التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من يناير, 2021

Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021) | TAMAT

Assalamualikum Bismillah Alhamdulillah, dah lama berniat nak buat Giveaway. Syukur kerana dilimpahkan rezeki tahun 2021. Jadi aku ingin berkongsi rezeki juga dengan sahabat yang selalu memberi sokongan terhadap blog ini. Pada tahun lalu, aku ada buat blog yang kedua cuma aku tidak cerita pasal blog tersebut sebab jarang juga update.  Alhamdulillah, tahun ini aku mula fokus dengan blog kedua dan syukur sangat kerana berjaya lulus adsense walaupun blog tersebut belum capai usia setahun. Oleh itu, aku menjemput rakan blogger yang sudi untuk support blog kedua aku juga. Syarat-syarat penyertaan : 1. Follow blog Sii Nurul dan Inspirasi Kami 2. Like Facebook Page Blog Sii Nurul 3. Copy and paste banner di atas. Buat entri "Giveaway Sii Nurul" 4. Komen link penyertaan di komen di bawah. Semua penyertaan akan disenaraikan dalam bloglist. Cabutan bertuah akan dilakukan dan  2 orang pemenang giveaway akan menerima wang tunai RM50. Giveaway berlangsung bermula 24 Januari sehingga 20 Fen...

Cara Buat My Goals Dengan Cimb Clicks (Main Kutu Cara Paling Selamat)

Assalamualaikum Bismillah Baru-baru ini aku ada terbaca kat facebook tentang satu bahagian pada Cimb Clicks yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil  "My Goals". Aku perasan juga sebenarnya cuma tak pernah ambik tahu pun.  Nak tekan pun takut-takut, manalah tau duit dalam bank tiba-tiba lesap ke. Kalau korang dah bosan nak main kutu dengan manusia, bolehlah guna cara ini. InsyaAllah selamat. Yang penting ada akaun cimb dan duit di dalam.  Apa yang best pasal "My Goals" ini korang boleh tulis matlamat korang nak menyimpan ini sebab apa? Nak travel, beli emas, beli part kereta, bayar roadtax ke dan macam-macam lagi lah. Korang boleh set amaun berapa banyak duit setiap bulan.  Cimb akan automatik tolak duit dari akaun korang. Apabila dah sampai tempoh yang telah ditetapkan, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke dalam akaun bank kita. Tiadalah kes duit hilang, mak kutu lari ke. InsyaAllah selamat. Aku pun baru sahaja mula haha. Target aku ...

Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya nama Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram aku reka sendiri saja hahaha. Korang bolehlah ikut resepi paling mudah dan simple ini sepanjang PKP 2.0. Resepi yang aku selalu kongsi ini resepi bajet tau sebab tak banyak bahan pun. Macam biasalah aku kan suka masak senang-senang saja.  Bahan-bahan 1 mangkuk kobis 1 tangkai cili merah - hiris 3 ulas bawang merah - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 1 biji telur Garam secukup rasa Sos tiram Korang boleh tambah bahan lain seperti ayam, udang, fishball dan lain-lain. Like I said, resepi ini mudah sahaja. Tak nak letak bayak bahan sangat. Ikut selera korang ya. Cara-cara memasak : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang kekuningan dan wangi, masukkan telur. Masak macam korang masak telur dadar tau. Dah ada rupa macam telur dadar sikit baru korang hancurkan. 2. Masukkan sayur kubis dan kacau seketika.  3. Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam. Kalau nak ada...

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Berkuah Pekat

Assalamualaikum Bismillah Aku jarang masak ayam yang banyak sangat bahan macam nie. Aku suka masakan yang simple dan mudah. Cuma kali ini aku teringin nak makan ayam masak kicap berkuah pekat. Resepi asal dari Che Nom tapi aku buat versi sendiri.  Memandangkan aku tidak suka pedas, so jangan hairan kalau aku tak letak cili kisar atau cili padi ke. Boleh cuba resepi ini kalau rasa sesuai dengan tekak korang hehe. Bahan-Bahan 1/2 ekor ayam Garam kunyit 1 mangkuk minyak 2 sudu besar sos tiram kicap manis 1 gelas air 2 sudu besar air asam jawa bawang besar (hiris bulat) 1 batang serai (dipotong & tumbuk sikit) 2 biji tomato (potong 4) Lada putih 1 biji kentang Bahan tumbuk halus/kisar 3 ulas bawang putih 4 biji bawang merah 2 inci halia 2 inci kunyit Cara Penyediaan 1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. 2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan. 3. Goreng kentang supaya nanti masak dengan ayam, kentang cepat masak & lembut. Angkat dan ketepikan....

