التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من مارس, 2020

Resepi Kek Pisang Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum Bismillah Memandangkan dah masuk cuti semester, agak molek jika aku cuba Resepi Kek Pisang Mudah Sukatan Cawan. Sebelum tu, kalau korang tak tahu nak buat apa sepanjang cuti. Boleh baca   Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester Aku bab baking ni aku paling sukalah. Tak tahulah kenapa. Bukannya teringin nak makan sangat pun, cuma saja je nak mencuba dengan bahan-bahan untuk membuat Kek Pisang pun mudah dan simple. Sukatan pun menggunakan cawan ja tak payah nak timbang. Bahan-Bahan 1.  5 biji pisang emas 2. ¾  cawan gula 3. 1 cawan minyak masak 4. 3 biji telur 5. 2 cawan tepung 6. Secubit garam 7. 1 camca esen vanilla Cara membuatnya 1. Letakkan pisang ke dalam pemutar. 2. Kemudian letakkan gula dan telur yang dicampurkan dengan minyak masak 3. Selepas itu, masukkan tepung dan gaulkan 4. Bakarkan ke dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius. 5. Bakar selama 40 minit Tips tambahan - ...

Sesiapa Melakukan Empat Perkara Ini, ALLAH Memberinya Empat Perkara

Assalamualaikum Bismillah Zikir adalah amalan umat Islam. Tidak kira selepas solat, ketika bertahajud atau di mana sekalipun, kita sentiasa digalakkan berzikir.  Al-Qadi Iyadh berkata : "Zikirullah (mengingati Allah) terbahagi kepada dua bahagian; zikir dengan hati dan zikir dengan lisan." "Zikir dengan hati juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama yang paling tinggi dan mulia adalah memikirkan keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah juga tanda-tanda dan kerajaan Allah di langit dan di bumi. Kedua, mengingati Allah dengan hati dalam perintah dan larangan-Nya . Orang berkenaan selalu melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang." " Zikir dengan lisan adalah selemah-lemah zikir. Akan tetapi ia mempunyai banyak kelebihan sebagaimana disebutkan dalam hadis; Menurut Imam Al-Nawawi, tujuan zikir sangat dituntut sebagaimana mentadabbur bacaan al-Quran.  Justeru, mengikut mazhab yang terpilih: di sunatkan memanjangkan k...

Resepi Telur Mata Masak Sos Untuk Orang Malas Masak

Assalamualaikum Bismillah Perasan tak semua resepi yang aku kongsi kebanyakkan masak sos.. hahaha~ Sebab kemahiran memasak aku memang tak seberapa. Mahu masak yang lain-lain pun susah juga sebab orang di rumah ini pun memilih makanan. Tambahan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, so kenalah berjimat mahu memasak. Kalau berkenan nak mencuba resepi ini, dipersilakan guna resepi ini. Kalau rasa terlalu simple sangat, korang tambahlah apa yang patut. Aku just masak ikut selera aku ja.  Resepi Telur Mata Masak Sos  Bahan-bahan  1. 3 biji telur 2. Bawang merah 3. Bwang putih 4. Lobak merah 5. Sos cili Cara memasak 1. Panaskan minyak. Goreng telur mata kerbau atau lembu. Aku sebenarnya macam bingung juga sebenarnya lembu atau kerbau. HAHAHA. Suka hati korang lah panggil mata apa pun. 2. Kalau korang nak letak garam boleh. Tak nak letak pun boleh. Dah goreng telur tu, ketepikan dahulu. 3. Untuk sos p...

Cashout Kali Ke-2 Google Adsense

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah~ Dalam kesempitan ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Allah limpahkan rezeki buat aku. Akhirnya dalam tempoh 2 bulan aku dah berjaya capai 100USD.  Cashout Kali Ke-2 Google Adsense Kalau sebelum ini aku menunggu untuk cashout mengambil masa sehingga 2 tahun. Alhamdulillah sekiranya bersabar dan konsisten menulis di blog aku dah boleh menerima bayaran daripada adsense 2 - 3 bulan sekali. Pembayaran diterima samada melalui transfer bank secara online, cek ataupun western union. Tetapi aku memilih transfer ke bank secara online. Cepat dan mudah. Cuma ada sedikir caj perkhidmatan yang dikenakan sebanyak RM5.00. Baca Sini :  Cara Dapatkan 1USD Adsense Setiap Hari Kalau korang belum memohon adsense lagi, mohon lah sekarang kerana sangat berbaloi apabila korang ada adsense di blog. Jika korang memang suka jana pendapatan pasif dari blog kenalah usahakan untuk apply Google Adsense dalam blog. ...

