Resepi Pie Cheese Nutella Badam Bahan-Bahan : Untuk 1 biji pie saiz 8″ 125gm butter 25gm gula halus 3 sudu air Tepung secukupnya – agak-agak ya sebab tak sukat Bahan Filling: 200gm cream cheese 50gm gula halus 25gm butter Nutella secukupnya Badam keping yang dibakar sekejap dalam oven Cara-Cara Memasak : 1. Campurkan butter, gula halus, dan air. Kacau rata guna sudu sahaja. 2. Kemudian, masukkan tepung sikit-sikit dan jadikan doh yang sedang-sedang lembutnya. Pastikan tak melekat pada tangan dan bekas. 3. Guna plastik untuk gelek doh. Lapik bahagian atas dan bawah doh dengan plastik. Gelek bentuk bulat agak-agak boleh masuk dalam acuan 8″. Akan ada baki sedikit doh sahaja. 4. Telangkupkan doh dalam acuan. Kena buat dengan cermat dan cepat supaya doh tak pecah. Tekap pada acuan pie. Kalau pecah atau koyak tampal dengan baki doh yang ada. Janji doh menutupi sekeliling acuan pie. 5. Kemaskan bahagian tepi atas acuan. Cucuk dengan garfu di permukaan doh. Cucuk agak-agak jarak 1 inci. ...
I just love to write