Selepas konvokesyen IPG adik ipar aku baru-baru ini, kami mengambil peluang untuk singgah ke Masjid Putra bagi sesi outdoor photoshoot.
Aku dan suami jarang bergambar berdua — kebanyakannya cuma selfie. Jadi, kali ini memang terasa istimewa kerana ada kenangan gambar yang proper, hasil bidikan RiceEagle Studio.
Yang lebih bermakna, adik aku sendiri yang jadi photographer kami. Maklumlah, bukan selalu dia berkesempatan ke Semenanjung.
Keychain Nama Khat
Sebelum pulang, aku sempat singgah ke kiosk keychain nama khat yang terletak berdekatan kawasan masjid. Harga cuma RM10 sahaja, dan prosesnya cepat — lebih kurang 5 minit siap. Kalau korang ke sini, aku sangat cadangkan untuk buat keychain nama sebagai kenangan.Tip Pelawat:
- Lokasi: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Lawatan: 9.00 pagi – 6.00 petang (bergantung hari & aktiviti masjid).
- Tiada bayaran masuk, tetapi berpakaian sopan.
- Kiosk keychain biasanya buka dari pagi hingga petang.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.