التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من ديسمبر, 2021

Cara Bayar Bil Elektrik SESB Dengan JOMPAY

Assalamualaikum Bismillah Aku baru perasan baru-baru ini bil elektrik SESB dah boleh bayar melalui JOMPAY. Aku tahu pun sebab aku nampak ada JOMPAY yang tertera pada bil. Sejak mulanya pkp, sekarang urusan nak bayar bil ke semuanya melalui online saja.  Alhamdulillah memang memudahkan. Yang tiada akaun daftar perbankan internet macam CimbCliks, Maybank2U dan lain-lain. Tak perlu risau, korang sebenarnya boleh saja suruh saudara mara, anak atau keluarga terdekat untuk bayarkan. Yang penting korang kena ikut no akaun bil elektrik korang saja.  Aku dah banyak kali juga kongsikan cara bayar bil elektrik ini. Nak cara yang macam mana terpulang dengan korang. Boleh baca  Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks . Boleh juga  Daftar Akaun Online Customer Service (OCS) Untuk Semak Bil Elektrik (SESB) .  Nak lagi cepat dan ringkas boleh baca  Cara Semak Bil Elektrik (SESB) Paling Mudah Masukkan Kod Sahaja Baiklah, tanpa membuang masa ikuti langkah ber...

Cara Mencarum KWSP (EPF) Sendiri Melalui Cimb Clicks

Assalamualaikum Bismillah Aku memang dah lama merancang mahu mencarum KWSP sendiri. Dan yang bestnya blogger pun boleh mencarum juga tau. Cuma bezanya takda lah caruman dari majikan. Tapi takpa lah untuk simpanan hari tua juga. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur. Kenapa aku pilih untuk mencarum kwsp sendiri? Aku mencarum kerana tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan, dan boleh mencarum di KWSP mengikut amaun dan kemampuan sendiri.   Selain daripada duit simpanan yang telah dicarumkan itu juga boleh korang dapat menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan.  1. Login ke CIMB CLICKS  (Korang login guna internet ya bukan di apps) 2. Setelah itu, pilih PAY & TRANSFER . Pilih EPF/KWSP TRANSFER (rujuk gambar diatas ya) 3. Pada bahagian EPF/KWSP TRANSFER isi details seperti dalam gambar ya. Masukkan NO EPF/KWSP korang. Boleh lihat di penyata gaji korang.  Kalau takda NO EPF boleh ke kaunter KWSP untuk buka akaun kwsp ya.  Sekiranya korang...

10 Menu Makanan Cina Boleh Cuba Di Kuala Lumpur

Berada di Kuala Lumpur, pelbagai makanan ada di depan mata. Pilih saja nak makan yang mana. Dan dalam banyak-banyak pilihan makanan, kita tidak hanya terikat pada menu masakan melayu tetapi boleh juga mencuba menu makanan cina, india, barat dan lain-lain lagi. Untuk menu makanan cina ataupun chinese food ini, terdapat pelbagai jenis menu yang boleh di cuba. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.  1. Dim Sum Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidangkan bersama teh cina.  Ia biasanya dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan ini disediakan sepanjang hari.  Dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuklah daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Kebanyakan keluarga Cina suka berkumpul untu...

KEUTAMAAN SEDIKIT ANGAN-ANGAN (Kategori Manusia Berkaitan Dengan Angan-Angan)

Assalamualaikum Bismillah BAB II : KEUTAMAAN SEDIKIT ANGAN-ANGAN (Kategori Manusia Berkaitan Dengan Angan-Angan)  Ketahuilah bahawa berkaitan dengan angan-angan ini dalam menhadapinya manusia yang memilikinya terbahagi kepada beberapa tingkatan. 1. Antara mereka ada orang yang berharap dapat hidup abadi di dunia dan menikmatinya untuk selama-lamanya. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 96, "Masing-masing mereka ingin diberi umur seribu tahun."  2. Ada juga orang berharap agar dapat hidup sampai lanjut usia semaksimal mungkin. Inilah jenis orang yang sangat mencintai dunia. Terhadap golongan ini Rasulullah saw bersabda : "Dalam hal kecintaan mencari kesenangan duniawi, seorang tua menjadi muda kembali, sekalipun tulang lehernya sudah bengkok dimakan usia. Kecuali orang yang bertakwa, dan jumlah mereka ini sedikit." 3. Ada pula orang yang berharap dapat hidup setahun sahaja, sehingga dia enggan memikirkan yang lain-lain, kerana dia yakin bahawa tahun depan di...

