Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Permulaan Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa

Sii Nurul
51
Assalamualaikum
Bismillah

Blogging Sebagai Kerjaya

Ini adalah kisah yang aku simpan tak pernah luahkan pada umum sehinggalah hari ini dan detik ini. Akhirnya aku pilih blogging sebagai kerjaya. Bukan mudah untuk aku buat keputusan begini. Apatah lagi melibatkan masa depan aku.

Aku tahu banyak kekurangan yang ada pada blog aku. Aku tahu penulisan aku belum seberapa. Kemahiran SEO dan banyak lagi teknik blogging yang masih belum aku kuasai. Aku tahu bukan mudah. Aku tahu aku tiada ilmu yang cukup macam orang lain. Aku tahu semua tu. Yet, I choose this as my career.



Orang kata aku kena sediakan at least 6 bulan gaji kalau nak jadi fulltime blogger. Macam mana nak bayar bil utiliti, bayar internet dan keperluan lain. Pageview blog pun 1000 je sehari. Tulis blogpost pun tak konsisten. Followers tak banyak. 

Pendapatan adsense dah 2 tahun pun belum capai 100usd pun ada hati nak jadi blogger sepenuh masa. Aku tahu semua tu. But still I choose this as my career.

Orang kata banyak lagi kerja yang aku boleh buat. Tapi kenapa mesti 'blogger'? Pendapatan pun tak tetap. Harap gaji dari adsense yang baru 50usd tak tahu bila dapat cashout. Mungkin tahun ini, tahun depan atau 5 tahun akan datang. Aku pun tak tahu. Jadi kenapa mesti jadi 'blogger' yang punya income tidak tetap?

Terpaksa Tolak Beberapa Tawaran Kerja

Of course sejak ambil bidang Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, aku mahu pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik aku. But life is not that easy. 

Everything you dream and plan doesn't mean it will come true. Aku dah tolak banyak offer and mostly job I got related to my course. Siapa yang tak nak kan? 

I'm not happy when I reject those jobs. I'm crying. For the past 3 years I hold my tears and pain alone. Aku cerita masalah aku tapi orang anggap perkara tu bukan suatu yang serius.

Apabila aku luahkan aku sakit. Orang susah nak percaya. Malah ada yang cadangkan untuk aku bekerja di pejabat dan banyak lagi lah tempat. 

"Alaa.. kau boleh tu.. kerja tu bukannya berat pun. Sampai bila kau nak duduk menganggur, tak kesian ke dengan mama bapa?". 

Sampailah satu tahap aku paksa diri untuk kerja kerana taknak hampakan orang sekeliling dan akhirnya aku berhenti.

Aku tak dapat tahan. Aku tidak happy dengan apa yang aku buat. Aku jadi murung. Then orang persoalkan kenapa aku berhenti padahal kerja bukannya berat. Pada orang yang sihat mungkin kerja itu tidak berat.

Orang hanya nampak kita sihat secara luaran. Kau boleh bergerak, buat kerja dan bercerita sihatlah tu. Yang orang tak nampak hari-hari aku menahan rasa sakit belakang, hari-hari pakai minyak angin, hari-hari minta urut. Sekali berurut RM35-60.

Kadang-kala sebulan berurut hanya sekali, tu pun tunggu orang lain gaji. Tapi orang tak faham. Asal ada berurut sekali okaylah. Tetapi sebenarnya tidak okay pun berurut sekali je. Cuma aku malas nak cakap sebab aku pun tahu minta duit je.

Ramai yang cadang minum tu ini, pergi rawatan dan macam-macam lagi. Aku hargai niat baik mereka. Tapi bukan semudah itu. Seperti yang aku kata, aku takda kerja. Jadi duit nak minta siapa kalau bukan keluarga terdekat. Dan bukan semua orang ada masa nak layan sakit aku. Ada ketika aku terpaksa tunggu.

Hampir 6 Bulan Kemurungan

Sejak aku graduate tahap anxiety aku menjadi semakin tinggi. Banyak benda aku fikir.
  • Macam mana aku nak kerja? 
  • Kalau tak kerja macam mana nak bayar ptptn? 
  • Sampai bila nak harapkan ibu bapa? 
  • Macam mana nak simpan duit? 
Dan macam-macam lagi yang ada dalam fikiran aku ketika itu. Tapi aku tak cakap. Tanpa aku sedar aku selalu luahkan perasaan aku dalam kertas dan menangis sorang-sorang. Kadang kala aku lihat raut wajah ibu bapa aku risau sebab aku selalu berkurung dalam bilik.

Aku selalu luahkan benda yang sama berulang-ulang kali. Kerisauan aku menjadi-jadi. Aku jadi tidak sabar dan cepat-cepat mahu cari kerja. Dan apabila dapat kerja aku hanya bertahan 1-2 hari sahaja. Those thing happend almost 6 months.

