التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من يونيو, 2018

Lirik Lagu Makcik Bawang by ACHEY

Assalamualaikum Bismillah Lirik Lagu Makcik Bawang by ACHEY Apabila isu ditiupkan Ada berita nak disampaikan Apabila isu di sebarkan Ada cerita nak di bincangkan Datanglah! Berkumpulah! Ayuh! Bertukar! Makcik bawang Makcik bawang kembali Makcik bawang Makcik bawang kat sini Makcik bawang Makcik bawang kembali Makcik bawang Makcik bawang kat sini Al kisah Makcik bawang Dia datang Semua benda nak bincang Bila mula nak menyembang Topik akan menyimpang Tak kira mana simpang Asalkan hati lapang Eh betul lah… Apa pulak tak betul Eh betul lah… Cerita dia je betul Eh betul lah… Yang tak sahih pun betul Eh betul lah… Yang tak betul pun betul? Yang sini nak bincang Yang sana nak sembang Yang sini nak bengang Yang sana nak menang Makcik bawang Makcik bawang kembali Makcik bawang Makcik bawang kat sini Makcik bawang Makcik bawang kembali Makcik bawang Makcik bawang kat sini ...

Misi Mencari Tempat Praktikal Tamat! | Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada 04.06.2018 (Isnin)  Misi Mencari Tempat Praktikal Tamat! Bemula dengan permohonan internship yang pertama ditolak  sehinggalah pencarian tempat praktikal yang mengambil masa selama seminggu dan menunggu dengan sabar maklum balas daripada permohonan internship yang kedua selama lebih sebulan, akhirnya berakhir! Perasaan apabila kau seorang saja yang belum dapat tempat tu hanya ALLAH sahaja yang tahu . Sampaikan semasa taklimat praktikum ketua program dah siapkan tempat backup buat pelajar yang masih belum ada tempat untuk internship. Sebenarnya bukan tidak boleh sabar. Cuma kadang-kadang annoying juga apabila ada sesetengah orang yang balik-balik tanya benda yang sama.  "Apasal kau belum dapat?" "Bukan hari tu dah diterima ke?" "Aku memohon tak sampai seminggu dorang dah bagi feedback" "Kenapa pula organisasi tu reject permohonan kau?" Betul-betul menguji ...

Kadang Kala Hidup Tidak Seperti Apa Yang Dirancang

Assalamualaikum Bismillah Hidup ini penuh dengan kejutan. Tahun 2018 boleh dikatakan penuh dengan kejutan, ujian dan dugaan terutama sepanjang aku berada di Universiti.  Aku rasa tahun inilah macam-macam benda yang aku hadap. Sometimes aku rasa macam aku tidak kuat sudah. Tetapi aku tiada pilihan selain untuk terus kuat walau apapun cabaran yang mendatang.  "Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216) Kadang kala aku rasa aku dah merancang dengan teliti tetapi berakhir dengan sesuatu yang tidak dirancang. Unexpected outcomes. ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - Surah al-Imran ayat 54 Sebaik-baik mana kita merancang  Allah SWT yang tentukan. Kadang kala kita lupa bahawa ALLAH SW...

Resepi Biskut Florentine

Assalamualaikum Bismillah Hai korang, aku baru saja minta Resepi Biskut Florentine. Ini resepi dan cara-cara buat. Kalau nak tahu, inilah biskut paling mudah di alam semesta cumanya agak mahal sebab bahan-bahan dia je. Lepas ni tak payah susah-susah beli, buat sendiri je tau.  Bahan-Bahan 1. Tepung Florentine - 200g ( apa-apa jenama pun bole) 2. Badam - 100g 3. Kuaci - 100g 4. Bijan - 20-30g 5. Bijan hitam - 20-30g 6. Kuaci hitam - 100g 7. Bekas muffin ( untuk buat bentuk bulat) Atau lain-lain kekacang ikut tekak masing-masing. Cara-cara membuatnya : 1. Gaul bahan-bahan tersebut. 2. Dah siap gaul masukkan dalam bekas muffin. Pastikan jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. Kalau nipis memang ranggup tapi cepat patah.  Kalau tebal sangat lagi manis boleh kencing manis. Sedang-sedang je okay. Kena masukkan cepat-cepat nanti tepung berketul. Jangan bagi kena angin. 3. Masuk dalam oven dengan api atas bawah, suhu 160 C selama ...

Resepi Popia Seaweed

Assalamualaikum Bismillah Kredit : Jue Raz Bahan-Bahan 2 pek kulit popia 1 pek seaweed  4-8 biji telur (untuk sapuan di kulit popia) Perasa nasi goreng saji atau serbuk pati ayam (sebagai perasa) Serbuk lada putih  Minyak untuk goreng Cara-Cara Membuatnya : Pukul 4 biji telur dahulu dan masukkan perasa nasi goreng/serbuk pati ayam serta lada putih secukup rasa. Gaul hingga sebati. Sapukan telur tadi di atas kulit popia.  Tampal seaweed di atas kulit popia. Biarkan seketika. Gunting segi empat kecil.  Goreng di dalam minyak yang panas. Simple saja guys! Selamat mencuba.