Assalamualaikum Bismillah Hukum Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri HUKUMNYA WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI Wajib bagi seorang suami untuk memberikan nafkah zahir dan nafkah batin kepada isterinya. Firman Allah Taala: وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. (Surah al-Baqarah - 2:233) Aisyah R.anha meriwayatkan bahawa suatu hari Hindun pernah mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan suaminya, Abu Sufyan yang tidak memberikan nafkah yang cukup kepadanya dan anaknya. Melihat keadaan itu, maka Rasulullah SAW bersabda: خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ Maksudnya: Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik. - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Memang, jika si isteri reda dengan suami tidak m...
I just love to write