Sampai satu tahap aku paksa juga kerja dengan harapan InsyaAllah aku boleh juga kerja ni. Kononnya lepas sebulan dapat ja gaji terus berurut. But that was not happening. Aku berhenti juga. 

Aku balik rumah saja aku menangis sekuat hati sampai tertidur. Aku tidak sanggup untuk menambahkan beban yang aku rasa semata-mata mahu jaga hati orang lain.

Kenapa Pilih Blogger?

Aku putus asa untuk cari kerja ikut kehendak orang lain. Aku mahu buat kerja yang aku mampu buat. Aku mahu buat kerja yang aku suka. 

Walaupun aku tahu pilihan yang aku buat tidak mendatangkan hasil sebesar orang lain. Aku tahu kerjaya ini memerlukan usaha yang keras untuk mendapatkan hasil.

Aku tahu ada banyak kerja boleh dibuat. Bisnes online dan sebagainya. Tetapi aku pilih blogger sebab inilah kerja yang aku buat selama 2 tahun sebagai part-time. 

Cuma fokus aku ketika itu bukannya income tetapi lebih kepada ingin berkongsi pendapat, infomasi dan pengalaman. Inilah hobi aku yang sukar untuk aku buang sejak ada blog.

Sejak aku putuskan untuk memilih blogging sebagai kerjaya. Alhamdulillah ALLAH permudahkan semuanya buat aku. Pageviews semakin meningkat dan google adsense semakin hari semakin naik income.

Bukan itu sahaja, aku jadi lebih yakin untuk promote blog aku di media sosial malah aku dah tak kisah sangat kalau kawan-kawan mahupun keluarga yang terdekat baca blog aku. Jujur aku katakan aku bangga untuk katakan "inilah kerjaya aku sekarang". 

Terima kasih yang selalu datang baca blog ini, klik iklan di blog ini ataupun komen di blog ini. Aku hargai sangat. Tanpa pembaca blog ini tidak akan sampai ke tahap ini. Kehadiran korang semualah yang memotivasikan aku untuk terus berkongsi.


Catat Ulasan

51Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Jangan putus asa. Jangan negatif, in sha Allah ada jalan nya

    BalasPadam
  2. I feel you. I pun dah habis belajar tunggu graduate bulan 10 nie. I pun tgh rasa stuck sbb baru tahu realiti dunia pekerjaan sebenar dan betapa susahnya nak cari kerja yg sesuai dengan bidang pengajian. Since belum graduate lagi, i told myself its okay i still have time. tapi i still risau about my future after graduation nie..semoga Allah memberikan rezeki terbaik untuk kita. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tekanan lepas habis belajar tu is real.. Hanya org yg melaluinya saja yg tau betapa kita betul2 usaha cari kerja tuk survive. Apapun, semoga ALLAH permudahkan urusan Ain di dunia & akhirat ^^ .. Sy doakan semoga korg semua yang komen dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik & berjaya dunia akhirat..

      Padam
  3. saya pun still struggle with my life but dont give up ok, teruskan usaha & good luck ye awak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah semoga dipermudahkan semuanya.. Good luck to you as well ^^

      Padam
  4. Rabia pun still struggke with my study. Kan Rabia ada cerita dalam blog yg Rabia hadapi mental exhausted. Tp nk mengurang kan penyakit begitu dtg lg. Sambil buat assignment sambil tu baca blog ke .dengar lagu ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Take care of your health Rabia.. study tu study juga.. when you unhealthy semua benda pun tak boleh buat.. apapun semoga dipermudahkan semuanya utk Rabia ^^

      Padam
  5. Ok ni nurul, kak pip rasa blogging ada masa depan.. Kena rajin jak tulis entry dan cari lubuk .. Mcm kak pip stick dgn sushivid .. Kdg2 ada job juga..share2 iklan di sushivid pun dpt income juga ..kalau ada pertanyaan , wasap kak pip ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kak.. blogging nie yg penting rajin ja kan.. kena usaha lah selain depends on adsense saja.. terima kasih kak.. sy belum dapat share lagi iklan kat sushivid tu kak sbb friends kat fb tak sampai 800 ..

      Padam
  6. insyaAllah nurul, dunia sekarang sangat mencabar dan awak kena kuat. semoga dipermudahkan setiap urusan awak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah shu.. semoga diberikan kekuatan .. Amiinn

      Padam
  7. usaha sudah...berdoa sudah.. semoga Allah permudahkan segalanya nurul. semoga berjaya girl!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiinn .. amiinn.. semoga diberikan kejayaan juga buat Sheila di dunia akhirat ^^

      Padam
  8. Semoga dipermudahkan semua urusan yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. aminnn.. semoga dimurahkan rezeki juga buat Ain..

      Padam
  9. Semoga berjaya, pilihan ditangan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... aamiinn.. semoga dimurahkan rezeki juga buat Aini ..