Cabaran 15 Hari | Difficult Time In My Life - Kemurungan (Major Depression)

Assalamualaikum Bismillah Difficult Time In My Life - K emurungan ( Major Depression) Aku ingat lagi sepanjang hidup aku the most difficult time in my life when I was in Form 4. Aku selalu sebutkan benda ini sebagai kisah silam. Perkara paling down yang aku pernah hadapi selama hidup.  Aku rasa semua orang ada fasa di mana dia rasa mahu putus asa macam tu. Masa itu aku menghadapi kemurungan ( Major Depression).  It happend almost a year jugalah. Tambahan pula masa tu kebanyakkan orang tidak aware sangat tentang kesihatan mental ini. Tidak macam zaman sekarang.  Dan paling teruk masa tu aku ada perasaan mahu lari dari rumah dan bunuh diri. Astaghfirullah al'azim memang gila lah kalau fikir balik. But it's real. Kehilangan orang tersayang, financial and families problem, studies and relationship hit me that time. Semuanya berlaku serentak and I just can't handle the problems. Aku tak mahu ulas sangat sebab aku bukan pakar.  Baca Sini : Apa Kaitan Emosi Dengan Mi...

Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli (OST Drama Bidadari Salju)

Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli (OST Drama Bidadari Salju) Disaat aku pejamkan mata Ku cuba bayangkan raut wajahmu Doaku agar kau hadir di dalam mimpi Menemani aku Mimpi yang indah kau bersamaku Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya Dan jangan dikau hampiri dia Dia pasti membawa kau pergi Dia Dia Mengapa dia? Semalam aku diburu mimpi Mimpi ngeri yang menghiris hatiku Tapi kutahu jauh dalam sudut hatimu Kau takkan tinggalkanku Mimpi yang indah kau bersamaku Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya Dan jangan dikau hampiri dia Dia pasti membawa kau pergi Oh ku dibuai mimpi indah dan juga mimpi ngeri Mimpi yang indah kau bersamaku Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya Dan jangan dikau hampiri dia Dia pasti membawa kau pergi Dia Dia Mengapa dia?

Tercapaikah Azam Blog Tahun 2020?

Assalamualaikum Bismillah Hai nak tanya dengan korang nie, apa perkembangan azam tahun 2020 korang? Alhamdulillah azam blogging part 1 sebelum ini 3 / 4 azam aku dah tercapai pada bulan Mei. Aku tak sangka juga boleh capai azam blog dalam masa beberapa bulan. Kalau ada kemahuan di situ ada jalan kan.   Baca Sini : Azam Bogging 2020 Part 1   Baca Sini : Azam Baru Blogging 2020 Part 2 Dan pada bulan Ogos aku tetapkan lagi azam blogging part 2. Cuma ada sedikit pembaharuan daripada azam pertama. Jom kita lihat  Tercapaikah Azam Blog Tahun 2020? 1. Publish 200 entri Untuk Tahun 2020 Unfotunately I failed to achieved 200 articles for 2020. Aku hanya berjaya menulis 162 entri sahaja pada tahun 2020.   Tetapi apa yang menggembirakan aku berjaya juga melepasi entri pada tahun 2019 iaitu sebanyak 121 entri. So ada peningkatan jugalah sebelum tahun ini kan. Tak apa, tahun ini aku cuba lagi hehe. Antara sebab aku tidak berjaya capai azam ini ialah aku tidak dapat menuli...

Blog Sii Nurul Mencecah 4 Juta Pageviews | Tips Bounce Rate & Google Adsense

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, finally 4 Milions pageview achieved before end of 2020. Aku nak tulis entri ini sebelum masuk tahun 2021 lagi sebenarnya. Tapi laptop rosak. So, baru ja dapat berblog. Banyak benda nak kongsi terutama tentang perkembangan blog.  Sekarang ini aku ada habit menulis entri akan kaitkan dengan entri-entri yang lepas. Pada pemahaman aku ianya ada kaitan dengan penulisan SEO (maybe kot) hahaha~  Tetapi aku memang dah cuba memang berkesan, cuma ambil masa sikit. Bukan sahaja dapat naikkan views tetapi dapat turunkan bounce rate korang juga. Tak percaya boleh baca  Yeeahh!! Berjaya Rendahkan Bounce Rate!! Sebagai contohlah entri resepi kan, di blog ini aku ada post entri yang sebenarnya cara masak tu hampir sama sahaja cuma tajuk sahaja yang berbeza. Resepi Ringkas Sosej Masak Sos Resepi Telur Mata Masak Sos Untuk Orang Malas Masak Resepi Telur Rebus Masak Sos Perasan tak semuanya masak sos. Hahaha~ Tak perlu pun susah-susah nak fikir na...

