LATAR BELAKANG AGENSI AGED COMFORT CARE CENTRE LIKAS Agensi Comfort Aged Care diasaskan oleh Encik Kent. Sebelum ini beliau merupakan pelajar yang mengambil jurusan Kimia Perindustrian di Singapura dan telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1985. Agensi Comfort Aged Care Centre merupakan pusat jagaan harian kepada golongan yang berusia dimana ia terletak di kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Agensi Comfort Aged Care Centre telah ditubuhkan sejak Julai 2016 di mana ia merupakan perkhidmatan pertama yang disediakan kepada klien atau pesakit yang mempunyai masalah demensia serta Alzheimer. Encik Kent juga menyediakan perkhidmatan kepada warga tua yang mempunyai masalah kecacatan dari segi fizikal dan masalah neurologikal yang lain seperti warga berusia lanjut yang mempunyai masalah strok, dan penyakit Parkinson. Menurut Encik Kent semasa sesi lawatan, agensi ini merupakan pusat jagaan warga tua yang satu-satunya ditubuhkan khas kepada warga tua yang mengalami demensia. Penu...
I just love to write