      Padam
  10. Dari qpa yang diluahkan Saya faham yang sis mahukan dalam kerjaya..

    Sis mahu kerjaya yang memberi kepuasan lebih daripada pendapatan.

    Sebagai blogger Saya sokong sis untuk decide teruskan jadi blogger yg sukses.

    Tulis sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca ..and then rezeki come to you

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. InsyaAllah semoga apa yg dikongsikan dlm blog memberi manfaat buat pembaca.. Mudah2an ada pahala dr setiap apa yg kita kongsi.. Semoga Allah murahkan rezeki buat Tuan juga..

      Padam
  11. buat je kerja yg kita rs kita happy nk buat..
    xslh pon gunakan blog utk cr rezeki..
    ni idup awk.. awk yg berhak tentukan..

    teruskan berusaha! =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas dorongan & motivasi.. semoga dimirahkan rezeki buat Ezy juga aamminn..

      Padam
  12. Gud luck..apapun kerjaya msti usaha n yakin ja..xkiralah blogger pun hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak sha.. semoga dimurahkan rezeki buat kak sha sekeluarga juga... aamiinn..

      Padam
  13. kena kuat semangat dan rajin bila berblog ni... jangan putus asa. chaiyukkk


    psst... thanks sudi join segmen Mia.
    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak mia.. semoga dimurahkan rezeki buat kak mia juga ^^ ... terima kasih kerana menganjurkan segmen ...

      Padam
  14. good luck awk.. Semoga smuanya dipermudahkan.. InshaAllah, yg penting jgn cepat putus asa.. teruskan berusaha.. chaiyok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Busyra ... Semoga dipermudahkan & dimurahkan rezeki selalu juga buat Busyra.. Aaminn

      Padam
  15. InshaAllah, you will be one of the greatest blogger!
    Do not ever give up. Good luck <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Thank you so much EEIOU~
      May ALLAH bless all of us..

      Padam
  16. goodluck nurul. kita buat apa yang kita minat. Dengan benda minat kita mampu bagi 500% atas sebab minat. insya allah ada rezeki nanti. get well soon as well

    BalasPadam
  17. Teruskan usaha pasti berjaya juga. All the best. Zumal pun full-time blogger tapi xde AdSense pun. Huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Aaminn... semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat Zumal.. ^^

      Padam
  18. usaha doa tawakal semoga dilimpahkan rezeki yang berkat dan berpanjangan. Aaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Aaminn..semoga dilimpahkan rezeki yang berkat dan berpanjangan juga..

      Padam
  19. Semoga dipermudahkan segala urusan nurul, dalam kerja dan jugak hal-hal lain aamiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Aaminn..semoga dilimpahkan rezeki yang berkat dan berpanjangan juga..

      Padam
  20. Wah hebat, Tahniah Nurul ada Blog yang sangat bermanfaat. saya pun baru belajar2 buat Blog... sebenarnya dah lama ada Blog, tapi untuk suke2 je. tapi teringin pulak ada Blog Mcm Nurul.. Blog Saya https://idaman-info.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kata2 dorongan... Sy ada follow blog rahman.. semoga dimurahkan rezeki selalu~

      Padam
  21. Teruskan berusaha dan jangan give up. Semoga nurul berjaya suatu hari nanti dengan apa yg nurul buat. Btw blog nurul sangat bermanfaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khairul.. Semoga diberi ilham utk terus berkongsi sesuatu yg bermanfaat.. Semoga khairul juga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan sukses selalu

      Padam
  22. Ya Allah, kuatnya nurul. Kakak ndak tau pun. Kakak doakan nurul sentiasa diberikan kesihatan yang baik ya. Dipermurahkan rezeki dengan blog. Betul ini kerjaya kita walaupun part time. Kakak suka semangat nurul. Inspirasi. Teruskan berblog. Hanya kita yang minat mendalam dengan dunia blog ni saja yang tahu, macam mana kadang addictnya kita nak menulis. Bukan hanya menulis pasal diri sendiri, tapi perkongsian dengan orang lain.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Yatie.. haha betul tu kak.. sehari tak menulis Ya Allah rasa mcm janggal.. Semoga blog akak juga semakin maju.. Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga..

      Padam
  23. singgah baca sini sebab nak tahu perjalanan Nurul.. ^^ every pains later pay with smile. Beauty is pain gitu, ye dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih aienienka.. haha yeaa.. tak sangka dah berapa bula jadi fulltime blogger

      Padam
  24. terbaikk...saya pom minat tulis blogger ..jgan putus asa ..dapat je duit daripada google adsense terus je bisnes ..berjaya bukan sekejap tpi memerlukan masa yang lama..

    BalasPadam
  25. Jadi penulia blog bukan mudah, banyak perkara kena faham. Untuk setting-kan blog supaya artikel yang kita tulis itu orang boleh jumpa, apa lagi angan2 mahu buat income melalui blog, amat sukar bagi saya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write