Covid-19 : Kerajaan Negeri Sabah Melaksanakan 7 Larangan Baharu

Assalamualaikum Bismillah Pada 22 Mac 2020, Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan 7 Larangan Baharu sebagai langkah untuk menangani wabak Covid-19. Seperti yang korang sedia maklum, Sabah merupakan antara negeri yang mencatatkan rekod jangkitan Covid-19 tertinggi selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sumber : Berita RTM  7 Larangan Baharu sebagai langkah untuk menangani wabak Covid-19 1. Kompleks Custom Immigration Quarantine and Security (CIQS) Sindumin - Merapok sempadan Sabah Sarawak Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan operasi Kompleks Custom Immigration Quarantine and Security (CIQS) Sindumin - Merapok di sempadan Sabah dan Sarawak bermula jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam berkuatkuasa pada 22 Mac 2020.  2. Waktu Operasi Perkhidmatan Jabatan Keretapi Negeri Sabah Mengurangkan kekerapan perkhidmatan operasi Keretapi Negeri Sabah di mana untuk tujuan perkhidmatan yang perlu sahaja.  Jadual baru yang ditetapkan be...

Covid-19 : Kalau Tak Boleh Bantu, Jangan Menyusahkan Orang

Assalamualaikum Bismillah Saya harap semua rakyat Malaysia faham.. Negara kita tak banyak pilihan nak mendepani Covid ni. Kita bukan macam China. Ekonomi power. Buat hospital baru tak sampai sebulan. Kita?  Hospital kita nak buat 2015 pun tak siap-siap lagi. Kita nak lockdown macam negara barat,  pasti banyak bisnes lumpuh.  Ekonomi kita tengah teruk. Minyak jatuh bawah $30/tong, memang biasa terjadi pada musim-musim gawat je. Kita nak buat mass testing macam Korea Selatan,  test kit kita pun bukan ada banyak.  Kita tak kaya macam mereka. Kita nak kena perintah berkurung lama-lama, siapa nak bayar gaji kita lama-lama?  Kita bukan macam US. Semua dibaginya beribu ringgit sebulan. Kita?  Nak dapat RM 600 pun bukan semua orang dapat. Kita nak pasrah berserah je biar diserang Covid,  Doktor dengan nurse kita tak cukup nak layan kita.  Again, kita bukan China yang siap boleh pinjamkan Doktor ke negara lain lagi. ...

Apa Nak Buat Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)

Assalamualaikum Bismillah Hari ini merupakan hari kedua bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Sepanjang tempoh ini pasti korang berfikir apalah nak buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Mari lihat apa yang korang boleh buat selama duduk di rumah sehingga 31 Mac ini. 1. Habiskan Masa Bersama Keluarga Kalau sebelum ini korang sibuk bekerja. Kini tiba masanya untuk ambil peluang untuk bersama keluarga tersayang dengan aktiviti yang berfaedah.  Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ialah : Berkebun  Korang boleh tanam bawang, sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Sekarang lagi dengan keadaan kita yang terhad pergerakan. Ada baiknya ambil inisiatif untuk bercucuk tanam. Menonton televisyen/movie bersama keluarga Sebelum ini siapa yang takda masa nak habiskan rancangan kegemaran korang seperti Running Man, KDrama, Drama Melayu ke, bolehlah ambil peluang ini...

Cara Isi Permohonan UPU Untuk Lepasan SPM

Assalamualaikum Bismillah Cara Isi Permohonan UPU Untuk Lepasan SPM Langkah 1 : Login ke Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Pada Laman Log Masuk, Pemohon perlu memasukkan maklumat seperti berikut (Rujuk gambar di bawah) : No Kad Pengenalan - No Kad Pengenalan / MyKad Pemohon Kata Laluan - Kata Laluan yang didaftarkan. Program Pengajian - Lepasan SPM ataupun Lepasan STPM/Setaraf Nota : i. Pemohon perlu Daftar Akaun Baru sebelum memulakan permohonan. ii. Bagi Pemohon yang telah mendaftar dan mengisi permohonan pada Sesi Pendaftaran Lepas , Anda boleh terus Log Masuk menggunakan akaun yang telah dijana. Langkah 2 (Rujuk gambar di bawah) : Tekan Butang ‘Permohonan’ pada sebelah kiri laman untuk mula membuat permohonan. Pada Laman ini, Pemohon WAJIB (*) mengisi semua maklumat seperti berikut:- No Kad Pengenalan / Mykad - Pastikan No Kad Pengenalan yang dipaparkan adalah sama seperti yang tertera pada MyKad Pemohon. No Kad Pengenalan / Mykad (Semasa P...

