Assalamualaikum Bismillah Aku dah lama nak kongsikan tentang cara menulis artikel seo berkualiti. Ada beberapa rakan blog yang mengadu mereka tak pandai menulis artikel seo. Sejujurnya aku sendiri tidak mahir. Apa yang aku selalu buat adalah aku selalu praktikkan apa yang aku baca secara langsung di blog aku. Dan aku buat analisis sendiri adakah teknik tersebut berkesan digunakan di blog aku atau tidak. Banyak info tentang seo cuma dari kita sahaja kena usaha lebih sikit untuk rajin menulis. Tiada idea? Kekangan masa? Semua tu bukan penghalang. Aku terima banyak pertanyaan tentang bagaimana mahu menulis artikel seo? Oleh itu, dalam artikel ini aku membahaskan 13 cara menulis artikel seo yang di blog beserta contoh yang lengkap. Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti di Blog Yang Anda Perlu Tahu 1. Tentukan Topik Tentukan topik ini bukan 'Judul Artikel' tetapi tema seperti parenting, pendidikan, kesihatan, isu semasa ataupun kewangan. Ikut su...
I just love to write