Assalamualaikum Bismillah Sejak berkahwin nie, antara benda baru yang aku belajar dalam rumahtangga ialah pasal kereta. Suami minat sangat dengan kereta. Jadi banyak sangat term atau istilah pasal kereta yang aku baru dengar. Aku kalau bab kereta, rumah, insurans ke memang agak slow sikit nak faham. Jadi memandangkan suami penggemar kereta aku pun mulalah mencari info berkenaan kereta. Dan aku suka tengok youtube Dr Adam Zubir berkenaan loan kereta, tips-tips kewangan, beli rumah dan sebagainya. Memang sangat menarik konten Dr Adam Zubir. Antara konten yang menarik perhatian aku adalah tentang Cara Kira Loan Kereta Dengan Betul. Melalui perkongsian Dr Adam Zubir, beliau berkongsi cara kira loan kereta dengan melihat amaun kereta kita sama dengan jumlah tahunan gaji bersih. Sebagai contoh g aji RM2000 sebulan x 12 Bulan = RM24,000 Jadi korang boleh cari kereta yang di bawah harga RM24K sebaik-baiknya. Tetapi sekiranya korang baru bekerja dan tidak mampu beli harga ker...
I just love to write