التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Cara Memohon i-Lestari Online KWSP Tanpa Daftar i-Akaun

Assalamualaikum
Bismillah


Dah tak perlu susah-susah ke kaunter KWSP atau kios. Tak perlu runsing kalau tak ada i-Akaun KWSP. Korang boleh memohon i-Lestari Online KWSP untuk membuat pengeluaran akaun 2 KWSP.

Klik link https://ilestari.kwsp.gov.my/

Untuk memohon, korang klik PERMOHONAN BAHARU


Sebelum membuat permohonan, Sila baca dan fahami INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan. Sila pastikan semua maklumat diisikan dengan betul dan tepat.


Setelah betul-betul faham, korang boleh isi permohonan tersebut. Antara maklumat yang diperlukan untuk membuat permohonan baharu i-Lestari Online KWSP ialah :



  • Nama Penuh (sama seperti dalam kad pengenalan)
  • Nombor MyKad (Pemohon mestilah belum mencapai umur 55 tahun semasa permohonan dibuat)
  • Nombor Telefon Bimbit (Contoh : 01xxxxxxxxx)
  • Alamat e-mel (yang sah dan aktif)
  • Alamat yang mempunyai poskod, bandar dan negeri.
  • Amaun Dimohon Sebulan (RM) - Bayaran bulanan berulang sehingga Mac 2021. Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 semasa proses bayaran bulan berkenaan dibuat. Korang boleh pilih amaun minimum RM50 sehingga RM500 sahaja. Tidak boleh lebih.
  • Bank yang korang guna untuk terima pengeluaran
  • No Akaun Bank (Sila berikan Nombor Akaun Bank yang sah dan aktif)
*Isi semua maklumat mandatori. 

  • Klik petak segi empat untuk membuat PENGESAHAN. 
Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma & Syarat yang ditetapkan.



Dah baca dengan teliti barulah tekan button SETUJU.



PENGESAHAN MAKLUMAT

Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Klik HANTAR setelah semak semua maklumat BETUL. 


Korang boleh buat SEMAKAN STATUS di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

Contoh STATUS PERMOHONAN i-Lestari telah diterima

  • Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
  • Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
  • Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.

Semoga membantu dan dipermudahkan buat korang semua. Aku tahu nak daftar i-Akaun sangat leceh. Aku sendiri belum dapat feedback selepas memohon melalui email hari tu. Apapun dengan penambahbaikan ini diharap dapat permudahkan semua ahli yang ingin membuat pengeluaran i-Lestari. 


تعليقات

  1. terima kasih atas perkongsian yang sgt bagus ni..memudahkan urusan org ... semoga Allah pun memudahkan urusan sis. happy blogging!

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama semoga bermanfaat... Kalau nak daftar i-Akaun lagi mmg lama sebab sy sendiri belum dapat feedback lagi lepas memohon i-Akaun melalui email hari tu.. Semoga dipermudahkan kepada mereka yg memerlukan.

      حذف
  2. Wahh gud info. Memang memudahkan kerja ni

    ردحذف
    الردود
    1. Yea Ciktie.. mudah dah nak memohon pengeluaran i-Lestari.. syukurlah.

      حذف
  3. hai jemput dengar lagu saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ردحذف
  4. Nk daftar id kena pergi ke kaunter pertanyaan ke

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...