Assalamualaikum Bsimillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke 25 telah berakhir. Tahniah diucapkan kepada adik lelaki, 4 tahun belajar dalam bidang Teknologi Multimedia di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Dah lama tak masuk Dewan Cancelor. Kali pertama masuk semasa orentasi tahun pertama di UMS. Kali terakhir masuk masa UMS Konvokesyen 20 pada tahun 2018 semasa aku grad. Jarang kami bergambar adik-beradik sebab masing-masing pun sibuk. Ini sajalah peluang kami dapat bergambar bersama-sama. Sebenarnya kami adik-beradik 8 orang. Adik aku bongsu Autisme tak nak bergambar. Alhamdulillah syukur, kalau dulu adik-adik aku kecil saja. Sekarang semuanya dah besar. Kalah abang dan kakak. Tema kami berpasangan haha. Tema putih, hitam dan maroon. Alhamdulillah, berkat doa ibu dan ayah juga kami semuanya berada di puncak menara gading. Bermula dari abang, aku dan akhirnya adik lelaki...
I just love to write