Penyusuan ibu adalah suatu proses semulajadi. Penyusuan ibu dalam dua minggu yang pertama agak sukar khususnya buat para ibu yang baru pertama kali mendapatkan cahaya mata. Dalam penyusuan ibu setiap ibu harus berusaha dan berfikiran positif untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Dalam susu ibu terdapat banyak kandungan yang sangat baik bagi petumbesaran si anak. Terdapat beberapa masalah yang sering dialami oleh sesetengah ibu seperti bengkak payu dara, puting melecet dan kekurangan susu (tidak cukup susu). Untuk memastikan bahawa bayi mendapat cukup susu, para ibu hendaklah memerhati tanda-tanda seperti : Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam. Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan. Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat. Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam. Berat...
I just love to write