Gaya penulisan dan bahasa yang ringkas, membumi dan sarat hikmah. Sesuai untuk pembaca umum. Tidak bersifat teknikal atau akademik.
Buku ini membongkar mitos-mitos dalam dunia penulisan, seperti keperluan memiliki bakat semula jadi, kemahiran bahasa yang tinggi, atau latar pendidikan sastera. Sebaliknya, penulis menegaskan bahawa menulis adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja.
Antara topik yang dibincangkan termasuk mencari ilham menulis, menetapkan niat dan tujuan, menghasilkan draf pertama, proses ‘memeram’ dan menyunting karya, serta membina disiplin mental seorang penulis. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin menjadikan penulisan sebagai medium muhasabah, ekspresi diri, atau jalan dakwah.
Nota Untuk Diri – Dari Mudahnya Menulis
"Ikatlah ilmu dengan menulis.""Sekiranya mahu jadi penulis, kita perlu menyelami hati kita sedalam-dalamnya. Bermuhasabah diri. Hati akan jadi lebih hidup."
Kadang-kadang aku rasa aku menulis bukan sebab yakin — tapi sebab aku tengah cari sesuatu dalam diri sendiri. Ada hari aku tulis, tapi tak puas. Apa yang keluar tak sama macam yang aku fikirkan. Macam ada jurang antara bahasa hati dan bahasa kertas.
Menulis itu sendiri bukan hasil akhir — ia adalah proses menyelami dan bermuhasabah. Kalau tulisan aku tak sempurna, itu bukan kegagalan. Itu tanda aku tengah menyelami.
Ada beberapa petika yang membuatkan aku termenung panjang.
Percaya pada kebolehan diri sendiri — bukan benda yang automatik. Aku selalu tunggu “bukti” aku boleh, sebelum nak teruskan. Tapi mungkin, percaya tu datang selepas kita mula, bukan sebelum.
Aku tahu aku cintakan menulis. Tapi kadang cinta ini buat aku penat. Sebab bila hati dah sayang sesuatu, aku rasa nak buat dengan sepenuh hati — dan bila tak menjadi, akhirnya aku kecewa.
Mungkin aku perlu belajar cintai proses, bukan hanya hasilnya.
Bagaimana kalau aku menulis, bukan untuk sempurna — tapi untuk hidupkan hati aku semula? Mungkin selama ini bukan tulisan aku yang salah, tapi ekspektasi aku yang terlalu ketat?
Kadang-kadang aku rasa aku menulis bukan sebab yakin — tapi sebab aku tengah cari sesuatu dalam diri sendiri. Ada hari aku tulis, tapi tak puas. Apa yang keluar tak sama macam yang aku fikirkan. Macam ada jurang antara bahasa hati dan bahasa kertas.
Menulis itu sendiri bukan hasil akhir — ia adalah proses menyelami dan bermuhasabah. Kalau tulisan aku tak sempurna, itu bukan kegagalan. Itu tanda aku tengah menyelami.
Ada beberapa petika yang membuatkan aku termenung panjang.
"Sekali-kali jangan menoktahkan kebolehan kita atau meletakkan sempadan bagi potensi diri kita masing-masing. Cuba dahulu, kemungkinan besar kita mempunyai kebolehan."
"Kita perlu menulis dengan sikap suka menulis sebab mencintainya (for the love of writing)"
Mungkin aku perlu belajar cintai proses, bukan hanya hasilnya.
Bagaimana kalau aku menulis, bukan untuk sempurna — tapi untuk hidupkan hati aku semula? Mungkin selama ini bukan tulisan aku yang salah, tapi ekspektasi aku yang terlalu ketat?
Menarik jugak buku ni memberi panduan kepada yang minat menulis. Cie suka juga menulis.
ReplyDelete