التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من مايو, 2020

Blog Sii Nurul Capai 2 Juta Pageviews Dalam Masa 6 Bulan

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, syukur sangat kerana blog ini akhirnya telah mencapai 2 juta pageviews dalam masa 6 bulan.   Nampak gayanya aku kena tulis azam baru kerana 3 daripada 4 azam blogging tahun 2020 telah tercapai.  Pada awal tahun ini aku telah tetapkan beberapa target blogging untuk dicapai iaitu : Tulis 15 entri setiap bulan 5000 pageviews di Google Analytics 2 Juta Pageviews  Cashout adsense 2 kali Alhamdulillah aku telah capai semuanya kecuali "tulis 15 entri setiap bulan" aku gagal untuk capai. Sebenarnya tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha.  Baca Sini :  Terima Kasih Untuk 1,000,000 Pageviews Azam tulis 15 entri awal-awal lagi dah failed. hehe~ Namun, start dari bulan Mac sehingga Mei aku berjaya konsisten untuk tulis 15 entri setiap bulan. Ada blogger dia tak kisah pun pasal tulis berapa entri asalkan ada update. Ada juga yang menulis apabila ada idea, masa dan mood.  Pada pend...

Entri Berjaya Cecah 100k Pageviews

Assalamualaikum Bismillah Aku rasa belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua rakan blogger dan pembaca sekalian. Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, jujurnya hati ini berasa sayu. It's been 8 years since my grandfather passed away. 2 years later, my grandmother left us. Walaupun telah bertahun namun kehilangan mereka seolah-olah baru semalam.  Ramai yang kata rindu mahu balik kampung. Yang dirindui sebenarnya bukanlah kampung halaman, tetapi orang tua kita dan keluarga kita. Home is people. Not a place. If you go back there after the people are gone, then all you can see is what is not there anymore.  Raya kami sekeluarga seperti tahun-tahun sebelum ini juga. Hanya di rumah sahaja tidak kira sebelum PKP ke memandangkan keluarga semua duduk jauh. Lagipun kami sekeluarga memang tinggal bersama.  Apa yang berbeza dengan suasana aidilfitri tahun ini, keluarga yang terdekat yang non-muslim tidak dapat datang rumah be...

Cara Berkesan Hilangkan Blackhead & Whitehead

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba produk untuk hilangkan blackhead dan whitehead akhirnya aku berjaya menjumpa solusi untuk mengurangkan masalah ini setelah sekian lama. Korang tahu tak kenapa masalah blackhead dan whitehead ini tak pandai selesai? Punca sebenar adalah daripada RUTIN PENJAGAAN WAJAH (routine skincare) korang.  Kalau sebelum ini aku hanya fokus produk untuk hilangkan bintik hitam/putih sahaja. Boleh baca Review Produk Untuk Hilangkan Blackhead & Whitehead  Masalahnya bukan daripada produk tu tau. Tetapi macam mana kita menggunakan produk tersebut dan adakah produk itu sesuai dengan masalah kulit wajah korang.  Hal ini demikian kerana kulit wajah kita tidak sama. Aku ada masalah kulit wajah yang berminyak dan sensitif sebab itulah mungkin ada produk yang aku guna sesuai dengan aku tetapi dengan korang tidak.  Apa yang aku buat untuk hilangkan blackhead dan whitehead ni? 1. R utin Skinca...

Lirik Lagu Terima Kasih – Aizat Amdan & Faizal Tahir

Assalamaulaikum Bismillah Lirik Lagu Terima Kasih – Aizat Amdan & Faizal Tahir Percaya padaku tak akan ku lupakanmu Walaupun ku jauh ku sentiasa milikmu Andainya kau rasa perlu Luah saja sedia ku mendengar Terima kasih untuk semua Takkan ku lupa Sabar menanti ku kan kembali Aku berjanji Hanya satu ku pinta Percaya pada diriku Hatiku hatimu serahkan pada yang satu Andai bersalah maafkan ku Sesungguhnya Tiada yang sempurna Terima kasih untuk semua Takkan ku lupa Sabar menanti ku kan kembali Aku berjanji Bertahan walau apa tak kira apa saja Bertahan walau apa bersama selamanya Terima kasih Terima kasih Untuk semua Takkan ku lupa Sabar menanti Ku kan kembali Aku berjanji Aku bersyukur pada yang satu Sempurna kita kerananya Ku kan selalu Ada untukmu Lagu Faizal Tahir tidak pernah mengecewakan! Kali ini gandingan hebat bersama Aizat Amdan. 