Cabaran 15 Hari | Kalau kaya apa yang anda ingin buat?

Assalamualaikum Bismillah Topik kali ini sangat menarik. Siapa yang tak nak kaya? Aku rasa semua orang pun nak kaya cuma bagaimana menggunakan kekayaan yang kita ada itu untuk membantu orang lain. Aku dulu pernah berangan-angan juga kalau aku kaya apa aku nak buat dengan kekayaan aku? Kalau kaya apa yang anda ingin buat? 1. Bayar Hutang Perkara pertama sekali aku nak buat ialah bayar hutang orang. Dari dulu sampailah sekarang aku selalu mengelak mahu berhutang dengan orang lain. Aku bukanlah dalam kalangan orang berada bukan juga terlalu susah. Hidup keluarga aku pun sederhana sahaja. Tetapi tidak dinafikan, masa aku kecil dulu keluarga aku memang sangat-sangat susah. Nak sekolahkan aku dan adik-adik aku banyak keluarkan duit.  Kadang sampai terpaksa hutang sana sini. Inilah benda pertama yang aku akan lakukan sekiranya aku mempunyai duit yang banyak. Aku nak balas jasa orang-orang yang pernah tolong keluarga aku, adik-beradik aku yang lain. Termasuklah kawan-kawan sekolah aku....

Cabaran 15 Hari | Sebelum tidur anda buat apa?

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, baru ada peluang mahu menulis balik di blog. Beberapa hari ini aku terpaksa menangguh buat  Cabaran 15 Hari Menulis Blog  disebabkan oleh kerosakan pada charger laptop aku. Sedih sebenarnya. Dugaan akhir tahun banyak perancangan yang tertangguh dan ada juga yang cancel. Takpa lah perkara dah berlalu, nanti aku cerita di lain entri.  Hari ini aku kongsi pula apa yang aku biasanya buat sebelum tidur. 1. Catat To-Do List Pertama sekali, aku akan buat perancangan apa yang aku akan buat untuk hari esok (to-do-list). Aku akan catat kat nota bangun sahaja dari tidur apa yang aku akan buat dari segi aktiviti di rumah dan aktiviti blogging aku. Memandangkan aku bekerja sebagai blogger sepenuh masa, jadi aku kena rancang masa aku dengan baik. Inilah cabaran aku bekerja di rumah juga. Aku sendiri kena bahagi masa aku untuk kerja dan masa di rumah bersama keluarga.  2. Blogwalking & Tulis Draft Biasanya sebelum tidur sekiranya aku ti...

Kasut Sekolah Pallas Hitam Lebih Ringan Dengan Pengudaraan Yang Baik

Assalamualaikum Bismillah Hello semua. Aku harap semua sihat dan jangan lupa jaga kesihatan! Memandangkan sekolah dah nak mula kembali, mesti ibu bapa di luar sana sedang sibuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak kan? Anak-anak pun dengan karenah masing-masing nak membeli peralatan baru walaupun yang lama masih elok. Ibu bapa pun nak tak nak, ikut jer apa yang anak mahukan.  Okay, cerita pasal kelengkapan sekolah, kita mesti akan masukkan kasut dalam senarai kan? Baiklah, sekarang ni aku nak kongsi review pasal kasut Pallas yang selalu menjadi idaman pelajar termasuk adikku sendiri.  Kenapa Pilih Kasut Pallas? Sebenarnya, banyak kasut yang berkualiti di luar sana. Tapi, aku lebih tertarik dengan kasut Pallas. Adik aku sendiri peminat kasut Pallas ni. Tiap tahun, kalau nak beli kasut, mesti Pallas yang dia pilih. Kalau nak tahu, keluaran kasut Pallas ada banyak kebaikan tau, termasuklah:  Lebih Ringan➜ Kasut keluaran Pallas ni lebih ringan kalau nak bandingkan ...