SOLIDARITI LAGU JUSTICE FOR ZARA QAIRINA

Sii Nurul
By -
0

 

SOLIDARITI LAGU JUSTICE FOR ZARA QAIRINA

LIRIK LAGU JUSTICE FOR ZARA QAIRINA

Justice
For ZARA QAIRINA
Irama Rap
Melihat kejatuhan


Usiamu baru 13
Mimpi masih berlari di padang luas
Tapi malam itu semuanya kelam
Bulan jadi saksi kau tak pernah pulang


Kata mereka kau jatuh sendiri
Tapi benarkah itu realiti
Bila tengkukmu bentuk tubuhmu mati 
dan tanpa kaki kiri kau berdarah sunyi


Tiada jeritan tiada cahaya
Kau rebah dalam gelap derita
Siapa yang tahu apa yang terjadi
Siapa yang kejam siapa bersalah kini


Justice for ZARA QAIRINA
Bukan sekedar nama di pusara
Tangisan ibu jadi nyala
Kita bangkit demi kebenaran nyata


Justice for ZARA QAIRINA
Di langit sabah yang saksi luka
Buli itu pembunuhan senyap
Hari ini suara kami takkan senyap


Kau bukan cerita untuk dilupa
Kau jeritan buat semua yang lena
Di asrama tempat sepatutnya selamat
Kini jadi pentas duka yang gelap


Kaki kanan lurus kiri terlipat
Kepala terkulai tubuhmu terlentang
Mana CIKGU mana WARDEN
Mana suara bila zara ditinggalkan
Kami juga anak- anak sekolah
Kami bukan boneka
Yang diperah jangan sembunyi
Kebenaran kami tuntut satu pembelaan


Justice for ZARA QAIRINA
Bukan sekedar nama di pusara
Tangisan ibu jadi nyala
Kita bangkit demi kebenaran nyata


Justice for ZARA QAIRINA
Di langit sabah yang saksi luka
Buli itu pembunuhan senyap
Hari ini suara kami takkan senyap


Dan bila malam kembali sunyi
Ingatlah wajah yang tak kembali
Jangan biar satu lagi ZARA terjadi
Kita tuntut hak untuk hidup bukan mati
Kan mati

Justice for ZARA QAIRINA
( Justice for ZARA QAIRINA bukan sekadar nama di pusara tangisan ibu jadi nyala )


Justice for ZARA QAIRINA
Justice for ZARA QAIRINA

Di langit sabah yang saksi luka
Buli itu pembunuhan senyap
Hari ini suara kami takkan senyap



Inilah dia Norsalim Ali, insan di sebalik terciptanya lagu yang kini bergema di hati rakyat “Justice For Zara”.

Seorang jurugambar berbakat, Norsalim memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk melahirkan sebuah karya yang bukan sekadar lagu, tetapi jeritan jiwa dan doa rakyat untuk keadilan buat arwah Zara Qairina.

pencipta lagu justice for zara

Bukan ini sahaja, beliau juga pernah mencipta beberapa lagu lain yang berpaksikan isu semasa, menjadikan muzik sebagai senjata halus untuk menyuarakan suara rakyat.

Namun, “Justice For Zara” bukan sekadar karya, ia telah menjadi lagu tema solidariti di media sosial, tempat netizen bersatu hati, menyampaikan sokongan dan doa buat gadis kecil itu.

Setiap baitnya, setiap nadanya membawa rasa pilu, marah, dan harapan bahawa kebenaran akan tertegak walau bagaimana sekalipun.

#JusticeForZara
#KeadilanuntukZara
#NorsalimAli

Kredit Borneo


Note : 
Sedih dan sebak sebenarnya dengar lagu ini.. Semoga Kebenaran terungkap semuanya dan Keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina ditegakkan.. Aamiin aamiin ya Rabbal 'aalamiin.. 



Tags:

Post a Comment

0 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!