Cara Paling Ringkas Anyam Ketupat

Assalamualaikum Bismillah Sejujurnya aku sendiri tidak pandai anyam ketupat. Tetapi tahun ini aku nak belajar anyam ketupat sendiri. Jadi aku dah simpan awal-awal tutorial kat blog supaya setiap tahun boleh rujuk kat sini. Cara Paling Ringkas Anyam Ketupat Ada banyak jenis ketupat, tetapi untuk yang baru nak belajar anyam ketupat aku rasa ketupat satay yang paling senang nak buat. Ikuti langkah-langkah di bawah : Aku dah cuba tengok kat gambar tapi masih keliru. Jadi untuk lebih mudah korang tengok ja video yang kat youtube dibawah memang sangat ringkas dan mudah.  Marilah kita sama-sama belajar. Aku dari dulu harap mumy ja tetapi sampai bila kan? Kalau jadi ketupat aku buat malam ni aku share kat blog. Selamat mencuba~

Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan

Assalamualaikum Bismillah Bahan-Bahan Mentega/marjerin (250gm) Tepung gandum (1 cawan) Tepung jagung (1 cawan) Tepung kastard (2 cawan) Gula halus (1 cawan) Kuning telur (1 biji) Pewarna kuning (sedikit) - oponal Esen vanila Chocolate rice - hiasan Paper cup Cara-cara membuatnya : 1. Pertama sekali, pukul bula dan mentega sehingga kembang menggunakan mixer pada kelajuan sederhana. 2. Masukkan esen vanila serta kuning telur dan kacau dengan spatula. 3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad sedikit demi sedikit. Gaul sehingga rata menjadi doh. Uli sehingga tidak melekit di tangan. 4. Ambil adunan sebesar genggaman dan parut. Boleh juga guna penapis. Tetapi aku guna pemarut.  5. Ambil adunan yang telah diparut menggunakan sudu dan letakkan dalam papercup. Hiaskan dengan coklat rice atau hiasan yang disukai.  6. Bakar di ketuhar pada suhu 170'C selama 15 minit menggunakan api atas bawah. Ikut kepanasan oven masin...

Selepas 2 Minggu Mencuba MYLARA Collara Super Whitening Booster

Assalamualaikum Bismillah Hai guys, korang dah baca ke Review MYLARA Skincare | Collara Super Whitening Booster ? Hari ini aku nak kongsi dengan korang pula hasil selepas 2 minggu mencuba MYLARA Collara Super Whitening Booster. Hasil Selama 2 Minggu Aku suka sangat apabila makan Collara Super Whitening Booster. Nak kata berubah putih tu tidak jugalah, tetapi apa yang aku nampak kulit wajah jadi semakin berseri dan tidak kusam. Aku tak pandai bermekap. Aku just guna lip balm Silky Girl ja.   Soalan Berkenaan MYLARA SKINCARE 1. Berapakah umur yang sesuai untuk menggunakan MyLara Skin Care? Ia sesuai digunakan bermula dari umur 14 hingga 60 tahun bagi lelaki dan perempuan memandangkan MyLara Skin Care ialah produk yang kaya vitamin dan anti oksida yang terhasil dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi. 2. Adakah perlu untuk menggunakan kesemua produk untuk menampakkan kesan yang boleh dilihat? Mylara Skin Care boleh digunakan secara berasingan sebagai sebahagian da...

Resepi Kuih Batang Buruk Sedap Pilihan Keluarga

Assalamualaikum Bismillah Resepi kuih batang buruk ni kan ada banyak versi. Ada yang suka batang buruk horlick, batang buruk cheese, milo ada juga guna nestum dan susu.  Tetapi kali ini aku hanya nak kongsi  Resepi Kuih Batang Buruk yang selalu kami sekeluarga buat dari dulu. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja.  Bahan-Bahan  Kulit Popia Serbuk Kacang Hijau Gula icing Chopstick Air / Telur Cara Memasak : 1. Potong kulit popia kepada 12 bahagian. Buka kulit popia satu persatu. 2. Gulung kulit popia dengan straw atau chopstick. Guna telur atau air untuk lekatkan popia supaya tak terbuka. 3. Goreng dengan minyak yang secukupnya. Apabila dah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak (Boleh guna kertas minyak) 4. Campurkan serbuk kacang hijau dan gula icing. Masukkan popia yang telah digoreng dan kacau sebati.  5. Dah sejuk boleh masukkan dalam bekas. 1 kulit popia besar boleh dapat 2 balang.   Korang boleh tengok ...

