Seperti tajuknya, buku ini mengandungi puisi-puisi berbentuk tarbiah, yang membawa kita kepada renungan, muhasabah, dan pengajaran hidup.
Aku pilih untuk baca buku ini sebab minat aku terhadap puisi, dan pada masa sama aku mencari sesuatu yang boleh “menenangkan” jiwa. Kadang-kadang kita perlukan kata-kata yang ringkas, tapi sarat dengan makna.
Aku pilih untuk baca buku ini sebab minat aku terhadap puisi, dan pada masa sama aku mencari sesuatu yang boleh “menenangkan” jiwa. Kadang-kadang kita perlukan kata-kata yang ringkas, tapi sarat dengan makna.
Tema utama buku ini jelas – agama, kehidupan, dan kerohanian.
Setiap puisi menyentuh aspek tarbiah, bagaimana luka atau cabaran dalam hidup boleh mendidik jiwa untuk kembali kepada Allah.
Bahasa yang digunakan mudah difahami, tidak terlalu abstrak atau berat. Bagi pembaca yang jarang baca puisi pun, buku ini tetap boleh dinikmati. Gaya bahasanya lebih kepada penyampaian ikhlas, bukan sekadar permainan kata.
Penulis menggunakan bahasa yang simple, jujur, dan terus kepada maksud.
Tidak banyak metafora atau simbol-simbol puitis yang sukar difahami. Kalau ada pun, hanya sedikit untuk menguatkan maksud.
Kalau nak dibandingkan dengan puisi sastera klasik yang kaya dengan rima dan simbol, buku ini lebih kepada “puisi dakwah ringan” – sesuai untuk bacaan santai, tapi tetap memberi kesan.
Pengalaman Membaca Puisi Tarbiah oleh Areef
Terus terang, aku belum habis baca semua puisi dalam buku ini. Tapi ada beberapa bahagian yang memang related dengan diri sendiri. Rasa seolah-olah penulis bercakap terus kepada hati kita.Salah satu baris yang aku suka:
“Kerana memaafkan itu adalah hal yang terpaling sukar; tetapi hal yang paling disukai Allah”
Memaafkan bukan mudah. Luka tidak cepat hilang. Tapi di sisi Allah, itu adalah amalan yang paling mulia. Maaf bukan tiket untuk mengulangi kesalahan. Ia seharusnya menjadi titik berhenti, bukan alasan untuk terus melukai.
Antara kelebihan buku Puisi Tarbiah ini ialah bahasanya yang mudah difahami dan sesuai untuk semua golongan pembaca, termasuk remaja. Tema tarbiah yang dibawa juga dekat dengan kehidupan seharian, menjadikannya lebih relevan dengan pembaca zaman sekarang.
Namun begitu, bagi pembaca yang gemar puisi penuh metafora dan simbolik, mungkin akan merasakan gaya penulisan dalam buku ini agak terlalu “simple”.
Selain itu, ia juga tidak menekankan gaya rima atau struktur puitis yang kompleks, menjadikan ia lebih ringkas berbanding karya-karya puisi tradisional.
Buku ini boleh jadi teman waktu malam sebelum tidur, atau ketika hati sedang terluka. Ia bukan sekadar rangkaian kata, tapi macam nasihat halus yang menyentuh jiwa.
⭐ Rating peribadi: 4.0/5.0
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Puisi Tarbiah adalah buku yang sangat sesuai untuk sesiapa saja yang mencari bacaan untuk mengingatkan diri kepada Allah.Buku ini boleh jadi teman waktu malam sebelum tidur, atau ketika hati sedang terluka. Ia bukan sekadar rangkaian kata, tapi macam nasihat halus yang menyentuh jiwa.
⭐ Rating peribadi: 4.0/5.0
Maklumat Buku
- Tajuk: Puisi Tarbiah (Buat Yang Terluka)
- Penulis: Areef
- Tahun Terbit: 2022
- Penerbit: Zharft Press Enterprise
- Jumlah Halaman: 198 ms
- Harga: RM27 SM / RM30 SS
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.