Assalamualaikum Bismillah Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur | Aku dah lama nak beli SEBORIN Activ Hair Tonic ini sebab aku ada masalah rambut gugur yang agak teruk. Aku dari dulu lagi suka sangat rambut panjang tetapi setiap kali rambut dah panjang, mesti ada masalah gugur rambut. Mulanya aku tak kisah sangat sebab gugur rambut ini ada benda biasa saja. Cuma dia jadi semakin membimbangkan apabila aku bangun dari tidur sahaja rambut gugur bukan sedikit ya. Banyak sangat. Kadang tu sampai segenggam penuh dengan rambut aku. Setiap kali mandi tu habis gugur rambut aku. Mujurlah rambut aku agak tebal. Dah pelbagai jenis produk yang aku guna tetapi hasilnya kurang memuaskan. Sampailah satu masa aku tak tahu baca dari mana. Masa tu memang viral lah pasal seborin hair tonic ini. Agak lama juga baru terbuka hati nak guna produk ini haha. Salah satu sebab, harga dia boleh tahan mahal juga bagi aku. Tetapi sebab betul-betul nak selesaikan mas...
I just love to write