Cara Isi Rekod Kesihatan Anak Untuk Daftar Tahun 1

Assalamualaikum Bismillah Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.  Pendaftaran secara online boleh dibuat di laman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SINI .   Memandangkan ibu bapa aku tidak berapa tahu cara mendaftar melalui online, jadi aku pun tolonglah daftarkan. Bagi yang pertama kali mendaftar, ada beberapa perkara yang perlu dilengkapkan antaranya ialah rekod kesihatan anak. Pada bahagian rekod kesihatan anak ini, kita hanya perlu tahu dan faham singkatan penggunaan perkataan bagi setiap suntikan yang pernah dilakukan terhadap anak semasa menerima imunisasi.  Cara Isi Rekod Kesihatan Anak Untuk Daftar Tahun 1 BCG (kotak purple) Hepatitis B (kotak hijau) DTap/DT (kotak kuning) = difteria, pertussis dan tetanus Hib (kotak pink) = haemophilus influenza IPV (kotak biru) = polio MMR (kotak oren) = gabungan vaksin utk measles, mumps dan rubella Jadi untuk ru...

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Anak pipit jangan tak dihirau Gusar esok ke sarang si rimau Anak didik harusnya dirisau Gusar esok engkau yang dipisau Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik) Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik) Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik) Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik) Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya Susun atur mereka, sebelum kenal dunia Habis main di tanah Sebelum senja ke rumah Takut nanti tersalah Bawa pulang masalah Tak endah yang sekarang Cakap jangan sebarang Elok awal dilarang Untuk kau jadi orang Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik) Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik) Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik) Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik) ...

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Assalamualaikum Bismillah Seramai 4 orang pemenang akan dicari. Jangan lupa join  SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI ya ~ Klik banner untuk join  Syarat yang dikenakan pun agak mudah : Follow blog Ombak Bergigi dan Follow Instagram @ombakbergigi  Buat entri bertajuk SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?" Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen  Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 24 March 2020. Pemilihan pemenang akan berpandukan En.Random.org atau terpulang kepada OM jika tiba-tiba rajin nak pilih secara manual. Jawapan kepada soalan  "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?" Hmm.. Aku pun tak pasti.. Kalau tengok daripada segi blogging. Perkara yang mengembirakan pada bulan Januari ialah target untuk capai 1 Juta pageviews blog dah tercapai . Which is really amazing for me sep...

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)

Assalamualaikum Bismillah Pada entri sebelum ini aku telah berkongsi tentang  Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia  tetapi masih ramai lagi yang menghadapi masalah semasa mendaftar seperti pendaftaran  RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA. Di akhir tutorial aku akan kongsikan cara mendaftar dengan betul dan kenapa pendaftaran korang mungkin tidak berjaya.  Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) 1. Login Jobsmalaysia. 2. Klik Profile > Kemaskini Jawatan Dimohon (rujuk gambar dibawah) 3. Setelah itu, klik ikon/simbol seperti pensel di atas sebelah kanan untuk jawatan SPP.  Korang akan nampak terpapar Pusat Temuduga, Kelulusan, dan Nama Jawatan. Pastikan pusat temuduga dan kelulusan adalah betul.  4. Pilih maksimum 3 jawatan sahaja yang boleh dimohon.  Setelah itu, skrol paling bawah dan klik SIMPAN untuk permohonan dike...

Cara Print Resit Pembayaran CIMB Clicks

Assalamualaikum Bismillah Pernah tak korang buat transaksi pembayaran secara online tetapi lupa nak print resit? Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita digalakkan untuk mendapatkan resit selepas melakukan transaksi pembelian atau pembayaran dari mana-mana tempat. Ini adalah bertujuan untuk merekod perbelanjaan dan merancang kewangan dengan lebih baik pada masa akan datang. Apatah lagi kalau korang suka berbelanja secara online ataupun menjalankan perniagaan online. Sudah semestinya memerlukan rekod kewangan yang teratur.  Hari ini aku ingin berkongsi cara untuk mencetak resit pembayaran yang dilakukan secara online di CIMB Clicks.  Aku selalu bayar PTPTN melalui CIMB Clicks. Jadi sekiranya aku lupa berapa jumlah amaun yang telah dibayar pada bulan-bulan sebelumnya, aku hanya perlu print resit pembayaran sahaja. Selain itu, ia juga penting sebagai bukti bahawa aku telah melakukan pembayaran.  Cara Print Resit Pembayaran CIMB Clicks 1....