Jika Esok Aku Masih Diam

Sii Nurul
By -
1
Diam lebih baik

Aku pergi tanpa bunyi,
tanpa titip pesan,
tanpa selamat tinggal yang panjang.
Cuma sunyi,
yang menggantikan segala notifikasi dan bayang-bayang.

Media sosial kutinggalkan —
satu persatu gugur dari genggaman,
seperti daun yang pasrah pada angin.
Facebook, TikTok, Lemon8,
Instagram yang pernah kuanggap pelarian —
semuanya aku lepaskan,
kerana aku bukan lagi tahanan perhatian.

Tiada lagi gosip yang menyesakkan,
tiada lagi perbandingan yang membunuh senyap-senyap,
tiada lagi berita yang merampas damai.
Yang tinggal kini hanyalah aku,
dan detik yang perlahan-lahan menjadi milikku semula.

Sunyi kini temanku,
kadang membosankan,
tapi lebih jujur daripada riuh yang pura-pura.

Hati serasa lebih tenang,
tidurku lebih dalam (meskipun masih bertarung),
dan mataku,
akhirnya mampu melihat sedikit cahaya —
yang selama ini terhalang kabut maya.

Aku tak harap sesiapa mencariku,
kerana aku sendiri sedang mencari diriku semula.
Jika mereka ingin tahu,
biarlah mereka membaca,
biarlah mereka menunggu,
di baris-baris blog yang aku tinggalkan,
atau sepucuk emel seperti zaman dahulu.

Aku bukan anti-dunia,
cuma sedang memulihkan luka.
Burnout yang tak kunjung padam,
anxiety yang menyesak tanpa nama,
dan insomnia —

Kini,
aku belajar bahagia dengan sederhana.
Menonton anime setiap hari
Menulis tanpa perlu dinilai.
Bernafas tanpa beban siapa harus aku jadi.

Dan Jika Esok Aku Masih Diam…
Jangan risau.
Bukan aku hilang — tetapi aku sedang kembali.

— siinuruldotcom

Tags:

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Take your time nurul... rehat dulu k... kalau rasa nak meluah taip je di hp lepas tu paste di blog... x payah la fikir SEO bagai... take care tau

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!