Email Daripada Silent Reader

Sii Nurul
By -
0

Beberapa hari yang lalu aku terima satu email. Bukan email biasa — and for the first time aku rasa dihargai dan ada orang yang memahami apa yang aku rasakan. Aku rasa terharu dan start menangis apabila baca email ini.


Email itu datang daripada Faz, seorang silent reader blog aku sejak tiga tahun lepas. Katanya sedih bila baca entry aku tentang keputusan berhenti menjadi blogger sepenuh masa. Dia juga kongsi rasa yang sama tentang dunia blogging hari ini, yang tak semudah dulu.

Email From Silent Reader

Bila aku baca… aku rasa macam untuk pertama kalinya ada orang yang betul-betul faham apa yang aku lalui.

Kadang-kadang kan, bila kita meluah… bukan bermaksud kita mahu solusi. Kita cuma nak orang dengar. Kerana ada ketika kita memang sudah punya satu keputusan. 

Ada ketika kita cuma nak orang kata, “I understand how you feel.” "It's okay to feel that way." Itu saja dah cukup buat hati rasa ringan.

Ada masalah yang pada mata orang lain, nampak kecil.
Ada kesedihan yang pada orang lain, mungkin tak wajar dibesar-besarkan.

Tapi bila ada yang sudi dengar tanpa menghakimi… itu satu bentuk penghargaan yang sangat berharga.

Walaupun aku sudah memutuskan untuk berhenti sebagai blogger sepenuh masa, aku masih menulis. Menulis sudah jadi sebahagian daripada diri aku — sesuatu yang aku tak mampu lepaskan.

Sama ada ada orang baca atau tidak, aku cuma mahu kebebasan untuk menulis.

Terima kasih Faz, kerana sudi baca blog ini selama ini — walaupun baru kali ini aku tahu kewujudan blog Faz. 

Terima kasih juga buat semua silent reader dan rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan dalam perjalanan blog aku.


Tags:

Post a Comment

0 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!