Masalah Haid Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Wanita

Assalamualaikum Bismillah Normal bagi golongan wanita yang telah baligh mengalami kitaran haid setiap bulan. Namun, setiap wanita yang mengalami haid ini adalah berbeza. Ada yang mengalami pengeluaran darah yang sedikit dalam tempoh yang singkat. Ada juga yang mengalami kitaran haid yang panjang dan banyak. Masalah haid, normal atau luar biasa? Selalunya selepas beberapa tahun mengalami haid, kita sudah boleh memahami tentang kitaran haid, menjangkakan tempoh period serta jumlah aliran darah.  Apabila berlaku sesuatu di luar kebiasaan, seperti tompokan darah antara tempoh haid atau mengalami alirah darah yang luar biasa, pastinya kita menjadi risau.  Ada ketika masa period sedikit lewat daripada kiraan. Ada ketika period tapi darah tak banyak. Ada juga masa dimana period macam biasa juga tetapi berpanjangan. Adakah masalah haid yang dialami itu normal atau ia sesuatu yang perlu dibimbangkan? Menurut Pengarah Endokrinologi Reproduktif Stamfo...

Kelebihan Membaca “Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat”

Assalamualaikum Bismillah Sesungguhnya nikmat Allah SWT sangat banyak dan antara nikmat yang selalu kita abaikan adalah nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Adapun nikmat diberikan kelapangan masa ini adalah nikmat yang besar kerana di dalamnya disibukkan dengan ketaatan kepada ALLAH SWT.  Berapa banyak nafas kita telah berlalu namun tidak diisi dengan beribadah kepada Allah. Padahal dengan menggunakan beberapa saat sahaja seseorang boleh memperoleh pahala yang besar dari Allah. Bukan itu sahaja, seseorang itu juga boleh mencapai kedudukan orang yang dikasihi Allah.  Antara istighfar yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita diriwayatkan dengan sanad yang baik, baginda bersabda ; "Barangsiapa yang beristighfar untuk mukmimin dan mukminat nescaya akan dikurniakan oleh Allah kepadanya satu hasanah (pahala kebaikan) untuk setiap mukminin dan mukminat."  Hanya perlu mengucapkan beberapa saat sahaja kalimah istighfar ini, maka kita akan mem...

Kasut Sekolah Pallas Hitam Kini Dengan Cengkaman Yang Lebih Kuat

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Aku harap semua sihat-sihat sahaja. Sebelum kita cakap pasal topik utama kita, aku cuma nak cakap yang Selamat kembali ke sekolah pada semua! Adik-adik aku pun dah sibuk siapkan peralatan dan cari semula buku-buku sekolah.  Ada yang bersemangat, ada juga yang rasa masih belum puas “bercuti” kan? Apapun, semoga lepas ni, anak-anak dapat pergi sekolah seperti dahulu kala lagi. Baiklah, hari ni aku nak bagi review pasal kasut sekolah Pallas. Bagi aku, kasut jenama ni adalah yang paling bagus setakat ni. Kalau tengok semua ciri-cirinya, memang sangat selesa untuk dipakai sehari suntuk. Kebaikan Kasut Pallas Kasut Pallas ni sememangnya ada banyak sangat kebaikan. Aku sendiri memang sangat berminat dengan kasut ni. Bukan saja sebab keselesaannya, tapi juga ringan dan senang nak cari kat mana-mana kedai. Beli secara online pun ada!  Jom tengok kebaikannya satu-satu: Cepat Kering - Kasut Pallas sangat terkenal dengan Ventilation System yang baik. Ka...

Cara Dapatkan 1USD Adsense Setiap Hari

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman aku berkenaan Google Adsense. Ada banyak cara yang aku buat untuk tingkatkan pendapatan adsense setiap bulan. Ada yang berjaya, tidak kurang kurang ada yang tidak berjaya langsung.  Cara Dapatkan 1USD Adsense Setiap Hari 1. Trafik Tinggi Punca Pendapatan Adsense Tinggi Trafik blog yang tinggi sangat membantu meningkatkan pendapatan adsense. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Aku perasan semakin tinggi pageviews probability untuk earning adsense kita meningkat juga semakin tinggi. Mula-mula tu memang tak perasan pun. Daripada sen sahaja lama-lama korang akan dapat 1~3 USD setiap hari. Yang penting rajin update blog.  2. Niche Blog Berbanding blog personal, blog yang mempunyai niche tertentu lebih berpeluang untuk mendapat earning yang tinggi dalam adsense kerana kandungan niche blog lebih berfokus. Kalau macam blog aku ini memang blog rojak. Kejap cerita pasal tips, reviews, blogging dan ...