Hadiah dari Blogger Roziah Muhammad Nor Dah Sampai

Beberapa hari nie macam sibuk sangat banyak urusan sampai takda masa nak update blog. Banyak nak cerita tetapi yang tak sabar nak kongsi di blog ialah hadiah dari blogger Roziah Muhammad Nor @ Cie dah sampai.

Bulan Februari yang lalu aku menang sebagai top commentators di blog cie. Setelah diumumkan sebagai pemenang aku terus whatsapp untuk bagi butiran maklumat. Hadiah di pos 1 Mac, sampai rumah 6 Mac. Hari ini baru nak update. 

Hadiah yang aku terima ialah Queen Pot Swiss Thomas.

Queen Pot Swiss Thomas

Hadiah dari Blogger Blog Roziah Muhammad Nor Dah Sampai

Alhamdulillah, teruja juga bila buka bungkusan tu. Cantik sangat periuknya, nampak kukuh dan berkualiti. Warna purple pula memang menarik perhatian. Saiznya pun agak besar, memang sesuai untuk kegunaan di dapur.

Penutupnya jenis kaca, jadi senang nak tengok masakan tanpa perlu buka penutup selalu. Pemegangnya pula warna kuning emas, nampak eksklusif dan cantik. Lepas ni bolehlah cuba masak macam-macam menu guna periuk baru ni.

Terima kasih banyak-banyak kepada Cie atas pemberian hadiah yang sangat berguna ni. Kebetulan di rumah memang tak ada periuk khas untuk mengukus. Selama ni kalau nak kukus apa-apa cuma guna pengukus dari rice cooker saja.

Tak lama lagi pula adik ipar nak bertunang, jadi bolehlah guna periuk ni nanti untuk sediakan macam-macam juadah. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.😊

Semoga Cie terus maju dengan blog dan semoga dimurahkan rezeki, diberikan keberkatan umur dan dilindungi Allah SWT.

Korang jangan lupa singgah dan selalu support blogger Cie tau!


0 comments