Cara Bayar Bil Air RANHILL SAJ Online Dengan JOMPAY

0
Assalamualaikum
Bismillah

Setelah setahun menetap di Johor, rupanya baru aku tahu bahawa setiap negeri mempunyai perkhidmatan untuk membayar bil elektrik dan air yang berbeza. Sebab tu aku hairan kenapa kat Sabah takda TnB haha~

Kalau korang di Sabah, korang kena bayar bil elektrik di SESB. Manakala nak bayar bil air pula di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Tetapi sekarang dah semakin vanggih dan mudah. Boleh bayar secara online sahaja. 

Berbeza dengan di Johor, korang kena bayar bil air johor dengan Ranhil SAJ Online.

bayar-bil-saj-online

Setiap bulan korang akan dapat bil air yang dihantar ke rumah. Sekiranya korang tidak menerima bil air selama lebih dua bulan berturut-turut, sila semak bil sama ada melalui aplikasi MYSAJ atau dengan cara menghantar e-mel di customer.care@ranhill.com.my.

Cara Bayar Bil Air RANHILL SAJ Online Dengan JOMPAY

Pada mulanya aku nak bayar melalui Cimb Clicks, tetapi pembayaran bil air SAJ ini takda kat perbankan internet CIMB Clicks. Jadi aku bayar hanya melalui JOMPAY SAJ sahaja.

bayar-bil-saj-online

1. Login ke akaun CIMB Clicks korang → Klik pada tab 'payment' dan 'JOMPAY'

bayar-bil-saj-online-jompay

2. Kemudian, masukkan Biller Code SAJ. Sila masukkan kod '3673' Klik enter. Akan terpapar biller code name : RANHILL SAJ.

biller code saj


3. Untuk Ref-1 masukkan nombor akaun SAJ korang yang ada di bil korang. Manakala untuk Ref-2 korang boleh masukkan Nombor Telefon atau abaikan sahaja. 

4. Masukkan amaun pembayaran →klik Make Payment untuk teruskan pembayaran.

bayar-bil-saj-online

4. Semak semula biller code dan amaun pembayaran. Pastikan betul dan tepat. Kemudian, klik Confirm. Pembayaran telah berjaya dibuat! Jangan lupa simpan resit untuk rujukan. 


Medium Pembayaran Bil Ranhill SAJ 

Korang juga boleh membayar bil air di:
  • Kaunter Pembayaran: Agro Bank, Bank Islam, BSN, Maybank, Pos Malaysia & Agensi SAJ.
  • Perbankan Internet: AGRONet, Bank Islam Internet Banking, myBSN, Maybank2u
  • FPX: Bank yang berkaitan dengan JomPay.
  • Kiosk: Mobility One, Paylink, MOL 7-Eleven, ePay.
  • JomPay: Bank yang berkaitan dengan JomPay. Kod bil Jompay :3673
  • Kredit kad: Semua kad Mastercard dan Visa yang dikeluarkan oleh Bank di Malaysia
  • Semua Pejabat Agensi Ranhill SAJ
  • e-Billing
  • Aplikasi MySAJ

Maklumat lanjut :

Ranhill SAJ Sdn Bhd (199901001818)
Jalan Garuda, Larkin,80350 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Phone : (+60)7-225 5367/225 5368
Fax : (+60)7-223 5353
Talian Mesra : 1800 88 7474
Email : customer.care@ranhill.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !