التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser.. Yay or Nay?

Assalamualaikum
Bismillah

Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

Akhirnya aku terpengaruh juga untuk beli Cetaphil Gentle Skin Cleanser setelah lihat banyak sangat positif feedback tentang cleanser ini. Jadi aku pun tidak ketinggalan untuk mencuba juga. Betul ke Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni bagus? Untuk percubaan aku beli yang botol kecil ja 125ml punya dalam harga RM24 lebih gitu. Aku harap-hara sesuai lah. 


Kandungan Bahan 

  • Purified Water, emollients (Cetyl Alcohol, Stearyl Alcohol) and a humectant (Proplene Glycol) - melembatkan kulit dan tidak mengeringkan
  • Sodium Lauryl Suphate - menyingkirkan kotoran di muka.
  • Cetaphil gentle cleanser is low in PH - Kalau korang ada kulit yang sensitif jangan risau.


Cara Penggunaan 

Cara menggunakan produk ini pun senang ja. Hanya perlu tuangkan cetaphil ke tapak tangan. Sapu di seluruh muka dengan usapan yang lembut. Setelah itu bilas dengan air. Selain itu, boleh juga korang cuci tanpa bilas dengan air. Hanya perlu sapu di seluruh muka dan lap dengan tisu. So korang pilih lah mana yang sesuai.


Packaging dan texture

Dari segi packaging, aku beli yang menggunakan penutup macam tu. Korang boleh juga beli yang jenis botol yang boleh pump penutup dia. Ada juga yang dijual dalam set trial punya. So ada banyak pilihan korang boleh pilih kalau nak cuba produk ini. Saiz 125ml ini pun aku guna dah lebih 2 bulan belum habis lagi. So, walaupun harga mahal tetapi berbaloi sangatlah. 

Baiklah dari segi texture pula, sedikit creamy white lotion dan gel watery. Takda buih dan bau. Gosok macam mana pun memang tak berbuih langsung. No fragrance, so memang sesuai untuk korang yang sensitif dengan bau. 


Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser.. Yay or Nay?

Seperti yang dinyatakan pada ingredient tersebut, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini sangat melembabkan kulit, tidak merengsakan kulit, tidak mengeringkan dan boleh hilangkan kotoran pada muka. Kalau korang pakai light mekap pun boleh tanggalkan mekap juga. 

Kalau korang jenis yang mempunyai kulit muka yang berminyak dan sensitif jangan risau sebab kandungan bahan dia semuanya sesuai untuk korang. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ramai yang pakai cuma mungkin ada certain orang tak sesuai dengan cetaphil. Bergantung dengan kulit korang juga. 

So far aku tak berapa berkenan pakai produk ini sebab tidak berbuih langsung. Aku rasa pelik pakai produk yang takda buih. Jadi aku memang jarang pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Aku cuma pakai sebelum tidur ataupun sekiranya cleanser yang lain aku dah nak habis. Aku takda masalah nak guna cuma memang aku tak berapa suka produk yang takda buih. 

Recommended

Aku cadangkan korang guna produk ini berdasarkan kandungan bahan dia pun nampak sesuai dengan semua jenis kulit. Dari segi harga pun berbaloi dengan saiz 125ml sebab boleh tahan berbulan-bulan. Produk ini pun boleh didapati di mana-mana pasaraya, watson dan guardian yang berdekatan.

Repurchase?

Nay... Hehe~ Walaupun produk ini bagus sangat aku rasa tak nak beli kot sebab aku tak suka texture dia. Don't get me wrong. It's a good product. Cuma aku rasa aku tak berapa sesuai pakai. Lagipun aku dah jumpa cleanser lain yang lagi sesuai dengan aku.

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)


Apa pendapat korang tentang Cetaphil Gentle Skin Cleanser? Best tak pakai?


تعليقات

  1. Boleh ya sapu dkt muka lepas tu lap dgn tisu..kita biasa guna safi je...sb tu je dah biasa pakai..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yea sis tgok direction of use bole lap dgn tisu.. Tp sy lebih suka bilas dgn air hehe

      حذف
  2. Saya ada link kan blog puan ya di Laman Etuza

    ردحذف
  3. Pernah pakai juga Cetaphil Gentle ni tapi same jugak tak suka sebab takde buih hahaha. Walaupun tahu buih tu pun tak elok.

    ردحذف
    الردود
    1. yeaa byak buih sgat pun tak bagus juga.. tp xda buih langsung pula mcm tak berapa berkenan lah pula huhu

      حذف
    2. Saya pon pd awl penggunaan memang janggal/x berkenan sangat sbb takde buih. Walaupun xde buih, itulah manfaatnya. Jdi sy cuba biasakan selama bebrapa minggu.. sangat banyak perubahan positif pd kulit sy🧡 betulla org ckp, jgn menilai drpd luaran tpi dalaman.. sy masih guna cetaphil

      حذف
  4. pernah guna 2 tahun lepas cleanser brand ni. mungkin bagus untuk orang lain tapi saya tak sesuai ehee

    ردحذف
    الردود
    1. hehe samalah tak berapa sesuai utk sy.. tp mmg baguslah produk ni..

      حذف
  5. Memang ramai orang pakai cetaphil ni tapi tak rasa nak cuba sebab harga dia hahaha.

    ردحذف
    الردود
    1. haha kalau nak cleanser yg lagi bajet mmg banyak juga brand lain selain cetaphil which is good and worth to buy as well

      حذف
  6. Currently using this one and am still loving it. Mujur dah tambah my stok and tak payah keluar beli bila dah habis. I still have a few bottles left. Some people may not like it and tak sesuai, but thankfully it helps me with my sensitive skin.

    ردحذف
    الردود
    1. Best kan kalau skincare product to sesuai dgn kita..

      حذف
  7. Banyak review bagus psal produk ni..mmg kdg2 kita rasa pelik kalau produk kurang berbuih ni.. Tpi sebenarnya bagus utk diri kita..
    Salam singgah ke sini..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu sis.. cetaphil nie mmg bagus.. actually byak buih mmg tak bagus pun.. tp lau xda buih langsung pula sy tak suka pakai haha

      حذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...