Dashboard Terbaru Blogger 2020.. Hmmm Okay ke Tak?

Assalamualaikum Bismillah Dashboard Terbaru Blogger 2020.. Hmmm Okay ke Tak? Tahun lalu dashboard blogger bertukar. Tak sampai pun setahun dah tukar lagi guys. Kalau nak tahu dashboard 2019 punya boleh baca  Dashboard Terbaru Blogger, Yay or Nay? Banyak gila perubahan untuk Dashboard Terbaru 2020 nie. Aku pun bingung juga nak cari mana nak post. Kat ruangan dashboard blog kita ada "Try the new Blogger!" korang klik je.  Review Dashboard Terbaru Blogger 2020 Lepas je korang dah klik. Inilah rupa baru untuk bahagian POST. Sangat berbeza.  Ada nampak tak petak berwarna merah tu. Kalau nak tengok semua post yang dah publish, draf ataupun post scheduled aku dah buat petak merah tu. Ada label dan boleh select post yang korang nak delete.  Yang kat bawah bulat (+) tu kalau korang nak "new entry". Bingung nak cari kat mana nak buat entry baru nie. Rupanya kat bawah sebelah kanan. Aku ingatkan bila nak buat entri baru tu macam...

Resepi Almond London Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum Bismillah BAHAN A: 1 cawan buttercup 3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla BAHAN B: 2 ½ cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1 sudu makan tepung beras 1 sudu teh serbuk penaik 3 sudu makan serbuk badam BAHAN C: 2 cawan coklat masakan – cairkan guna kaedah double boiler Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 15 minit CARA MEMASAK: 1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja. 2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1 biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar. 3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut ...

Ciri-Ciri Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Mei

Assalamualaikum Bismillah Ciri-Ciri Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Mei Sempena bulan Mei, mari kita sama-sama kenali personaliti orang yang lahir pada bulan Mei. Sebelum tu dah baca tak Ciri-Ciri Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Jun?   Ini hanya sekadar perkongsian, tidak semestinya tepat pada diri seseorang. Kalau nak cari pasangan tu mungkin bolehlah kenali personaliti bakal pasangan korang. Manalah tahu ada ciri-ciri tersebut.  Sifat-sifat positif orang lahir bulan Mei Kuat semangat Bermotivasi tinggi Berfikiran tajam Pandai menarik hati orang lain Menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik secara fizikal dan mental Mudah dipujuk Tidak perlu dimotivasikan Sistematik Kuat daya firasat  Memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Pandai berdebat Fizikal yang baik Suka sastera, seni, muzik dan melancong Rajin dan bersemangat tinggi Sifat-sifat Negatif Orang Lahir Bulan Mei Degil dan keras...

Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks | Sii Nurul

Assalamualaikum Bismillah Hai kalian. Dah nak hujung bulan ni, jangan lupa bayar bil air dan elektrik rumah. Jangan biarkan bil-bil tersebut tertunggak berbulan-bulan nanti diri sendiri yang penat membayar tau. Kadang-kadang dalam kesibukan kita bekerja, kita lupa nak bayar bil. Nak bayar di kaunter pembayaran pula, kena berbaris dan menunggu giliran. Panas, sesak, ramai orang lagi, buang masa, tenaga dan minyak kereta ulang-alik bayar bil. Tetapi dengan kemudahan teknologi moden sekarang, dah ramai yang bayar bil secara online kerana ianya lebih mudah dan cepat. Semuanya di hujung jari.  Baiklah, di sini aku ingin berkongsi  Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks. Ikuti langkah yang berikut ya~ Langkah 1:  Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul Langkah 2:   Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Klik pada menu "Pay Bills" Langkah 3...

Review MYLARA Skincare | Collara Super Whitening Booster

Assalamualaikum Bismillah MYLARA Skincare | Collara Super Whitening Booster Hai semua, hari ini aku ingin memperkenalkan kepada korang satu produk iaitu MYLARA Skincare. Aku selalu tengok review kawan berkenaan produk ini, ramai yang bagi positif feedback.  Dan aku sebenarnya agak terkejut juga rupa-rupanya MYLARA Skincare ini lengkap sangat. Ada toner, day and night cream, serum, dan lain-lain. Boleh lihat di laman official MYLARA Skincare . Mengenai Mylara Skincare MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun.  MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah! MYLA...