Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Psikologi di Malaysia
Assalamualaikum
Bismillah
Walaupun dah masuk 4 tahun aku graduate dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. Terdapat beberapa orang pelajar yang masih email dan menghubungi aku untuk bertanya dan meminta aku berkongsi lebih banyak tentang bidang psikologi.
Memandangkan aku tidak meneruskan pekerjaan dalam bidang psikologi, jadi aku tidak layak sebenarnya untuk bercerita lebih pasal psikologi sesuka hati aku.
Walaupun begitu, aku cuba untuk kongsikan dengan korang info-info umum sahaja. Jadi hari ini setelah membuat beberapa bacaan dan mencari info, aku ingin kongsikan dengan korang senarai universiti di Malaysia yang menawarkan bidang psikologi.
Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Psikologi di Malaysia
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Selangor
- Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)
- Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kerja Sosial)
- Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Terapi Carakerja)
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Pertuturan)
- Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Audiologi)
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (International Islamic University Malaysia) - Selangor
- Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Kaunseling)
- Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Kerja Sosial)
- Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga)
- Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Industri & Organisasi)
- Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Pembangunan Belia dan Komuniti)
4. Universiti Teknologi Malaysia UTM - Johor
- Bachelor of Science (Human Resource Development)
- Bachelor of Psychology with Human Resource Development
5. Universiti Putra Malaysia (UPM) - Selangor
7. Universiti Utara Malaysia (UUM) - Kedah / Kuala Lumpur
- SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - Sarawak
Tidak semua bidang diatas menawarkan bidang psikologi, cuma ada beberapa bidang yang ada berkaitan dengan psikologi. Mungkin ada bidang yang mempunyai subjek minor psikologi. Jadi korang kena semak balik satu persatu. Aku dah sertakan link di atas juga.
Setiap universiti mempunyai syarat kelayakan yang berbeza, jadi korang kena semak syarat kelayakan dahulu sebelum memohon ya. Semoga bermanfaat.
0 Response to "Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Psikologi di Malaysia"
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.