التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Blog Performance May - August 2023

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah dah lama kan tak update tentang blog performance. Nak update setiap bulan tetapi aku tak banyak buat perubahan dengan blog pun selain perubahan template blog

Banyak sangat nak cerita pasal blog nie. Tahun ini antara tahun yang paling struggle jugalah buat aku yang bekerja sebagai blogger sepenuh masa. 

Bukan senang nak konsisten untuk menulis di blog. Terlalu banyak sangat perubahan dari segi Google Algorithm dan SEO. Sampaikan nak menulis santai-santai saja pun banyak nak kena fikir kata kunci, tenikalnya, on-page dan off-page serta banyak lagi. 

Tak cukup rehat. Nak tidur pun tak nyenyak. Bahkan nak tidur pun otak masih bekerja nak buat konten blog pasal apa lagi. Ada yang kata 'take it easy' menulis santai saja tak perlu nak bebankan otak fikir pasal konten. 

Tetapi tu lah.. tak sama orang yang bekerja makan gaji dengan buat kerja sendiri ni. Ibarat orang yang berniaga, tak jual apa-apa takda hasil. Begitulah juga dengan berblog, kalau tak update pageviews menurun, income menurun dan job pun takda yang masuk. 

Selain itu, nak kena cover cost domain yang setiap tahun naik, internet, dan komitmen dengan kucing (pasir, makanan dan sebagainya.) 

Nak jalan pun susah kalau takda fulus. Huhu strugglenya nak hidup tahun 2023. Tak tahulah tahun depan nanti macam mana. 

Blog Performance May - June 2023


Back to story, blog performance for May to August. Apa yang boleh dianalisis berdasarkan prestasi blog ini ialah :
  • Jumlah artikel
  • Statistik pageviews Google Analytics
  • Google Search Performance

Blog Performance - May


Pada bulan Mei aku hanya post 9 artikel sahaja. Pageviews di Google Analytics ialah sebanyak 99k views sahaja. 

Antara artikel yang mendapat views yang tinggi pada bulan ini ialah :

Kebanyakkan artikel lama yang naik balik. Oleh itu, pentingnya menulis artikel yang berkualiti dan evergreen kerana ianya akan sentiasa dicari oleh pengguna.

Walau bagaimanapun, dari segi jumlah clicks di Google Search hanya 36.1k clicks sahaja walaupun mempunyai 1.23M impressions. Jadi impressions tinggi banyak mana sekalipun kalau tak banyak yang klik blog korang rugilah.

Nak dapat 100k clicks pun payah walaupun kebanyakkan artikel berada di halaman 1-3 google.

Blog Performance - June


Pada bulan Jun aku menulis sebanyak 18 artikel, lebih banyak berbanding Mei. Adakah menulis artikel yang banyak bermaksud performance blog kita bagus? Jom lihat analisis data bulan Jun.

Google Analytics pada bulan Jun menunjukkan peningkatan views sebanyak 161k. Manakala Bounce Rate menurun kepada 23.4%.

Performance Google Search juga meningkat dari segi clicks sebanyak 40.5k dan 122 pages.

Antara artikel yang mendapat views yang tinggi pada bulan ini ialah :
Menulis banyak artikel dapat meningkatkan pageviews. Selain itu, kena sentiasa kemaskini konten lama mengikut perkembangan semasa terutama sekali artikel yang kita tahu setiap tahun pasti akan naik setiap kali musimnya tiba.

Blog Performance July - August 2023


Blog Performance - July


Pada bulan Julai aku menulis sebanyak 13 artikel. Dari segi perfofmance Google Search menunjukkan peningkatan clicks sebanyak 46.2k dan 588 pages paling tinggi yang pernah tercatat. 

Pada bulan ini taklah menulis artikel banyak sangat cuma yang bezanya kebanyakkan artikel yang ditulis adalah entri pengalaman peribadi sahaja. Aku kurang menulis tentang infomasi dan lebih kepada personal.

Dari segi Google Analytics menunjukkan peningkatan yang baik dari segi views, users dan Bounce Rate. Kiranya data nampak cantiklah walaupun tak banyak update. 


Lagu tu pun tak sangka juga Trending, jadi ramai jugalah yang cari liriknya. Aku pun tak expect juga sebab aku memang suka lagu 'Wanita Terbaik' tu.

Kadang konten berkenaan lirik lagu pun antara konten yang paling tinggi views. Apatah lagi kalau lagu tersebut FYP kat tiktok. 

Blog Performance - August




Pada bulan Ogos aku menulis sebanyak 48 artikel (sejarah paling tinggi selama aku menulis blog). Kalau tengok daripada Google Analytics pula ada sedikir penurunan views sebanyak 139k sahaja walaupun aku banyak menghasilkan artikel. 

Dari segi perfofmance Google Search menunjukkan peningkatan pada jumlah clicks sebanyak 51k dan 375 pages.

Antara artikel yang mendapat views yang tinggi pada bulan ini ialah :

Kesimpulan 


Apa yang aku boleh simpulkan daripada blog performance from May to August ialah :
  • Blog perlu update setiap hari 
  • Semakin banyak konten yang dihasilkan, semakin tinggi pageviews 
  • Blog perlu hasilkan konten yang berkualiti untuk mendapatkan trafik yang konsisten dan stabil.
  • Artikel lama perlu dikemaskini mengikut perkembangan isu terkini
  • Memperbanyakkan artikel kerana kita tidak tahu artikel blog mana yang bakal trending.

Semoga perkongsian ini membantu korang untuk memperbaiki blog dan menghasilkan konten yang lebih baik lagi pada masa akan datang. 

تعليقات

  1. betul kena konsisten menulis tapi kadang tu susah nak buat komitmen menulis setiap hari kerna kekurangan idea, kemalaswan tahp dewa hahahah dan kdang tu kebizian yang melampau2 hehehhe kesimpulan nya, maybe kat blog kita satu entry sudah cukup kalau entry tu sangat2 bermakna yang bole naikkan performance... eh eh tu kat blog kita je la ehhehe... blog org lain kita x pasti haahha

    ردحذف
  2. Kalau Cuya , takde komitmen tinggi terhadap blog. Blog Cuya lebih kepada santai atau jurnal untuk diri sendiri. Rasanya tk mampu nak terikat sepenuhnya pada blog. Kadang2 je ada job menulis masuk.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...