>
Nota : Paparan maklumat Ahli PERLU jelas. Contoh seperti di bawah :
4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit) Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Telefon_<Nama Anda>
- Pengguna Postpaid : Lampirkan bil korang
- Pengguna Prepaid : Screenshot statement yang ada nama dan nombor handphone korang di apps telco masing-masing
5. Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik Ahli. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Bank_<Nama Anda>
Ini contoh bank statement untuk CIMB Bank.
Korang kena bagi penyata yang lengkap tau. Ini cuma bagi contoh saja.
Rename setiap file mengikut format yang telah ditetapkan. Sila e-mel permohonan kesemua dokumen 1-5 ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my Pihak KWSP akan sahkan permohonan korang.
Contoh seperti di bawah :
Contoh seperti di bawah :
Jika permohonan berjaya, korang akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.
Seterusnya untuk SEMAK PENYATA KWSP korang kena aktifkan i-Akaun dan korang perlu tukar password sementara kepada password baru.
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN i-AKAUN AHLI / PENGEMASKINIAN NOMBOR TELEFON TAC
1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal
MAKLUMAN PENTING!
1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP
2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kiosk/Kaunter KWSP
Akan datang aku akan kongsi tentang CARA AKTIFKAN i-Akaun dan SEMAK PENYATA KWSP sebab ID dan Password sementara belum diterima lagi.
Apapun semoga bermanfaat.
UPDATE!
* Pastikan file yang dihantar melalui email tidak melebihi 2MB. Korang boleh cuba compress semua file yang berbentuk PDF di ILOVEPDF
Boleh call KWSP : 03-89226000
Tetapi aku nak ingatkan line sangat sibuk. Nak call pun memang tak dapat. Disebabkan permintaan permohonan i-Akaun yang tinggi maka pihak KWSP akan memberi maklum balas dalam masa 5 - 10 hari bekerja.
Akan datang aku akan kongsi tentang CARA AKTIFKAN i-Akaun dan SEMAK PENYATA KWSP sebab ID dan Password sementara belum diterima lagi.
Apapun semoga bermanfaat.
UPDATE!
* Pastikan file yang dihantar melalui email tidak melebihi 2MB. Korang boleh cuba compress semua file yang berbentuk PDF di ILOVEPDF
Boleh call KWSP : 03-89226000
Tetapi aku nak ingatkan line sangat sibuk. Nak call pun memang tak dapat. Disebabkan permintaan permohonan i-Akaun yang tinggi maka pihak KWSP akan memberi maklum balas dalam masa 5 - 10 hari bekerja.
great !
ردحذفThanks! :D
حذفwow~ perkongsian baik ni. Aien dah ada tapi duit pun semput dalam tu sejak tak bekerja ni.. Haha
ردحذفhaha its okay.. daftar ja dulu.. sy pun duit masi semput huhu
حذفSenang ja kak.. Yg penat mau edit n buat tutorial nie hahahaha.. Apapun demi pembaca sanggup juga update ..
ردحذفgood info nurull. ;)
ردحذفThanks.. semoga membantu..
حذفsha dah buat smua tgl submit ja lg..
ردحذفhaha yea.. dah submit just tngu sms utk ID dan Password ja
حذفSalam nak tanya kalau baru nak daftar dan pada masa sama nak kemaskini no telefon baharu untuk penggunaan TAC kena klik pangkah pada kedua dua petak ke pada jenis pemohonan diborang.
ردحذفWalaikumsalam..
حذفYea.. Rasanya kena pangkah 2 petak tu..
sangat membantu. TQ nurul.
ردحذفSama-sama.. semoga bermanfaat buat pembaca ^^
حذفgood info tuk yang belum ada i akaun kwsp.
ردحذفnasib saya dah buat i akaun dari dulu, cepat dan mudah
Bagus kalau yg dah buat awal2.. tak yah susah2 lagi kan
حذفSis..kaku no fon tu bukan register atasnama kite macam mana..semua bil atas nama suami
ردحذفOhh cuba saja guna nama suami.. sy pun tak tahu boleh atau tak..
حذفHi nurul. Tq share ni. Boleh lah saya forward entry ni kepada siapa2 yang tanya nanti. 😊
ردحذفYour welcome.. Boleh..
حذفsgat digalakkan utk share ^^ semoga bermanfaat~
Hi sis, mcm mna nak tau file tu xlbh dri 2mb??
ردحذفBila mira dah compress file tu boleh tambah..
حذفContoh - borang 25kb, bank 30kb .. Jadi total 55kb..
Lau lebih 2000kb means 2mb
Ok, terima kasih sis. 😊
حذفBerapa lama ye kwsp akan bg jawapan... Berjaya atau tidak mereka akan bgtahu kan..
ردحذفActually sy sendiri masi menunggu.. dgar kata terlalu sibuk dan mungkin ambil masa 5-10 hari .. Kalau nak secepat mungkin boleh call kwsp.. ^^ Kalau sy dah dapat password sy akan update utk login mcm mana..
حذفHihi..thanks sy pon tertanya2
حذفBerapa lama ye akan dapat jawapan
ردحذفNak dpt tac....dh tuka no tel blh ke buat kat tel...
ردحذفDah tuka no tel tk blh dpt tac...mcm mn
ردحذفKalau utk tukar no fon sy xda cuba lagi.. setakat ini entri ini utk yg daftar i-akaun sahaja..
حذفMcm sy mule2 tersend lebih 10mb.. kwsp anta email..pemohonan kite di reject..die sruh resend blik.. blh resize blik gambar2 kite tu kepada saiz kecik.. download app photo and picture resize
ردحذفAssalam, berapa lama ye nak dpt reply dr kwsp? Dah 6hr dr tarikh hantar email, xde reply lg,
ردحذفWalaikumsalam sis.. sy pun belum dapat apa2 respon lagi dr KWSP..Dah masuk seminggu dah.. So, sy just decide utk tunggu saja sbb nak call pun mmg tak dapat.. network busy
حذفTq kak for sharing sebenarnya mmg byk faedah dgn mencarum kwsp ni
ردحذفKemaskini nombor telefon untuk dapatkan tac
ردحذفpenyata bank perlu full page atau hanya first page?
ردحذفHi, nak tanya macam mana nak insert (untuk kegunaan kwsp sahaja) kat penyata bank yang PDF ?
ردحذفSaya dh email tpi ditolak sbb mailbox penuh. Masa mula2 awak email pon mcm tu ke?
ردحذفMmg penting ada i-akaun, memudahkan urusan. Saya daftar walk-in di KWSP, urusan selesai x sampai 20 minit. Yg penting, jgn lupa password & username. :)
ردحذفThank you miss nurul. . 😉
ردحذفTq..tq..tq miss nurul. .
ردحذفakaun melalui email untuk mendapatkan borang
ردحذفNak form register
ردحذف