Jom kita hidupkan Ramadan dengan zikir dan doa yang mudah ini ❤️
Zikir Ringkas, Pahala Besar
Antara zikir yang boleh kita amalkan setiap hari:
- SubhanAllah – Maha Suci Allah
- Alhamdulillah – Segala puji bagi Allah
- Allahu Akbar – Allah Maha Besar
- La ilaha illa Allah – Tiada Tuhan melainkan Allah
Zikir-zikir ini nampak ringkas, tapi kalau kita jadikan rutin – ketika memasak, memandu, menyapu rumah, menunggu waktu berbuka – insyaAllah setiap saat itu bernilai pahala.
Selain itu, boleh juga amalkan:
- Astaghfirullah wa atubu ilaih – Mohon keampunan dan bertaubat
- La hawla wa la quwwata illa بالله – Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah
- Hasbunallahu wa ni’mal wakeel – Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung
Kadang bila hati rasa penat, serabut atau diuji, zikir inilah yang jadi penenang jiwa.
3 Doa Untuk Diamalkan Setiap Malam Ramadan
Malam-malam Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa. Lebih-lebih lagi bila kita menghampiri 10 malam terakhir.
Antara doa yang boleh kita amalkan:
1️⃣ Rabbana a‘tiq riqabana minan naar
“Ya Allah, bebaskanlah kami dari api neraka.”
Doa yang ringkas, tapi cukup dalam maknanya.
2️⃣ Allahumma ballighni Laylatul Qadr
“Ya Allah, sampaikanlah aku kepada malam Lailatul Qadr.”
Semoga kita bukan sekadar bertemu Ramadan, tetapi benar-benar bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
3️⃣ Rabbana taqabbal minna innaka Antas Samee‘ul Aleem
“Ya Tuhan kami, terimalah amalan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Kadang kita risau… cukup ke ibadah kita? Ikhlas ke hati kita? Jadi jangan lupa mohon supaya Allah terima walau amalan kita tak seberapa.
Doa Pengampunan Yang Sangat Digalakkan
Antara doa yang sangat dianjurkan terutama pada malam-malam akhir:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa‘fu ‘anni
“Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku.”
Kita ini banyak salah dan silap. Ramadanlah peluang untuk bersihkan kembali hati.
Kadang kita banding diri dengan orang lain. Tengok orang khatam Quran berkali-kali, solat malam tak tinggal, sedekah tak putus-putus.
Kita pula rasa biasa-biasa saja. Tapi sebenarnya, Allah tak pandang banyak atau sikit. Allah pandang hati.
Kalau kita tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Kalau tak mampu lama, buat sedikit tapi konsisten.
Asalkan lidah sentiasa basah dengan zikrullah dan hati sentiasa kembali kepada-Nya 🤍
Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Semoga Allah ampunkan dosa kita yang lalu, perbaiki diri kita hari ini, dan tetapkan hati kita untuk terus istiqamah.
Aamiin Ya Rabb 🤲✨



0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.